Saturday, September 21, 2013

Booties to give away to.. anyone

Otak masih lagi terbayang percutian di Korea.
Sneak peak pictures ade kat Instag.
Nantilah aku upload ke blog (kalau aku cakap nanti tu maksudnya lambat lagi lah tu. haha)

So I have this shoe (kind of booties) to let go. Ini rupa dia. Tadaaaa~~~


Aku ade history dislocated bone so dinasihatkan tak pakai kasut tinggi. Tapi aku ni biasalah degil, beli jugak. Pastu pakai beberapa kali je sebab setiap kali pakai mulalah rasa sakit.

Oleh sebab itu... I'm letting this go. I posted it on IG, ade kawan nak tapi kaki kami tak sama saiz. So I post it here instead.

Add info:
Jenama kasut: Le Sandee
Saiz: 6
Ukuran: tak tau (senang citer, aku main boling kasut saiz 4. sape saiz 4 jugak mungkin boleh pakai)

Maka sesiapa berminat sila email ke izziesmile@gmail.com (tulis subject: kasut free)
Kalau sikit je yang email, aku berikan pada orang yang first email dia sampai.
Tapi kalau ramai pulak yang berminat, i'll pick randomly.

okay,
Assalamualaikum
peace ^_^

p/s: aku MUNGKIN charge untuk postage je kalau si bertuah duduk jauh. kasut tu aku tak charge ape2. dah kata nak let go kan, free la maksudnya. nak tak? nak tak?

Saturday, September 7, 2013

Korea, I'm coming!

Assalamualaikum.

Ehem ehem. Sebenarnye tengah nervous ni. Sebab dalam masa beberapa jam lagi nak terbang ke Korea Selatan. Rasa tak percaya nak jejak kaki ke bumi lahirnya Lee Donghae. HAHAHA

Kalau aku rajin, aku letak sneak peak bumi Korea di sini. Kalau rajin la. Hehe

Tapi sebenarnye aku rasa tak tenang. Entah la mungkin sebab aku dah lama duduk rumah, duduk bawah ketiak mak, bila nak keluar jauh untuk jangka masa yang lama mula rasa sedih. Homesick kononnya.

Semuga aku selamat dalam perjalanan pergi dan pulang. Dan semuga keluarga ku sentiasa selamat dipelihara oleh-Nya. Amiiiinnnnn

Candy buffet for brother's Wedding

Assalamualaikum,
Salam Merdeka. Salam minyak naik 20 sen. *hahahaha*

Tujuan post kali ni nak promot business mak cik. *aku ni anak buah yang baik kan?* Last week, my brother's wedding ade candy buffet sponsored by our beloved makcu. *clap clap*

Aku ni adik pengantin merangkap tuan rumah agak la busy kehulu kehilir layan tetamu dan pastikan semua berjalan lancar. Maka tak sempat merasa candy buffet tu. soobs. Tapi hati seronok tengok orang kerumun. Hehe.

Gambar pun tak sempat nak ambik banyak-banyak, tapi inilah sneak peak candy buffet makcik ku.




Nanti turn kenduri aku nak jugak la candy buffet ni, nampak seronok. Nak chocolate fountain yang lagi besar. Hehehe

Peace^_^

Friday, August 23, 2013

Status ke-HALAL-an TGI Friday

Membuat kaji selidik ni kan memang hobi aku. Hahaha.

Aku sebenarnye tak pernah pun makan TGI Friday, sebab ragu-ragu. Takde tanda halal. Bende kalau dah ragu-ragu tu harus dijauhkan. Tapi terasa nak makan tengok iklan steak dia nampak sungguh menggiurkan.

Maka aku try contact pihak TGI Friday ni tanya pasal status ke-halal-an dia. No response. Heh.

Agaknya Allah nak bantu kot. Tak lama kemudian aku berbual dengan sorang kawan ni pasal TGI Friday. Dia memang biasa dah makan tempat-tempat macam Chilli's, TGI Friday tapi dia sama macam aku jenis suka menyelidik.

