Showing posts with label K-drama. Show all posts
Showing posts with label K-drama. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

Awet muda...atau plastic surgery?

Seronok kan kalau umur semakin meningkat, tapi still baby face..lebih seronok jika ianya anugerah tuhan yang Maha-esa..

Tetiba terasa nak tulis post pasal ni sebab hari tu, aku godek-godek internet dan terjumpa artikel pasal birthday sorang minah ni. Umurnya dah 24 tahun, tapi muka still comel..

Ni lah minah tersebut. Moon Geun Young.

Marry Me Mary! premiere

If you are a k-drama lover, you will know who she is. Percaya atau tidak umurnya sudah 24 tahun..comel kan? but  I am not sure whether she did any surgery on her face or not sebab muka dia masa kecik dulu sampai sekarang sama aje. Masa dia belakon citer 'Autumn in My Heart' umur dia 13 tahun. Cuba tengok muka dia, camtu je takde perubahan. kan? kan? tapi kalau dia buat pun, who cares.

Masa kecik, gigi senget benget kot tu, tp besela orang pkai braces..aku pun pkai gak dulu..

gamba ni mungkin zaman 'My Little bride'

mungkin gamba zaman 'Autumn in my heart'

tak sure pulak gamba bila ni..tapi sure still budak lagi

nampak dah besar sikit..

oh, dah melepasi 20 dah..masih comel..

Gamba tahun lepas

Agak-agak dia buat sejeri ke tidak??

Tapi kan, plastic surgery ni memang satu kebiasaan kat Korea. It's something very common macam pergi saloon tukar fesyen rambut pulak. hahaha. Like Tiffany (SNSD), memang obvious muka dia berbeza sebelum debut dan selepas debut. sukatilah nak pikir dia wat surgery ke tidak. (Jangan marah yer SONE semua. I'm not bashing SNSD okay.)

Yang baju putih tu, after debut...the rest picture before debut..

before debut with Rain


this picture maybe masa era 'Gee'..

If I'm not mistaken, this photo is fot 'Hoot' promotion

Pada pandangan aku la kan, kalau nak tengok orang tu ade buat surgery ke tak, don't compare their childhood photos to their recent photos. Because when people undergo puberty, memang tak mustahil bentuk muka dan badan berubah sedikit.Kalau artis tu, tengok sebelum feymes dan selepas feymes..kalau lain tu, plastic surgery la jawabnye..

Rasa-rasa artis melayu ade tak buat plastic surgery? Hahaha..yang tu korang figure out sendiri la..tengok gamba masa mula-mula jadi artis dengan sekarang..

p/s: kecantikan adalah hak milik setiap insan. tapi lebih baik jika kita bersyukur saja dengan anugerah tuhan..^_^

Monday, January 24, 2011

K-drama Review: Secret Garden

Whoever is a k-drama maniac sure knows what is 'Secret Garden'. Drama ni baru habis tayang kat SBS and I really love it! Kalau ade sesape tak suka K-drama, please don't hate me for posting about this..kekekekeke~~

Typical Korean drama kan ade 4 main character and mesti 2 lelaki 2 perempuan. Kalau tak 2 lelaki ni rebut heroin, yang 2 perempuan tu rebut hero. Selalunye macam tu lah kan, tapi Secret Garden ni lain. Dia bukan kisah nak rebut-rebut hero atau heroin.

Disebabkan aku tengah tensen dan buntu, meh aku nak wat review sket pasal drama ni.
Watak-watak utama drama ni ialah:
1. Gil Ra Im (Ha Ji won), seorang stuntwoman yang bekerja keras dan miskin dan
2. Kim Joo Won (Hyun Bin) seorang CEO yang bongkak dan tak matang, perangai macam budak-budak.
3. Choi Woo Young (Yoon Sang Hyun) seorang Hallyu Star dengan stage name dia Oska. Juga sepupu kepada Joo Won. Mereka selalu bertekak tapi sebenarnye mereka rapat tapi mak mereka berdua tak suka sama sendiri.
4. Yoon Seul (Kim Sa-Rang). Suatu ketika dulu dia ni awek kepada Oska tapi dia telah putuskan hubungan dan menghilang selama beberapa tahun. Sekarang dia muncul balik dalam hidup Oska.

