Sunday, October 17, 2010

Mungkin layak main Piala Sumbangsih

Post kali ni aku nak cerita pasal kemerosotan persembahan kelab Liverpool. Sesapa yang layan Barclay Premier League mesti sudah sedia maklum Liverpool sekarang berada di tangga tercorot. Haduh, ape nak jadi ni??


Aku jadi penyokong Liverpool suatu ketika dulu kerana captain mereka yang berwibawa, Steven Gerrard. Dan juga sebab ade Torres dan Alonso. Tapi, bila Xabi Alonso dah berpindah ke Real Madrid, Liverpool pon macam tah pape..Tapi takpe, I'm a loyal person. Aku tetap dengan 'u'll never walk alone' tu.

Last season, Liverpool merudum. Mungkin sebab tak biasa lagi dengan ketiadaan Alonso kot. Takpe, bagi peluang. Pastu current season kan Liv dah ada J.Cole. Aku pon bajet ni mesti boleh naik balik Liv ni. Tapi, apakah?? Huh, semakin merosot yang teramat.

Mungkin masalah dalaman Kelab nak kene jual ke ape ke boleh mengganggu konsentrasi pemain. (Sangat positive thinking aku ni.) Hari tuh adik aku cakap, "Liverpool ni memang layak main Piala Sumbangsih je ni.".Pastu baru baru ni Liv kalah lagi, adik aku terus cakap "Liverpool layak main liga Paroi je pasni"..uwaaa~~ lagi mulia main Piala Sumbangsih dari liga Paroi kot..

Kang ade match Liv lawan Everton..Kalau kalah jugak match ni, memang aku nak beralih arah. Rasa cam nak sokong The Gunners. Kat situ ada Arshavin..hehehehe..

p/s: aku rasa jadi lalang best jugak..gilir-gilir every week sokong kelab lain..

0 orang gigih mengomen:

Post a Comment