Monday, September 3, 2012

Aussie Trip: Sydney part 2

Okay, sambung balik kisah perjalanan di Sydney. (Lama dah tinggal. hehehe)

Walaupun hari sebelum tu penat meluncur pasir, keesokan harinya kami excited nak pergi Wildlife Park. Ade satu lagi zoo Ema cakap, tapi entrance fees dia mahal. Nampaknye Featherdale Wildlife Park ni affordable untuk kami. Hehehehe.

Kami pergi sana naik train dan turun di Blacktown Station. Dari Blacktown Station tu naik bas pulak sampai ke Wildlife Park.


Wildlife Park ni ade discount untuk student. Kitorang ni student jugak ape tapi bukan student Aussie la. Jadi, Ema telah meminjamkan pada kami semua student card kawan-kawan dia. Bijak tak?

Kangaroo rupanya besar you. Mesra alam lagi tu. Berbeza dengan koala yang keje nye hanya tidur aje. Anak-anak beruang koala comel tapi bapak-bapak beruang koala ya Rabbi, tak comel langsung.

Happy Kangaroo Family

Forever alone kangaroo

Sekor lagi forever alone

Naka culik jadikan anak angkat..hehehe

Kangaroo Albino
Tidur tak peduli orang sekeliling

Pemalas gila..hahahaha

Selain Kangaroo, Koala, Wombat, ade ladang ternakan disini. Babi pink pun ade. Tapi dalam kandanglah mereka semua. Nasib baik tak berkeliaran.

Penguin pun ade u..

Babi pink ekor pintal..

Lepas puas habiskan masa disini, kami pun pulang semula ke Blacktown Station. Dari Blacktown Station naik train sampai ke Central Station. Tak tau nak cakap jauh ke tak tapi sempat la aku tidur dalam train.

Central Station

Berjalan ke Paddy's Market

Dari Central Station, kami jalan-jalan menuju ke Paddy's Market. Tempat nak membeli belah souvenir. Banyak betul barang aku borong. Lepas dah habis bayar tu, aku congak hasil tangkapan. Kemudian gatal-gatal darab 3.3. Hasilnya, aku ketawa sendirian. Memang la ade rasa tersentap sikit duit habis kan, tapi puas weh sebab aku memang suka shopping neh. Mental therapy. Kehkehkeh.

Lepas puas shopping, kami jalan-jalan menikmati keindahan Skyscrapers kat Sydney ni dan akhirnya sampai la ke Madame Tussauds. Yeah, diri begitu teruja yer nak berjumpa replika abang Johnny Depp. Ni kalau ade replika si Donghae pujaan hati aku tu, pengsan! Hahahaha.

Uncle Brad Pitt dengan Aunty Jolie

Miranda Kerr..Lawa giler walaupun patung sahaja.

Lepas Madame Tussauds, singgah Hard Rock Cafe jap. Tapi barang-barang dia mahaaaaaaaaal. Zip mulut, tutup mata, keluar dari situ. Kahkahkah.

Sehari suntuk berjalan, bergembira, bershopping. Masa untuk pulang dan tidur. Esok nak jalan-jalan lagi. Hehehehe

khas utk cik Aida: hmmm..budget ea, mcm kne buat satu post lain ni nak explain budget. hehehe. Ok, ni ringkas aje tau. RM 2000 nak spend kat sana sepuluh hari dah cukup. Siap berlebih lagi. Tapi RM2000 ni tak termasuk tambang. Flight pergi-balik + Sydney-Melbourne lebih kurang RM 1600. Entrance fees utk tempat yg kami visit, semua kawan dah book online. I tak ingat the exact price but total around AUD150. Harga tu dah masuk sewa kereta + minyak. Ni kat Sydney aje, kat Melbourne around AUD 80 kot. So total AUD 230. Convert to RM jadi RM750 ++. Balance selebihnya, lebih kurang RM1250 lebih kurang AUD 380, cukup untuk shopping souvenir and makan-makan. ^_^

0 orang gigih mengomen:

Post a Comment