Everything starts when Joo Won accidentally mistaken Ra Im as an actress. Sebab Ra Im ni kan stuntwoman jadi dressing dia sama dengan pelakon sebenar. Joo Won nak bawak pelakon tu pergi jumpa Oska (adelah deal dia dengan Oska tu) tapi dia terbawak Ra Im pulak. Macam nilah cara mereka berjumpa. At first they don't like each other. Bagi Joo Won, Ra Im ni bukan seorang wanita yang lemah lembut dan bagi Ra Im pulak Joo Won ni arrogant and selfish.

Episode 1 - episode 5, plot cerita dia lebih pada perkembangan watak (including watak sampah) nak kasi penonton paham jalan cerita dan kaitan semua character. Masa episode 5 ni, semua character berada di Pulau Jeju untuk shooting MV lagu Oska. Yoon Seul yang dulunya awek Oska tu skang jadi director dan dia akan direct MV Oska. Mau tak terkejut Oska bila tau sape director dia. Pastu MV ni perlukan bantuan stunt crew dan Ra Im nak join sebab dia ni minat habis la kat Oska tapi Ra Im punya bos tak bagi. Kebetulan Ra Im menang peraduan yang dianjurkan oleh company Joo Won yang hadiah dia ialah 'A date with Oska'. Jadi Ra Im pergi jugak ke Jeju Island gunakan hadiah ni. Joo Won pulak bila dia tau Ra Im sukahati pergi Jeju Island guna hadiah dari company dia, dia pergi jugak ke Jeju Island nak cari si Ra Im ni. Dan disitulah segalanya bermula..

Kat jeju Island, Ra Im, Joo Won dan Oska pergi mountain bike. Tapi Ra Im tersesat pulak maka Joo Won pergi carik dia. Bila dah jumpa kat hutan tu, diorang ni lapar dan gatal pergi singgah kat kedai makan dalam hutan tu.


Lepas mereka makan, mereka berdua pulang ke hotel tapi tuan punya kedai makan tu boleh pulak kasi souvenir botol air kat diorang sorang satu. Dan malam tu hujan, guruh petir...Ra Im lepak kat sauna sambil minum air tu, Joo Won pulak lepak kat hotel sambil minum air tu jugak.


Dan esok peginya..AAaaaaaaaaa!!! They swapped their bodies. Sangat lucu bila diorang dah tertukar badan. Tapi selama diorang tertukar badan tu, tanpa disedari diorang sebenarnye develop feelings among each other. Sebenarnye sebelum tukar badan lagi dah nampak yang diorang ni sebenarnye suka sama suka. Ingatkan diorang akan tertukar badan sampai hujung cerita tapi diorang tertukar badan selama 3-4 episode je..

Walaupun diorang dah dapat balik badan diorang, cerita masih panjang..mula-mula diorang nak deny perasaan masing-masing tapi nak buat camne, kalau dah suka, mana boleh tipu-tipu kan..and bila they start dating, mak Joo Won pulak buat hal. Dia memang mati-mati tak suka Ra Im. Mak dia tak suka orang miskin ni. Macam-macam lah mak dia buat nak pisahkan diorang berdua.

Okay, stop kejap kisah Ra im dengan Joo Won. Aku nak cerita kisah Oska dengan Yoon Seul. Mula-mula kemunculan Yoon Seul, aku memang ingat dia ni jahat, nak balas dendam dan nak buat dajal kat Oska. Setiap flashback yang berlaku nampak macam Yoon Seul ni jahat, dia yang tinggalkan Oska, dan dia pergi luar negara dengan lelaki lain.


Dah lama tu, dah episode berapa entah baru aku tau kenapa Yoon Seul tinggalkan Oska. Kenapa dia marah sangat kat Oska. Kesian weh kat dia. Dan Oska ni pulak dia tak tau ape yang dia buat kat Yoon Seul dulu. Masa ni pulak Oska ditimpa banyak masalah la. Dia dituduh melakukan plagiarism dan dia tuduh ni semua Yoon Seul jadi dalangnye.

Tapi nanti Oska jumpa kawan Yoon Seul dan kawan tu dia cerita sebenarnye Yoon Seul mana ade pergi dengan lelaki lain. Dia memang ke luar negara tapi dia ke Swiss seorang diri. And she even attempted suicide before!! Dasat weh orang frust cinta. Kawan tu cakap, Seul jadi camtu sebab Oska la. Baru la Oska rasa bersalah dan dia duk pikir ape yang dia buat sampai Seul jadi camtu. Lama jugak la baru dia ingat. Terasa macam kesian kat Seul sebab Oska ni tak menghargai dia masa diorang couple dulu.