Menurut kawan aku ni, TGI Friday sama macam Chilli's takde Halal JAKIM tapi bahan mentah dia dari sumber halal. Maksudnya poultry product dia ambil dari supplier yang ikut halal requirements la.

Tapi kat TGI Friday ni nak makan kene berhati-hati. Sebab walaupun daging halal, tapi kalau steak tu memang dia celup wine. Kalau customer yang tak tau memang selamatlah wine masuk perut, tapi kalau customer yang tau pasal ni boleh request jangan celup dengan wine.

Walaupun wine tu darjat dia tak sama dengan bab1, still diharamkan dalam Islam kan? So aku tak sure lah pulak apa hukumya makan steak goreng atas kuali bekas goreng daging bersama wine.  Tu kene tanya yang pakar lah. Aku tak berani jatuhkan hukuman.

Kalau ikut pendapat aku, tak payah la makan TGI Friday ni. Kejadah, mahal pulak tu. Kat bangi tu ha bnyak kedai steak halal. Pergi lah makan sampai buncit.

Aku ni takdelah obses sangat dengan Halal JAKIM tu. Tak semestinya takde Halal JAKIM haram dimakan. Negara lain pun ade Islam Organization jugak, kalau ade cop sahih Halal dari negara luar maksudnya halal jugak lah. Kalau rasa prejudis sangat toksah pegi beli makanan kat pasar malam, gerai-gerai takde pampang simbol Halal JAKIM kan. Kan? Kalau duduk luar negara, memang kebuluq lah duk carik Halal JAKIM aje. Selidik lah sikit, baca ingredients , kalau takde meragukan okay lah.

Maka dengan itu, marilah kita jaga pemakanan sebab tu kan jadi darah daging kita.
Pesan ustazah aku dulu, macamana ibadah nak diterima kalau duk telan benda yang was-was.
Tapi kalau yakin ianya tidak meragukan, tiada unsur yang haram, boleh la kot makan.
Peace ^_^

Thursday, August 22, 2013

Untung peminat Running Man sekarang

Assalamualaikum, selamat sejahtera, salam Korea.
Ceh salam Korea konon. (nak buat post pasal Korea gedik-gedik la salam Korea)

Siapa suka tengok Running Man? Ramai orang aku tau dia bukan peminat cerita/lagu Korea tapi suka layan Running Man.

gambar sumber ihsan pakcik google 

Sekarang ni peminat Running Man untung. Untung sebab cepat giler English sub released. Hari ni tayang kat Korea esok dah boleh tengok dengan Eng Sub. Terima kasih pada kshownow. *clap clap*

Kalau dulu, masa awal-awal tayangan  Running Man ni, giler susah nak dapat sub. Eh tak susah sebenarnye, ade fansub dia tapi kemain lama nak tunggu sub release. Kalau episode tu takde guest yang best/famous, tunggu lah sebulan baru keluar sub.

Alkisah aku mengenali Running Man..
Aku start berjinak-jinak dengan Running Man masa episode 4-5. Sebab guest dia Nickhun 2pm.*gedik sekejap*. Jessica SNSD tu aku tak kisah pun.
Gigih aku cari video dengan eng sub untuk dua episode tu, dah puas mencari akhirnya ketemu dengan isubs. isubs ni dulu fansub untuk rancangan Family Outing. *Family Outing pun best untuk dilayan*. Terima kasih isubs kerana dikala awal kemunculan Running Man, kshownow langsung tak pandang sebelah mata, tapi dikau setia menge-sub setiap epsiode dengan jayanya.
Paling aku ingat masa guest Running Man tu TVXQ, entah episode 27 ke 28 aku tak ingat. Tapi seminggu je dah keluar sub. Kalau episode lain dua minggu belum tentu keluar.

Tapi semenjak 6 orang gadis SNSD jadi guest, kshownow mula lah projek menge-sub rancangan ni. laju pulak tu. maka ramai dari isubs mula beralih ke kshownow.

Kesian isubs mula dilupakan. Tapi kalau ikutkan, kshownow sub laju tapi isubs punya subs lagi berkualiti. Silalah bandingkan sendiri kalau tak percaya cakap aku. Heh.

