Friday, March 25, 2011

Akibat menangguh kerja

Kenapa suka tangguh kerje? Sebab malas..Kenapa malas?? Sebab malas lah..oh tak, bukan..sebab setan hasut jangan rajin..Hahahahha..Semua salah setan, diri sendiri tak salah..*I'm talking nonsense*

I have an advice here.. Jangan tangguh kerja.. Selagi takde perkara yang menghalang, buatlah sampai habis. jangan jadikan 'Malas' sebagai alasan.

Ni lah hasilnya bila tangguh kerje, pastu kelam kabut siapkan..bila dah siap, sendirik kasi thumbs down lah kat kerje sendiri..kan dah kene redo half of the work..kan sendiri dah susah....



hamik, correction merah sana sini...serves myself right..huahuahua~~~

Sunday, March 20, 2011

To Penang with Love

Last week I went to Penang.. A journey to Penang with love. hehehehe.Bertolak hari Khamis balik hari Ahad. Tu je masa free yang dapat aku curik.

4 hari di Penang sangat seronok. I finally get to meet my friends I've been longing to see!! To my dear Madihah, thanks kasi I tumpang bilik you. hehehe. Walaupun sekejap je jumpa my darling Jeep and Ada, dapat la jugak makan Nasi Padkapau bersama. Menyembang bende bohong bersama, tengok Running Man bersama dan tidur bersama. Waaa~~~ Tak puas kita ketemu!

 Dinner bersama Madihah, Jeep, Ada dan kawan2 Jeep&Ada

'Ikan' yang lazat..puahahahaha

Sama juga dengan Kemal, jumpa sekejap je. Dapat la makan bersama kat Old Town sampai kenyang nak mampus. hahahaha. Bingle bingle kejap kat Queensbay bersama. Ape bende ek yang kita sembang kan masa kat Old Town tu? Daku sudah lupa..hehehehe..

Ramai jugak kawan-kawan kat USM dulu aku jumpa  time tu. Classmate ku (yang pempuan je lah) jumpa dan berborak berejam-jam. Merapu meraban bersama Yana kat bilik dia, siap dia buatkan air kopi lagi..kekekeke~~

 DTSP yang tak habih-habih renovation nyer

Junior ku merangkap ex-rumet ku juga aku lawat sat. Tengok dia tengah merana buat report FYP, aku gelakkan dia..hahaha..aku memang kejam.

Kepada Madihah, kamulah paling lama daku bersama sepanjang pergi Penang hari tu, Tapi 4 hari mana cukup ma. Banyak bende nak disembangkan tapi masa mencemburui kita (ceewah~~~ayat aku takleh blah) Tak sempat nak buat semua kerje tak berfaedah yang aku plan. Waaaa~~ InsyaAllah ade jodoh kita jumpa lagi yer.

Pulang dari bingle bingle di Queensbay

Desa Tekun diwaktu malam

Kawan-kawan, next time kita wat reunion lagi yer. Pajama Party next time mesti berjalan dengan lancar..hehehehe..oh ye, next time Fatin perlu ade sekali..

p/s:
1. Harapan untuk ketemu anak uncle Maju Jaya dengan Putera Belang tak kesampaian..sob..sob..sob..
2. Juga kepada Jeep dan Kemal, Happy Convocation..semuga korang dapat kerje cepat..Amiinnn..
3. Jeep ku sayang, Selamat Hari Jadi yang ke-22..!!!

Wednesday, March 16, 2011

Malas vs Rajin

Kebengongan yang melampau membuatkan aku tetiba nak merapu kat sini.

Semenjak dua menjak tiga menjak ni, aku sangat-sangat lah malas. Lagi-lagi lepas submit 1st draft proposal (1st draft je pon) aku menjadi semakin malas. Padahal belambak kot part nak kene betulkan. Kalau bab buat kerje ni, susah betul Encik Rajin nak munculkan diri. Encik Malas aje yang sentiasa disisi. Aigooo...

