Sunday, January 30, 2011

Cool Leader!!

Post pasal kpop lagi..Ya, aku memang hantu k-pop,k-drama.. Sila jangan menyampah because I am who I am and I don't mess with you guys, okay..! Muahahahaha

Selama ni Teukie atau nama sebenar Park Jung Su, leader group Super Junior jarang diberikan peluang menyanyi. Kalau tengok lagu-lagu SuJu, yang paling banyak line Ryeowook, Kyuhyun dengan Yesung. Sebab diorang bertiga ni memang suara sedap pun.

Tapi, Teukie oppa telah me'release'kan single terbaru dia, duet bersama Krystal dari group f(x). Sangat sweet lagu ini. Mungkin melodi lagu ni sesuai dengan suara dia, jd lagu ni sangat sweet bile didengar. Kalau lagu high note mungkin tak sesuai dengan suara Teukie oppa.

Ape-ape pun, i really like this song. Berulang-ulang kali I dengar..hehehe

Tuesday, January 25, 2011

Running & Running

Aku sangat gigih mengupdate wat masa ni..kenapa? why? wae? Sebab aku tensen,sekian..

Aku ni dah la siap sedia ting tong, makin ting tong lah aku jadik nye..Sambung master memang banyak cabarannye..kalau tgk kawan yang amik master in coursework tu gila busy mengalahkan menteri..tapi aku amik master in research, takde la busy sangat tapi sakit kepala jiwa raga nak menetukan hala tuju research ni..ade aje masalah timbul..hmmph..biasalah, ni lah sebenarnye kemanisan menuntut ilmu..

Kalau tengok title post aku ni tajuk Running & Running.. mesti ade yang ingat tajuk ni sebab aku nak lari dari problem aku skang..kan? kan?? Jika anda pikir begitu, anda SALAH!! Bwahahahaha..

Yang sebenarnye aku bukan nak cerita kisah aku tensen ni, aku nak cerita pasal lagu tajuk 'Running & Running' dari group MBLAQ. Tak tahu sape MBLAQ? Silalah tanya pakcik Google atau makcik Yahoo..Lagu ni adalah OST drama 'Fugitive Plan B'..Kat KBSW dulu ade tayang citer ni, tapi aku tengok seciput-ciput jer, aku bersorak gedik 'Yay!' bila kuar pak cik Daniel Hanney..hahahaha..(aku sangat suka jadi seorang Fan Girl, okay!)

Lagu ni rancak, aku suka..sedap la layan..maka dengan segala hormat dan gediknya, aku menjemput korang semua layan lagu ni..


p/s: marilah menonton cerita Tiramisu kat tv3 slot akasia..senin-khamis 7mlm-8mlm..


Monday, January 24, 2011

K-drama Review: Secret Garden

Whoever is a k-drama maniac sure knows what is 'Secret Garden'. Drama ni baru habis tayang kat SBS and I really love it! Kalau ade sesape tak suka K-drama, please don't hate me for posting about this..kekekekeke~~

Typical Korean drama kan ade 4 main character and mesti 2 lelaki 2 perempuan. Kalau tak 2 lelaki ni rebut heroin, yang 2 perempuan tu rebut hero. Selalunye macam tu lah kan, tapi Secret Garden ni lain. Dia bukan kisah nak rebut-rebut hero atau heroin.

Disebabkan aku tengah tensen dan buntu, meh aku nak wat review sket pasal drama ni.
Watak-watak utama drama ni ialah:
1. Gil Ra Im (Ha Ji won), seorang stuntwoman yang bekerja keras dan miskin dan
2. Kim Joo Won (Hyun Bin) seorang CEO yang bongkak dan tak matang, perangai macam budak-budak.
3. Choi Woo Young (Yoon Sang Hyun) seorang Hallyu Star dengan stage name dia Oska. Juga sepupu kepada Joo Won. Mereka selalu bertekak tapi sebenarnye mereka rapat tapi mak mereka berdua tak suka sama sendiri.
4. Yoon Seul (Kim Sa-Rang). Suatu ketika dulu dia ni awek kepada Oska tapi dia telah putuskan hubungan dan menghilang selama beberapa tahun. Sekarang dia muncul balik dalam hidup Oska.