Oska ni dia anak orang kaya macam Joo Won la..perangai pun buruk cam Joo Won. Oska sangat selfish dan degil dan suka ikut kepala sendiri, tapi dia dah mula berubah nak jadi baik sebab dia nak balik ke Yoon Seul. Seul tu sebenarnye masih cintakan Oska because Oska is her everything.

Okay, balik semula kisah Ra Im dengan Joo Won. Masa mak dia duk buat hal nak pisahkan diorang, diorang boleh tertukar badan balik..pulak dah..2nd time tertukar badan ni lah diorang perasan yang setiap kali salah sorang kene hujan, mereka akan tertukar badan..diorang terus check weather forecast, kne tunggu beberapa hari baru hujan balik..hahahaha..lawak betul..

Unexpectedly, 2nd time diorang diorang tertukar badan ni, bos Ra Im dengan Oska tau. Bos Ra Im tu dia rasa Ra Im ni perangai pelik sangat macam kat Pulau Jeju dulu, Ra Im tak tahu yang hari tu hari ulang tahun kematian ayah dia. (mestila dia tak tau, tu Joo Won). Waktu yang sama pulak, Oska pulak rasa sangat pelik dengan  Joo Won sebab Joo Won ni tak kenal Ji Yeon padahal Ji Yeon ni doctor peribadi dia dan 1st number kat speed dial dia.


Maka, diorang pun cerita la kisah tertuka badan ni kat Oska dengan bos Ra Im. Mau naik gila diorang nak percaya bende tak logic ni. Lawak betol time terbongkar rahsia ni. 

Masa tertukar badan ni, Ra Im ade audition untuk filem Hollywood. Oleh sebab yang dalam badan Ra Im tu Joo Won, problem la sikit. Terpaksa la Joo Won ni belaja macam-macam stunt dari Ra Im. Pada hari audition tu, Joo Won (yang sebenarnye Ra Im) kene pergi office sat, jadi Ra Im (yang sebenarnye Joo Won) tu tunggu kat luar teempat audition tu. Oleh kerana Ra Im nak cepat pergi tempat audition tu, dia turun ke tingkat bawah ikut lif.

Joo Won ni dia ade masalah claustrophobic sejak dia accident, jadi dia memang tak pernah naik lif sejak tu. tapi yang dalam badan Joo Won tu kan Ra Im, dia selamba aje lah naik lif. Tanpa disangka, lif tu tersekat and at the same time, hujan turun. Ra Im (yang sebenarnye Joo Won) kat tempat audition tu habis basah kene hujan, maka badan mereka pun tertuka balik la. Terus Joo Won masuk balik badan dia tetapi dia ada dalam lif pulak..terus penyakit claustrophobic dia menyerang.

Ra Im tau Joo Won tu ade penyakit ni jadi dia kelam kabut tepon ambulan dengan secretary Joo Won bagitau pasal ni. Audition tu bye-bye aje lah. Tapi hero mane boleh mati kan..Dia berjaya diselamatkan jua.

Yang sebenarnye penyakit claustrophobic Joo Won ni ade kaitan dengan kematian ayah Ra Im. (Episode 17 kne start sediakan tisu sekotak)..Ayah Ra Im mati masa nak selamatkan Joo Won ni. Tapi Joo Won tak ingat langsung detail pasal accident yang jadi kat dia dulu. Ra Im mula tak tau pasal ni tapi mak Joo Won ni bagitau.

Walaupun Ra Im ni anak kepada orang yang telah berkorban untuk anak dia, dia still suruh Ra Im blah dari hidup anak dia tapi Ra Im tamau. Punya lah jahat mak Joo Won ni (setaraf kot dengan mak Gu Joon Pyo), Ra Im akhirnya mengalah.

Tapi, satu hari Ra Im ni shooting scene stunt drift kereta, dia accident masa shooting. Cedera parah jugak la sebab dia koma. Doktor cakap macam takde harapan.


Maka Joo Won buat keputusan, dia nak bawak Ra Im yang tengah koma tu pergi tempat yang ade hujan sebab dia nak Ra Im teruskan hidup gunakan badan dia. Jadi Ra Im sekarang ade dalam badan Joo Won. Joo Won yang sebenar dalam badan Ra Im yang koma tu. Sedih kot episode ni. Terharu aku pengorbanan Joo Won ni.