Tapi bila buat kerja tak berfaedah, seperti merapu, menyembang bohong, merepek meraban (contohnya seperti blog ini) memang rajin sungguh lah aku. Encik Rajin pulak setia disisi time wat keje tak berfaedah ni. Hahahahah..

p/s: tetiba pulak kelas tadi ade assignment baru muncul. Haish....

Saturday, March 5, 2011

Postgraduate life is way more hectic

Suddenly rasa macam nak merapu sikit kat post kali ni. Hehehehe. Bukan merapu sangat sebenarnye tapi nak berkongsi pengalaman dan pengetahuan. To anyone who plan for further studies (peringkat master), mari I kasi briefing sikit dunia postgraduate ni.

Peringkat master ni ade dua jenis, Master coursework and Master with thesis.

Master with coursework: I tak amik coursework jadi tak boleh nak cerita panjang-panjang. Tapi menurut rakan-rakan yang amik coursework, their schedule is very pack. Quite similar to undergraduate, pergi kelas, assignment, test, and exam. Plus project yang macam FYP tu. Kalau undergradute duration dia 3-4 years tapi master in coursework duration dia normally 1-1.5 years.

Master with thesis: Ni lah yang aku amik sekarang. Schedule tak pack, tapi ade la jugak 2-3 subject pilihan sendiri yang perlu ambik. Kene lah ambik subject yang boleh assist research kita nanti. Walaupun jadual tak padat, tapi still perit dengan berpuluh journal nak kene study. Master with thesis ni, kalau malas, memang lambat habis, kalau rajin cepat lah grad dan kalau bagus research tersebut, boleh convert to Phd.

Nak pilih universiti mana nak sambung belajar? Yang ni silalah pikir masak-masak sebab you have to be very independent as a postgraduate student. Kalau sambung kat universiti yang sama masa undergradute dulu, InsyaAllah takkan ade masalah sangat sebab dah biasa dengan keadaan disitu. No need time for adaptation of new place. Dan kalau sambung bidang yang sama, juga takde masalah jika kita memang minat bidang tersebut.

Tapi kalau sambung universiti lain dan tukar bidang?? Yer, inilah yang aku hadapi sekarang. Tak dinafikan ade ketika aku akan rasa sangat down, tapi as long as you believe in yourself, segala masalah akan ada penyelesaian. Dulu aku belajar kat USM, sekarang UPM. Nasib baiklah UPM bukan kat luar negara..kekekeke. mula-mula masuk UPM, aku ade sorang je kawan. Kawan masa matrik dulu. Walaupun sorang je kawan, at least there is someone I know there. Bila dah start belajar, I start making friends dan sekarang Alhamdulillah, takde masalah sangat dah. Melayu, Cina, India, Iran semua nye jadi kawan aku sekarng..hahahaha..

Dan masalah tukar bidang? Peritkah tukar bidang? Yer, mula-mula memang perit tapi ape guna kalau kita sambung bidang dulu tapi hati tak rela..kan? kan? Tapi kenelah pikir masak-masak yer nak tukar bidang ni. Mula-mula memang slow dan blur, once you see the light, boleh la tarik nafas lega. Bak kata supervisor aku, normal lah blur-blur masa mula-mula ni. Dan rupanya ramai je budak master yang aku kenal sama kes macam aku, tukar bidang dan grad dari U lain.

Financial support? Sekarang ni universiti ade banyak geran. dan sebenarnye ade banyak scholarship. Cuma kita kene rajin carik la financial support. Aku sekarang hidup dibawah research grant. hehehehe

Ayah aku ade tanya hari tu, ape bezanya postgraduate student dan undergraduate student?
Aku dengan selamba menjawab, "undergraduate dulu duk mengeluh 'banyak nye note nak kene baca', tapi bila postgraduate 'tak tau nak baca apa la'"..hahahaha..
Ayah ku cakap, undergradute student must read as much as they can what they are told to read, but postgraduate student must read as much as they can as there is absolutely no limitation.

Jadi kepada semua yang nak sambung belajar, aku ucapkan selamat maju jaya.
Okay guys, Have a nice day!! aku nak kene sambung study journal ni.

p/s: tapi kat UPM aku belum jumpa lagi makhluk hensem macam putera belang kat USM dulu.