Tapi sekarang Running Man dah tak best macam dulu. Ade certain episode je aku rasa best sekarang ni. Aku je la kot rasa macam tu.

Dah itu je motif post kali ni. Cakap pasal Running Man. Aku ni sebenarnye bosan tak dapat tidur. Muehehe
Peace ^_^

Friday, August 2, 2013

I'm still alive guys..

Yup! Me still alive.
When was my last post? berabad yang lalu (oh itu over). Ade la lebih kurang 4 bulan menyepi.

Yang sebenarnye aku super busy. Busy yang teramat sangat. Writing tesis ni bukan senang. tak sama dengan write report FYP.

Sape yang nak sambung belajar tu, lagi-lagi bidang research, nak tips? meh sini tanya aku. I'm very happy to give you tons of advices.

Sekarang, aku sedang stress macam ni ha..


Gambar sumber ihsan google

Jadi ape berita aku selama 4 bulan menyepi?

1. Tesis hampir siap. (Oh ini paling penting.)
2. Masih lagi peminat tegar Lee Donghae. (Ini pun penting juga. BWAHAHA)
3. Dah ade akaun instagram (HAHA. tak ghoti den mulo-mulo guno bondo alah ni)

apo laie? oh ye hampir terlupa. Selama empat bulan tak jenguk blog, rupanya ade ramai jugak comment post pasal 'Status Halal Sushi Kin'. Agak lah lama dah post tu, tapi terima kasih la menyuarakan pendapat anda.

Nantikan post aku pasal TGI Friday pulak. Nanti tu maksudnya lambat lagi lah kot. HEHEHE

Ok Assalamualaikum,
Peace ^_^

Saturday, March 30, 2013

I miss..... my wall

Bila nak habis tulis tesis ni? Bila? When? Mataa? Eonje??
Look what happen to my wall..


I miss my clean innocent wall.
I want my wall back.

Semuga Allah permudahkan urusan ku menyiapkan master ku ini

Friday, March 29, 2013

Fesyen tudung belit belit

Suatu ketika aku terdengar perbualan sekumpulan lelaki mengumpat bercakap pasal sekumpulan perempuan yang tidak jauh dari mereka.

*What am i there ? invisible? ceh*

Kata-kata mereka:

"Aku tak paham fesyen perempuan sekarang ni. Diorang ni ingat cantik sangat la belit-belit tudung tu"

"Warna tak matching pulak"

"Dah macam orang gila"

oh em ji seriously these boys. nasib baik aku pakai tudung bawal aje time tu. hahaha.


Thursday, March 28, 2013

Enlighten Me

Can anybody please tell me if there is a line between:

1) Pride & Ego

2) Being Shy & A Fool

Pokerface wasn't my thing. Seriously. I just don't know how to react.


Sunday, February 17, 2013

Mother's Love


I just watched 'Mama' with my brothers petang tadi, and the film was good. I can't imagine watching this movie kat wayang, it reminds me of the movie 'Drag me to Hell'.

Cerita hantukah Mama ni? Okay boleh la nak kategorikan cerita hantu tapi tak takut sangat pun. Maybe sebab tengok dengan adik-adik, so we LOLed during many scary scenes which we supposed to scream. Hahaha.

The plot was nice, memang ade banyak scene heart thumping sebenarnye but you know watching horror movies with boys memang takde jerit-jerit.

So this movie is worth your time watching it. Kalau tengok kat wayang tu takde la mintak refund. Kahkahkah.

Selamat menonton cerita seram.
Peace 
^_^

Saturday, February 16, 2013

Yoona doppelganger. Berhijab itu manis

Eh lamanye tak hapdet.