Mana boleh heroin terus koma sampai akhir cerita kan. Mesti dia akan sedar punya lah. Bila Ra Im dah sedar nanti, diorang akan dapat badan memasing, back to normal. Seronok ar dah dapat badan memasing kan, tapi Joo Won pulak dia boleh hilang ingatan. Dia tak ingat pun pada Ra Im. Tapi Ra Im ni bukan typical watak perempuan yang bodoh cepat putus asa. Dia berusaha buat Joo Won ingat kat dia dan Joo Won berusaha nak kenal Ra Im sebab dia nak tau ape yang ade kat Ra Im ni sampaikan Dia boleh cintakan Ra Im sepenuh hati. Lawak jugak ar camane Joo Won ni nak ingat Ra im balik.

At the end, they live happily together tapi mak Joo Won still tak suka Ra Im.

p/s: tak sangka ketensionan aku ni boleh membuatkan aku tulis k-drama review dengan ayat yang tunggang langgang.

Sunday, September 12, 2010

Athena: Goddes of War

Athena: Goddes of War (AGW) is a spin-off of a successful award-winning k-drama IRIS. AGW would premiere in November but later on, (I dun remeber where I read it) the start-date is pushed back to December.

The main reason why I'm dying to watch this drama and patiently waiting for it's premiere: Choi Siwon (Super Junior) stars in this highly anticipated drama. though he's not even the main actor in AGW but who cares?? i'm an ELF so, Good Luck Siwon oppa!!hehehe..

Athena promotional poster

Athena: Goddes of War trailer (check out Siwon oppa in the swimming pool scene!!)

Monday, August 23, 2010

Kdrama review: Heading to the ground

Drama ni dah lama dah tayang..tahun lepas bulan 9..tapi aku baru je abih download last week..terasa nak tengok bila baca synopsis dia..lagipun hero dia U-know Yunho (TVXQ)..lagilah membara hati ak nak tengok..weeee~~~

poster drama tu..

drama ni tak lah best sangat tapi boleh la nak layan..comel je hero dgn heroin dia..drama ni kisah nya pasal seorang mamat, Cha Bong Goon (Yunho) hidup dia agak susah tapi bercita-cita nak jadi pemain bola terkenal...kira nak jadi macam Park Ji Sung main kat Man U..tapi ade je dugaan untuk mamat ni..pastu satu hari dia kenal la dengan Kang Hae Bin (Go Ara), ejen pemain bola yang masih mentah..kira cam rookie agent..Bong Goon ni fikiran dia tak matang, buat perangai macam budak-budak tapi Hae Bin ni matang dan berdikari..maka Bong Goon dengan Hae Bin ni tak sebulu masa mula-mula,jadi salu la mereka ni bertekak..

nak wat review setiap episode ke?harap maaf,saya malas...kahkahkah..
die-hard-fan TVXQ mesti dah bape kali ulang tengok drama ni..kan?

p/s: kalau Hae oppa ada berlakon,aku tanak tengok cerita tu,sebab nanti aku jealous..
hehehehe...

Tuesday, May 18, 2010

Cinderella's Sister

aku memang hantu drama korea..muahahaha..skarang ni aku tgh melayan drama Cinderella's Sister..2 main reason why i wanna watch this drama:
1- Yesung (Super Junior) nyanyi dia punye OST..ngeh3..
2- ade Taecyon (2pm) dlm drama ni..hehehe..

drama ni masih ditayangkan kat KBS..utk orang kat Malaysia tgk kat KBS world la..bulan 6 nanti br habis kot..total 20 episode..skarang dah 14 episode dah..stakat ni, drama ni best dan sangat seswai utk org yg dalam mood nak nangis sebaldi..plot cerita dia ok dan takdelah meleret..character development dia pon sgt menarik..tapi sebab drama ni blom habis, tak bleh nak cakap sape baik sape jahat dlm drama ni..stakat ni dedua heroin tu kejap jahat kejap baik..tp selalunya jahat je..

clockwise from top (left):
Chun Jung Myung as Gi Hoon
Moon Geun Young as Eun Jo
Seo Woo as Goo Hyo Sun
Taecyeon as Jung Woo

mmg pandai Moon Geun Young bawak watak Eun Jo. selama ni orang salu cakap dia reti bawak watak comel2 jer..tp dlm drama ni dia agak kejam..

p/s: peringatan..sediakan tisu sekotak kat sebelah ble nak layan citer ni..

