Thursday, September 30, 2010

All about Big Bang

Special treat untuk adik aku yang baru habis UPSR last week..dia mau jalan-jalan di Mid Valley jadi aku pon ikut la..jalan sana-sini pastu makan pastu sebelum g solat singgah Speedy Video. Adik aku nak cari dvd Harry Potter Half Blood-Prince. Sudah ku bilang pada dia HP yang ni tak best tapi dia nak tengok jugak..nak kumpul buat koleksi..biarlah dia..Tapi aku bila dah masuk kedai cd ni kaki aku cepat je langkah ke tempat cd dan dvd cerita Korea dan Jepun..kekekeke..tapi aku takde lah nak beli..mahal woo..download sudah..hehehehe..

Tetiba ternampak banyak gle cd Big Bang (pada sape2 yang tak tau apa itu Big Bang sila lah Google)..otak ku terus ligat memikirkan Jib..mesti dia serunuk kalau tido dikelilingi cd ni semua..




Asal mata aku asyik tengok kat Seung Ri je ni?hehehehe..

Tuesday, September 28, 2010

Mungkin boleh bukak gerai Capati

Lama jugak tak update blog ini..hehehe..pagi tadi aku dengan mak aku pegi rumah kawan dia..kawan dia ajak makan capati..makcik tu yang buat, tapi aku tak suka capati..kekekeke~~mak cik tu uli-uli tepung sambil borak dengan mak aku..mereka borak hal orang dewasa..aku tak masuk campur..(perasan kecik je aku ni)..oleh sebab aku tak tau nak buat ape, nak join borak tak boleh, jadi aku pun tetiba terasa nak try buat capati..manalah tau aku ni ade bakat kot..

1. Ni tepung capati yang makcik tu dah siapkan bulat-bulat. Tinggal nak penyekkan jadi leper jer..

 2. Aku gelek untuk memenyekkan bende bulat tadi jadi leper.

3. Oh yeah..cantik je bulat jadinye..letak atas kuali leper..balik-balikkan la capati tu..

4. Kekekeke..dah siap pon..

bab nak penyek-penyekkan senang je..tapi lau nak bancuh tepung capati memang aku tak reti la..hahaha..mak aku cakap boleh la part-time jual capati lepas ni..
p/s: gamba tak clear sebab amik pakai henset ku yang dah bengong..

Wednesday, September 22, 2010

Book Worm

Ulat buku ape bendenye kalau yang asyik aku baca tu komik..hehehe..

 koleksi komik Detective Conan

Sejak sekolah aku duk mengumpul komik ni tapi ade jugak la rompong beberapa buku sebab dulu time matrik ramai orang duk meminjam..diorang pinjam terus, sampai sekarang masih pinjam..huhuhu..dulu aku memang hantu manga..tapi yang aku stick sampai sekarang Conan, Naruto & Bleach. Naruto dengan Bleach aku suka baca online sebab kemain payah nak jumpa komiknye..

Lagi syok camni dari baca online sebab baca komik aku boleh baring guling-guling atas katil..hahhaha..
lagipun boleh jaga mata, ngadap skrin komputer lama-lama nanti rabun (hakikatnya aku dah rabun teruk pon sekarang..huahuahua)

Saturday, September 18, 2010

The Vampire Diaries (Season 2)


Selama ni aku asyik cakap pasal Kdrama je kan, jom lompat tgk cerita 'omputih' jap. Pada sesiapa yang suka cerita pasal Vampire mesti boleh layan cerita ni tapi ada jugak orang yang die-hard-core Twilight tak boleh terima cerita vampire lain. Tapi, pada pendapat aku la (setiap orang kan ade pendapat masing2), Setakat season 2 ni, Vampire Diaries ni boleh tahan la best. Nak bandingkan dengan Twilight saga, pada aku la, aku lagi suka Vampire Diaries. Tapi harap2 la cerita ni tak jadi macam siri Heroes tu, season1 kemain best tp ble season2 je, hampeh tak beh..

Ada 3 main character dalam siri ni, Elena Gilbert, Stephen Salvatore dan Damon Salvatore. Sama macam Twilight, Vampire Diaries ni juga diadaptasikan dari novel. Tapi aku tak kuasa baca novel dia, macam Twilight ade 4 buku tapi Vampire Diaries ade bape buku entah, 5 ke 6..tak ingat la..Mengikut fakta2 yang aku google, siri Vampire Diaries tak ikut sangat plot dalam buku. Banyak juga yang diubah. Contohnya; dalam buku, Elena ade adik perempuan tapi dalam siri dia ade adik lelaki. Pastu dalam buku, Elena yang mula gedik2 nak ngurat Stephen tapi dalam siri, Stephen yang mula2 suka kat dia. Macam2 lagi la diubah.

