Showing posts with label So Nyuh Shi Dae. Show all posts
Showing posts with label So Nyuh Shi Dae. Show all posts

Sunday, May 22, 2011

Mr Taxi - So Nyuh Shi Dae


Seronok lah pulak melayan lagu Mr Taxi dari k-pop girl group So Nyuh Shi Dae a.k.a Girls Generation. Lagu Mr Taxi ni first Japanese single mereka. Bila entah keluar lagu nih, bulan lepas kot..Akhirnya ade jugak sebijik lagu Jepun mereka.

Aku lagi suka lagu sebegini dari lagu remake mereka tu macam 'Gee' dengan 'Run Devil Run'. Mungkin sebab aku dah selalu dengar dalam bahasa Korea, bila lagu yang sama dia nyanyi bahasa Jepun jadi cam pelik sket, tapi aku layan je..

Okeh, berbalik pada single Mr Taxi ni. Aku sebenarnye nak review MV ni. Nak kasi komen sikit. Aku ni suka mengomen sebenarnye (bajet seyh! hahaha)..Sebelum tu, sila layan dulu MV ni


Okeh, masa untuk mengomen....:

The Music Video: Nama lagu pun Mr Taxi kan, aku duk bayang MV dia ade la selit mana-mana lelaki jadi driver Taxi tu. Macam MV Gee ade si SHINee Minho tu. Macam MV Genie ade la jugak budak lelaki untuk aku cuci mata walaupun beberapa saat aje. Tapi yang Mr Taxi langsung tadek lelaki untuk aku cuci mata. Dari mula sampai habih 9 gadis-gadis ini aje yang ade..hmmm..kesimpulannya, aku hampa.

The Dance: Memang tak dinafikan la artis keluaran SM ni hebat dance mereka kan. Tapi aku lagi suka kalau lagu ni, MV nya dia buat dalam bentuk cerita. Boleh la selit watak lelaki kalau buat MV dalam bentuk cerita kan..hmmm..kesimpulannya, aku gatal nak cuci mata..hahahaha

The Song: Lagu ni best je..bagi aku la..seronok la untuk dilayan..rentak dia catchy..tapi banyak sangat autotune la..suara Taeyeon yang sedap tu pun dia nak buat autotune. Kalau suara Yoona tu takpelah nak autotune sebab suara Yoona tak sedap pun..

The Girls: Seperti biasa gadis-gadis 9 ketul ni mesti kasi tunjuk sama body cun mereka. Aku yang perempuan ni pun suka aje tengok diorang menari apatah lagi lelaki kan..hahahaha..screen time untuk gadis-gadis ini pun nampak lebih 'fair and square' compare to their other MVs. Takde lah asyik muka Yoona aje kat tengah tu. Naik jemu pulak asyik muka dia aje kat tengah padahal nyanyi takat satu line aje...

Overall: Boleh la nak layan lagu ni di masa lapang...


p/s: if you are a kpop addict or kdrama lover, silalah mengunjungi blog ini..segalanya berkaitan kpop & kdrama..tapi dah berhabuk dah..tadek sape mengupdate..hahahaha

Tuesday, December 14, 2010

I love her voice

Sebelum anda meneruskan pembacaan, sila ketahui saya bukan seorang yang lupa daratan..hehehe..

I love her voice..'Her' yang saya maksudkan kat sini ialah Kim Taeyeon..Tak tau sape Kim Taeyeon??sila lah tanya uncle google..honestly dalam banyak2 retis perempuan (kpop) aku paling suka suara Taeyeon dengan Gummy..Bila nyanyi live suara diorang memang sedap..(lenkali aku buat post untuk Gummy yer, kali ni post untuk Taeyeon..kekekeke)

walaupun Taeyeon ni ahli group SNSD, dia dah ade beberapa solo track untuk OST kdrama..

OST Hong Gil Dong - If

OST Beethoven Virus - Can you hear me
 
OST Heading to the ground - It is love (duet with Sunny)

OST Athena: Goddess of war - I love you

ade lagi lagu dia duet dengan penyanyi lain, tapi untuk solo OST, aku paling suka 'Can You Hear Me' dengan 'I love you'..Oh Taeyeon, suara kamu paling sedap dlm sumer ahli SNSD..

Thursday, August 26, 2010

Genie MV Japanese Version & Beautiful Hangover

Tak sangka aku ni seorang SONE..walaupun ade 3 orang budak dalam SNSD tu aku tak berapa suka..hahaha..dah aku tak suka nak buat camane,sorry lah ek!

SNSD kuarkan MV Japanese version untuk single Genie..kagumla aku dengan kaki panjang diorang ni..dengki sebenarnye..dalam banyak2 9 orang ni aku paling suka Yuri..sebab dia tuh gila sket, aku dok layan Invincible Youth tengok perangai dia dengan Sunny tah hape2..sakit perut aku gelak tengok perangai diorang..SNSD ni menari yang best, nyanyi okayla takde la sumbang pon tapi Taeyeon la suara paling sedap, obvious sangat..

Silalah layan MV baru Genie..sedap jugak lagu ni nyanyi dalam jepun..



BigBang pon ade MV baru..besh jugak woo..GD hensem tapi dok gesel-gesel dengan ppuan dalam MV neh,urghh..Seungri semakin mengancam..hehehe..aku suka part TOP rap..jom layan..



p/s: keriuk keriuk bunyik tulang aku bila aku nak try nari Genie...hehehe~~~