Saturday, April 10, 2010

terbang melayang tengok cerita Korea..

review drama Korea..hahaaha..(syok gle weih citer Korea)..ak ni tak sedar diri lagi dua minggu nak exam g tgk citer Korea..mula2 nak layan satu dua episode jer,pastu addicted akhrnye..memang melayang ar layan citer Korea..

sape2 yang ade masa free silalah layan drama2 berikut..ak mmg nak layan sumer citer nih lepas abis exam...nak katam utk kali ke brape ntah pastu nak paksa adik ak tgk skali...yeaahhaaaa....

1. My girl

citer ni tak terkira dah bape kali ak tgk...best weh..lagi2 si abg gong chan (Lee Dong Wook) yang hensem..Lee Jun Ki with his flawless skin..Lee Da Hae yg comel..Park Shi Yeon yg cun giler..citer ni ade 16 episode jer..focus sehari suntuk abis la..kisah seorang ppuan,yoo-rin diupah oleh gong chan menyamar jd adik sedara gong chan,seorang cucu pengerusi syarikat yg kaya raya..nak citer detail xdpt la..kne tgk sndr la ek..lau nak gelak guling2 pastu nak nangis sebaldi seswai sgt lah tonton citer ni..

2. Green Rose

Citer ni best tp xde gelak guling2 cam my girl la,nanges sebaldi ade la kot..dlm my girl Lee Da Hae seorng yg sangat sengal tp dlm citer ni LeeDa Hae jd serius..mmg pndai blakon la dia tu..Gosu jd hero,Kim Sung Soo jd hero jahat..citer ni kisah seorang lelaki iaitu Gosu dituduh bunuh ayah awek dia, Lee Da Hae..tp dia innocent sbnrnye pastu dia lari dari kene kejar polis pastu dia hilangkan diri..berapa tahun kemudian dia muncul dgn identiti br dgn satu tujuan,nak bersihkan nama dia n of course nak dptkn awek dia blk..bnyk jugak la part sedih sbnrnye citer ni tp tetap best utk di tonton..bape episode ntah ak x ingat..



3. You're Beautiful

drama ni ak br je abis tgk bbrapa jam yg lalu..hahahaha..abis exam nt ak nak katam balik citer ni..best wo..ak melayang2 dgn citer ni..ade 3 hero,1 heroin..best gile heroin tuh dikelilingi jejaka yg hot..hahaha..
tp bnyk jgk kot part yg x logic tp ak peduli ape..citer ni best..citer ni pon boleh nak gelak sakan pastu nangis sebaldi..kisahnya pasal si adik kembar ppuan nyamar jd abang kembar dia join satu boyband yg femes..sbbnye plastic surgery abg dia x jd,dia kne la cover up utk abg dia..pastu tiga-tiga jejaka dlm band tuh suka kat dia..jeles gle ak tp sbek bdak ppuan tuh comel..citer ni 16 episode jer..


4. Boys Over Flower

drama ni femes gle kot..ak blom jmp lg org yg xpenah tgk citer ni..bape kali dah ak katam citer ni..penah tgk citer jepun Hana Yori Dango?ni yg Korean version tp dia ade ubah la sket tp plot citer dia sama..sbb utama knapa citer ni best,sume plakon dalam citer ni hensem2 dan cun2 giler..hahahaha..citer ni lawak gle sbb hero dia,Lee Minho ego nak mampos, heroin dia plak(x ingat nama) cam sengal jer..tp beselah citer Korea,mesti ade org jahat muncul kat tgh2 citer..tensen btol..tak sabar nye nak abis exam..nak tgk citer ni blk..26 episode jer citer ni..focus 2 hari abis la...

5. Full House

drama yg dah lama dah ni..tahun 2004..bnyk kali jugak dah ak ulang citer ni..pelakon utama dia Song Hye Kyo,Rain, Kim Sung Soo n sorang lg ppuan x ingat nama dia..dlm Green Rose,Kim Sung Soo jahat tp dlm Full House ni dia baik gle..tak macam Rain, hampeh..citer ni pon boleh buat kita gelak sakan pastu nak dekat ending nangis sebaldi..16 episode je..sehari dah boleh abis..



Lima-lima drama Korea tu best gle..sape yg blom tonton,sila lah tonton..xdpt cari dvd ke cd ke,search kat youtube suda...