menipu atau kata lainnya berbohong..ada tak agaknya orang yang tak pernah menipu??atau ada tak agaknya orang tak pernah kena tipu??
1. aku selalu sangat ditipu..lagi2 member2ku tak kira masa sekolah dulu ke, matrik ke,uni ke,suka tipu aku..ade sorang kawan aku masa matrik dia suka tipu aku dan aku tanya lah 'asal ko suke tipu aku?'..dia pon jawab 'aku suka tgk muka ko ble kne tipu..lazat berkrim..'tapi aku tak berapa kesah sgt lah sbb tu kategori tipu2 manja..diorang pon bukan tipu hal-hal besar..tipu sekejap je cam 'bang bang boom' tu pastu bagi la tau yang sebenarnye then gelakkan aku kaw-kaw..
2. few days ago, ade orang call aku..kat skrin phone tu tulis 'with held'..salunya kalau kuar perkataan ini, kawan aku yang kat nz ataupun aussie call aku, tapi ble ak angkat phone aku jd pelik sbb:
- sore dia sore orang laki yang memang aku tak cam
- dia cakap sangat laju macam tergesa-gesa
- dan aku memang tak paham dia cakap apa sbb bunyik (slang) dia cakap lain daripada orang Malaysia yang normal..
bukan bunyik loghat utara, bukan loghat pantai timur, bukan loghat n9..dan aku confirm bukan orang sabah sarawak yang call aku ni sbb aku taw la slang diorang..classmate ak orang sabah,roomate aku masa 1st year kat uni dulu orang sarawak..
senang cerita, aku yakin 200% orang yang call aku tuh orang Indon..dok pokpek laju2 dan aku asyik suruh dia repeat apa yang dia cakap..selepas 2-3 kali dia repeat bende yang sama baru aku paham dia cakap aku telah dipilih sebagai pemenang contest ape ntah dan dapat haidah berapa puluh ribu ntah..dan dia ada cakap pasal bank account..
apa ingat ko dapat tipu aku??No No No..you got the wrong person man..walaupun dulu member salu kelentong aku tapi kali ni aku cepat 'pick up'..nampaknya aku menunjukkan perkembangan yang bagus..hahaha..(kawan2,lepas ni korang kne carik tactic lain nak kelentong aku,tipu bulat2 dah tak jalan dah..hahaha)..lepas je orang tu cakap pasal menang dan bank account, ak ketawa sinis..perbualan seperti ini:
aku: huh!menang ye..
orang tersebut: iya, anda telah dipilah sebagai pemenang..
aku: so what!(bunyik sopan tapi dengan nada yg sgt belagak)
maka orang tersebut terus mematikan talian.
3. Senang betol orang camni nak buat jenayah..orang yang lurus bendul memang senang la jd mangsa..sekarang ni zaman semakin maju, jenyah pon semakin banyak..banyak article yang aku baca menunujukkan ramai yang bersetuju teknologi berkembang dapat memudahkan manusia menjalani kehidupan seharian..ya, aku sangat bersetuju..mereka ini menjalani kehidupan seharian dengan menipu, maka perkembangan teknologi memudahkan mereka menipu..
4. Ramai yang belajar ilmu mempertahankan diri di alam nyata. Cthnya, taekwondo, kung fu, silat. Itu memang penting tapi utk zaman moden serba canggih sekarang ni semua orang kene belajar ilmu mempertahankan diri di alam maya.
Sekian
0 orang gigih mengomen:
Post a Comment