Everything starts when Joo Won accidentally mistaken Ra Im as an actress. Sebab Ra Im ni kan stuntwoman jadi dressing dia sama dengan pelakon sebenar. Joo Won nak bawak pelakon tu pergi jumpa Oska (adelah deal dia dengan Oska tu) tapi dia terbawak Ra Im pulak. Macam nilah cara mereka berjumpa. At first they don't like each other. Bagi Joo Won, Ra Im ni bukan seorang wanita yang lemah lembut dan bagi Ra Im pulak Joo Won ni arrogant and selfish.

Episode 1 - episode 5, plot cerita dia lebih pada perkembangan watak (including watak sampah) nak kasi penonton paham jalan cerita dan kaitan semua character. Masa episode 5 ni, semua character berada di Pulau Jeju untuk shooting MV lagu Oska. Yoon Seul yang dulunya awek Oska tu skang jadi director dan dia akan direct MV Oska. Mau tak terkejut Oska bila tau sape director dia. Pastu MV ni perlukan bantuan stunt crew dan Ra Im nak join sebab dia ni minat habis la kat Oska tapi Ra Im punya bos tak bagi. Kebetulan Ra Im menang peraduan yang dianjurkan oleh company Joo Won yang hadiah dia ialah 'A date with Oska'. Jadi Ra Im pergi jugak ke Jeju Island gunakan hadiah ni. Joo Won pulak bila dia tau Ra Im sukahati pergi Jeju Island guna hadiah dari company dia, dia pergi jugak ke Jeju Island nak cari si Ra Im ni. Dan disitulah segalanya bermula..

Kat jeju Island, Ra Im, Joo Won dan Oska pergi mountain bike. Tapi Ra Im tersesat pulak maka Joo Won pergi carik dia. Bila dah jumpa kat hutan tu, diorang ni lapar dan gatal pergi singgah kat kedai makan dalam hutan tu.


Lepas mereka makan, mereka berdua pulang ke hotel tapi tuan punya kedai makan tu boleh pulak kasi souvenir botol air kat diorang sorang satu. Dan malam tu hujan, guruh petir...Ra Im lepak kat sauna sambil minum air tu, Joo Won pulak lepak kat hotel sambil minum air tu jugak.


Dan esok peginya..AAaaaaaaaaa!!! They swapped their bodies. Sangat lucu bila diorang dah tertukar badan. Tapi selama diorang tertukar badan tu, tanpa disedari diorang sebenarnye develop feelings among each other. Sebenarnye sebelum tukar badan lagi dah nampak yang diorang ni sebenarnye suka sama suka. Ingatkan diorang akan tertukar badan sampai hujung cerita tapi diorang tertukar badan selama 3-4 episode je..

Walaupun diorang dah dapat balik badan diorang, cerita masih panjang..mula-mula diorang nak deny perasaan masing-masing tapi nak buat camne, kalau dah suka, mana boleh tipu-tipu kan..and bila they start dating, mak Joo Won pulak buat hal. Dia memang mati-mati tak suka Ra Im. Mak dia tak suka orang miskin ni. Macam-macam lah mak dia buat nak pisahkan diorang berdua.

Okay, stop kejap kisah Ra im dengan Joo Won. Aku nak cerita kisah Oska dengan Yoon Seul. Mula-mula kemunculan Yoon Seul, aku memang ingat dia ni jahat, nak balas dendam dan nak buat dajal kat Oska. Setiap flashback yang berlaku nampak macam Yoon Seul ni jahat, dia yang tinggalkan Oska, dan dia pergi luar negara dengan lelaki lain.