 Nak review the whole 1st season kat sini tak dapat de..ade 22 episode tu, tak larat nak review. tengok sendiri lah ye..Season 2 setakat ni baru ade 2 episode, still interesting..I'm not bored with this series yet..So far Elena masih setia dengan Stephen, belum ade tanda2 hati nak berbelah bahagi antara Stephen dengan Damon. But once Elena start confius mana nak pilih, Stephen ke Damon ke, aku mungkin akan stop tengok cerita ni sebab aku cukup tak suka tema cerita rebut cinta antara abang dan adik..urghh..

Wednesday, September 15, 2010

Sarapan Pagi!!

Secara tiba-tiba aku terasa nak berbicara soal kesihatan (ceh,bunyik poyo seyh). Sekadar berkongsi informasi je, ok?

Post kali ni nak cakap tentang breakfast. Ramai sebenarnye suka skip breakfast kan? aku pon dulu masa zaman student selalu jugak skip breakfast. Alasan tak sempat, tapi kalau bangun awal sket dapat la isi perut..aku ni suka zzZZzz. tanak korban masa tido.hehehe.

okeh,aku sebenar nak berkongsi tentang kelebihan sarapan pagi. Tapi jangan ingat breakfast ni boleh sumbat ape2 je pagi tu. Only healthy breakfast gives you benefits. Elakkkan bersarapan pagi dengan makanan seperti donut,kek,nasi lemak, dan yang sewaktu dengannya. A healthy breakfast means your breakfast contains more vitamin and minerals.Bukannya hidangan yang kaya dengan lemak dan kolesterol. Tapi rakyat Malaysia memang rata2 suka makan nasi lemak pagi2. memang sedap nasi lemak tapi hakikatnya tak elok untuk kesihatan, sekali sekala makan dimaafkan kot..kekeke..

Contoh breakfast yang elok macam pancake,cereal,oat.makan buah pagi2 pon takpe. Semua tu kaya dengan vitamin dengan mineral. Ade orang ingat selalu 'ponteng' breakfast boleh kurangkan berat badan. Diet konon, mane ade. Sebab mengikut kajian, bila tak breakfast, kadar metabolisma akan menurun, bila metabolisma rendah semakin susah berat badan nak turun.

Jadi pengajaran disini, breakfast is important. Kepada pembaca blogku, jangan ponteng breakfast, ok?
Ni ade gmaba pancake untuk kamu. Nampak sedap. Terasa nak makan pancake McDonald.


Sunday, September 12, 2010

Athena: Goddes of War

Athena: Goddes of War (AGW) is a spin-off of a successful award-winning k-drama IRIS. AGW would premiere in November but later on, (I dun remeber where I read it) the start-date is pushed back to December.

The main reason why I'm dying to watch this drama and patiently waiting for it's premiere: Choi Siwon (Super Junior) stars in this highly anticipated drama. though he's not even the main actor in AGW but who cares?? i'm an ELF so, Good Luck Siwon oppa!!hehehe..

Athena promotional poster

Athena: Goddes of War trailer (check out Siwon oppa in the swimming pool scene!!)

Saturday, September 11, 2010

Happy Eidul Fitr

1st day raya aku agak busy melayan tetamu dan mengemas untuk balik kampung belah mak pulak. 2nd day raya(hari ni lah) aku busy jugak..busy keluar masuk bilik air..sakit perut woo..salah makan kot masa 1st day raya..terseksa sakit perut nih..aigoo~~

jadi untuk pembaca semua,sila lah kawal sket nafsu makan..jangan sumbat sume, nanti sakit perut tak dapat beraya..duit raya pon tak dapat..tsk..tsk..

Selamat Hari Raya!!!

Wednesday, September 1, 2010

Dah masuk September??

Kejap je dah masuk September..maksudnya nak raya dah la..Ramadhan nak abis dah..huhuhu..(aku ni amal tak banyak kalau bulan2 lain tuh, jadi kene la banyakkan amal masa pulan puasa..kekekeke~~). Pejam celik pejam celik dah bulan 9..cepat btol masa berlalu..semalam Hari Merdeka yang ke-53 tapi ak ni blom merdeka dari alam pengangguran..last week baru apply nak sambung master..harap2 dapat..

tadi aku tengah kemas bilik tetiba teringat dekat kawan lama..kawan masa sekolah asrama,kawan masa kat matrik,kawan masa kat usm...tetiba rasa rindu pulak zaman2 muda dulu..bila kita jauh dengan family,kawan la penyeri hidup..kadang bila teringat kisah2 lucu dengan kawan,aku senyum sorang2 macam orang gila..hehehe..dalam otak ak skarang ak terpikir kat mereka ni..
Jets: ema,ahya,ain,lina.bib
matrik: nor,azym,nad,tyra,teya
USM: madi,jib,dila,yana,tin
apela yang diorang tengah buat skarang ek?

oh ye, hari ni 1st September, kepada adik busuk aku, Happy Birthday!!kekekeke~~