Tuesday, September 4, 2012

Aussie trip: Sydney part 3

Last day to spend in Sydney. Esok dah nak bergerak ke Melbourne.

Pagi tu kami kemas packing barang untuk ke Melbourne tapi Ema pergi airport hantar namja-chingu tersayang dia si Nuar tu dulu.

Tengah hari baru kami keluar. Melawat University of Sydney. Weehoooo, bangunan cantik-cantik ma.

Ini kawan saya, nama dia Ema

School of Physics. Kagum aku dengan pintu gerbang dia.
 
Boleh golek-golek hindustan

Kemudian, dari Uni Syd Ema bawak pergi Sydney Opera House. Kali ni aku lost sense of direction. Aku hanya ikut sahaja langkah Ema. Tengah jalan-jalan tu tetiba rasa lapar. Nasib baik jumpa Subway.

Sebelum tu aku tertanya-tanya juga Subway kat Aussie ni boleh makan ke? Maka Mel (kawan Ema) explain kat aku. Masa order, request dia pakai glove baru pastu jangan lah pegi amik daging-daging tu. Makan la tuna dan seafood sahaja. InsyaAllah selamat dari sumber-sumber haram.

Beli subway pastu duduk depan Opera House menikmati makanan tersebut. Ni kalau duduk berdua dengan Donghae ni memang romantik! *Perasan tak, nak setiap post ade nama Donghae?Ok sila lempang aku*

Angin yang bukan sepoi-sepoi bahasa. Sejuk giler!!

Sesungguhnya aku memang tak tahan kesejukan. Sudah berlapis-lapis baju aku pakai tapi still rasa macam nak beku. Terketar-ketar kaki aku menahan kesejukan.

Lima hari habiskan masa di Sydney. Tak cukup puas tapi cukup penat. Hahahaha. Bye bye Sydney, next Melbourne tapi entah bila aku nak buat post pasal melbourne ni. ^_^

0 orang gigih mengomen:

Post a Comment