Dah lama tu, dah episode berapa entah baru aku tau kenapa Yoon Seul tinggalkan Oska. Kenapa dia marah sangat kat Oska. Kesian weh kat dia. Dan Oska ni pulak dia tak tau ape yang dia buat kat Yoon Seul dulu. Masa ni pulak Oska ditimpa banyak masalah la. Dia dituduh melakukan plagiarism dan dia tuduh ni semua Yoon Seul jadi dalangnye.

Tapi nanti Oska jumpa kawan Yoon Seul dan kawan tu dia cerita sebenarnye Yoon Seul mana ade pergi dengan lelaki lain. Dia memang ke luar negara tapi dia ke Swiss seorang diri. And she even attempted suicide before!! Dasat weh orang frust cinta. Kawan tu cakap, Seul jadi camtu sebab Oska la. Baru la Oska rasa bersalah dan dia duk pikir ape yang dia buat sampai Seul jadi camtu. Lama jugak la baru dia ingat. Terasa macam kesian kat Seul sebab Oska ni tak menghargai dia masa diorang couple dulu.

Oska ni dia anak orang kaya macam Joo Won la..perangai pun buruk cam Joo Won. Oska sangat selfish dan degil dan suka ikut kepala sendiri, tapi dia dah mula berubah nak jadi baik sebab dia nak balik ke Yoon Seul. Seul tu sebenarnye masih cintakan Oska because Oska is her everything.

Okay, balik semula kisah Ra Im dengan Joo Won. Masa mak dia duk buat hal nak pisahkan diorang, diorang boleh tertukar badan balik..pulak dah..2nd time tertukar badan ni lah diorang perasan yang setiap kali salah sorang kene hujan, mereka akan tertukar badan..diorang terus check weather forecast, kne tunggu beberapa hari baru hujan balik..hahahaha..lawak betul..

Unexpectedly, 2nd time diorang diorang tertukar badan ni, bos Ra Im dengan Oska tau. Bos Ra Im tu dia rasa Ra Im ni perangai pelik sangat macam kat Pulau Jeju dulu, Ra Im tak tahu yang hari tu hari ulang tahun kematian ayah dia. (mestila dia tak tau, tu Joo Won). Waktu yang sama pulak, Oska pulak rasa sangat pelik dengan  Joo Won sebab Joo Won ni tak kenal Ji Yeon padahal Ji Yeon ni doctor peribadi dia dan 1st number kat speed dial dia.


Maka, diorang pun cerita la kisah tertuka badan ni kat Oska dengan bos Ra Im. Mau naik gila diorang nak percaya bende tak logic ni. Lawak betol time terbongkar rahsia ni. 

Masa tertukar badan ni, Ra Im ade audition untuk filem Hollywood. Oleh sebab yang dalam badan Ra Im tu Joo Won, problem la sikit. Terpaksa la Joo Won ni belaja macam-macam stunt dari Ra Im. Pada hari audition tu, Joo Won (yang sebenarnye Ra Im) kene pergi office sat, jadi Ra Im (yang sebenarnye Joo Won) tu tunggu kat luar teempat audition tu. Oleh kerana Ra Im nak cepat pergi tempat audition tu, dia turun ke tingkat bawah ikut lif.

Joo Won ni dia ade masalah claustrophobic sejak dia accident, jadi dia memang tak pernah naik lif sejak tu. tapi yang dalam badan Joo Won tu kan Ra Im, dia selamba aje lah naik lif. Tanpa disangka, lif tu tersekat and at the same time, hujan turun. Ra Im (yang sebenarnye Joo Won) kat tempat audition tu habis basah kene hujan, maka badan mereka pun tertuka balik la. Terus Joo Won masuk balik badan dia tetapi dia ada dalam lif pulak..terus penyakit claustrophobic dia menyerang.

Ra Im tau Joo Won tu ade penyakit ni jadi dia kelam kabut tepon ambulan dengan secretary Joo Won bagitau pasal ni. Audition tu bye-bye aje lah. Tapi hero mane boleh mati kan..Dia berjaya diselamatkan jua.