Okay citer ni dah basi tapi nak jugak cakap pasal ni.
Para peminat k-pop sebelum ni kepoh pasal ade sorang Malaysian girl muka ada iras-iras SNSD's Yoona.
Asalnya ingatkan takat nak kepoh kat Malaysia aje. Sekali masuk allkpop kau. Punah terus impian aku nak jadi rakyat Malaysia pertama masuk allkpop. *Wahai adik, awak telah mengahncurkan impian kakak ni. Hahaha.*

Sebenarnye tak nak sentuh isu look-alike ni. Nak bercakap pasal hijab. Iaitu tudung.
Dikala aku membaca post pasal Yoona's doppelganger ni kat allkpop, i read through the comments *ye aku tau aku takde keje*. I become really happy when some people commenting Yoona's doppelganger is cute even she's covering her head. Maksud mereka tu berhijab lah, bertudung. Ramai juga yang komen begitu.

Aku jadi gembira bila ramai manusia diluar sana lagi-lagi pembaca allkpop tu nampak how modest a muslim woman is. Oh gembira gembira. Seorang gadis Islam tak perlu mendedahkan segalanya, lagipun itukan tuntutan agama. Kalau yang kafir tu tak heranlah, sukati mereka lah.

Dan lagi satu, adik doppelgangger ni gambar-gambar dia banyak pakai tudung biasa aje.
Aku tak jumpa pulak belit-belit turban sanggul Arab palsu tu. Jadi lagiiiiiiiiiiiiiii comeeeeeeeeeeel.
I strictly disagree dengan pemakaian sanggul Arab palsu tu. Sekarang ni banyak fesyen tudung tak menepati syari'at.

I have a lot of boy friends plus my siblings semuanya lelaki. Bila aku tanya soal tudung fesyen pelik-pelik ni, 95% akan cakap pakai tudung belit-belit turban tu buruk. Sanggul Arab palsu tu macam kepala kene ketumbuhan. Serius, mereka lagi prefer pakai tudung biasa-biasa aje. Kekalkan apa yang kita ada, tak perlu tambah-tambah.

Okay itu aje nak pot-pet-pot-pet pasal hijab. Marilah bertudung kerana bertudung itu manis, dapat pahala lagi tu.
Kepada adik doppelganger, I dont know how to address you so i just use 'adik doppelganger'. Sorry. heheh. Dan pedulikan mereka yang mengutuk anda. Live your life to the fullest.
Peace ^_^

Saturday, January 12, 2013

Mahu camera lagi

DSLR yg dulu telah dijual.
Kemudian adik beli Nikon D90.
Tapi dia simpan nak bawak U nanti.
Kesimpulan: aku tiada camera

Kamera pink Sony-Cyber shot yang dulu dah rosak.
Elok-elok rosak hari menapak kaki di bumi Aussie. Ceh.
Kesimpulan: aku tiada camera

Yang tinggal hanya Intant Camera Fujifilm. Satu Instax mini, satu lagi Instax wide.
Dedua camera ni hanya guna untuk certain occasion yang boleh preserve memories sampai tua. Haha
Kesimpulan: aku tiada camera digital

Last month duk usha Samsung Galaxy Camera. Nampak macam awesome. Specs pun nampak memuaskan hati.
Tapi last week ternampak ads Olympus PEN Lite E-PL5. Nampak lagi awesome! Hahaha
Target iphone 5 pun tak tercapai. Maka impian nak camera ni kene lupakan. Heh
Kesimpulan: aku masih lagi tiada camera digital




Aku dilarang membeli camera selagi thesis tak siap. Tsk..tsk..

Wednesday, January 9, 2013

Braces and thesis

Lama gila teramat tak jenguk blog.
Blogwalking pun lama dah tak buat.

Because I'm super busy right now, plus I am a year older since last December.*age is just a number but it does really matters*
Okay umur takde kene mengena dalam hal ni.

I feel like I don't have a normal life right now.
Pagi siapkan thesis, tengah hari siapkan thesis, malam siapkan thesis, tengah malam pun siapkan thesis.
Okay boleh jadi gila.
I've reduce my Donghae's Dose since last December. Not because I'm getting older, it's because I'm just super busy and I need to focus.*ROFL*


Anddddddd, i just received my belated birthday present!
BRACES!!!!
Okay lepas ni boleh senyum dengan penuh confident.


Okay itu aje nak membebel.
Peace ^_^

*gambar sumber ihsan pakcik gugel*