Yang sebenarnye penyakit claustrophobic Joo Won ni ade kaitan dengan kematian ayah Ra Im. (Episode 17 kne start sediakan tisu sekotak)..Ayah Ra Im mati masa nak selamatkan Joo Won ni. Tapi Joo Won tak ingat langsung detail pasal accident yang jadi kat dia dulu. Ra Im mula tak tau pasal ni tapi mak Joo Won ni bagitau.

Walaupun Ra Im ni anak kepada orang yang telah berkorban untuk anak dia, dia still suruh Ra Im blah dari hidup anak dia tapi Ra Im tamau. Punya lah jahat mak Joo Won ni (setaraf kot dengan mak Gu Joon Pyo), Ra Im akhirnya mengalah.

Tapi, satu hari Ra Im ni shooting scene stunt drift kereta, dia accident masa shooting. Cedera parah jugak la sebab dia koma. Doktor cakap macam takde harapan.


Maka Joo Won buat keputusan, dia nak bawak Ra Im yang tengah koma tu pergi tempat yang ade hujan sebab dia nak Ra Im teruskan hidup gunakan badan dia. Jadi Ra Im sekarang ade dalam badan Joo Won. Joo Won yang sebenar dalam badan Ra Im yang koma tu. Sedih kot episode ni. Terharu aku pengorbanan Joo Won ni.

Mana boleh heroin terus koma sampai akhir cerita kan. Mesti dia akan sedar punya lah. Bila Ra Im dah sedar nanti, diorang akan dapat badan memasing, back to normal. Seronok ar dah dapat badan memasing kan, tapi Joo Won pulak dia boleh hilang ingatan. Dia tak ingat pun pada Ra Im. Tapi Ra Im ni bukan typical watak perempuan yang bodoh cepat putus asa. Dia berusaha buat Joo Won ingat kat dia dan Joo Won berusaha nak kenal Ra Im sebab dia nak tau ape yang ade kat Ra Im ni sampaikan Dia boleh cintakan Ra Im sepenuh hati. Lawak jugak ar camane Joo Won ni nak ingat Ra im balik.

At the end, they live happily together tapi mak Joo Won still tak suka Ra Im.

p/s: tak sangka ketensionan aku ni boleh membuatkan aku tulis k-drama review dengan ayat yang tunggang langgang.

Saturday, January 15, 2011

Sudah Berhabuk Belog Ku

Wow, sudah lama ku tidak mengupdate blog ini. Saya busy baca journal, sekian..hahahaha..hakikatnya aku busy buat bende lain sebenarnye, kawan ku Cik Sengal dan Cik Jeep mesti tau ape la kereje aku selama ni...sebab mereka jua sama seperti ku..muahahaha

Aku nak cerita sikit ni pasal Komuter, ketapi KTM tu lah..semenjak dua menjak ni aku rasa Komuter dah semakin laju. Nak kata sampai on time tu tak la pulak sebab mesti punyalah lambat seminit dua. Tapi rasa macam semakin laju lah. Kalau dulu aku rasa perjalanan dari Serdang ke Seremban tu, mak aih lamanye. Aku tidur bangun balik pun tak sampai lagi. Tapi sekarang aku tak sempat nak tidur, baru berangan sikit je tetiba 'eh,da sampai??'..

Apa yang aku suka pasal komuter ni adalah itu 'Koc Wanita'!!! Semua perempuan aje dalam koc ni, nak korek idong pun takde lah segan kan..hakhakhak..tapi ade jugak mangkuk ayon yang tak dapat nak kenal pasti jantina sendiri..nak jugak masuk koc orang perempuan..b****k betol..


Gambar diatas adalah gmabar di Stesen serdang. Stesen ni agak dah lama, maka janganlah bandingkan dengan KL Sentral. Hehehehe

p/s: terasa seperti ayat2 aku semuanya skema. ni la hasilnya bila dah lama tak jenguk belog sendiri..