Friday, August 23, 2013

Status ke-HALAL-an TGI Friday

Membuat kaji selidik ni kan memang hobi aku. Hahaha.

Aku sebenarnye tak pernah pun makan TGI Friday, sebab ragu-ragu. Takde tanda halal. Bende kalau dah ragu-ragu tu harus dijauhkan. Tapi terasa nak makan tengok iklan steak dia nampak sungguh menggiurkan.

Maka aku try contact pihak TGI Friday ni tanya pasal status ke-halal-an dia. No response. Heh.

Agaknya Allah nak bantu kot. Tak lama kemudian aku berbual dengan sorang kawan ni pasal TGI Friday. Dia memang biasa dah makan tempat-tempat macam Chilli's, TGI Friday tapi dia sama macam aku jenis suka menyelidik.

Menurut kawan aku ni, TGI Friday sama macam Chilli's takde Halal JAKIM tapi bahan mentah dia dari sumber halal. Maksudnya poultry product dia ambil dari supplier yang ikut halal requirements la.

Tapi kat TGI Friday ni nak makan kene berhati-hati. Sebab walaupun daging halal, tapi kalau steak tu memang dia celup wine. Kalau customer yang tak tau memang selamatlah wine masuk perut, tapi kalau customer yang tau pasal ni boleh request jangan celup dengan wine.

Walaupun wine tu darjat dia tak sama dengan bab1, still diharamkan dalam Islam kan? So aku tak sure lah pulak apa hukumya makan steak goreng atas kuali bekas goreng daging bersama wine.  Tu kene tanya yang pakar lah. Aku tak berani jatuhkan hukuman.

Kalau ikut pendapat aku, tak payah la makan TGI Friday ni. Kejadah, mahal pulak tu. Kat bangi tu ha bnyak kedai steak halal. Pergi lah makan sampai buncit.

Aku ni takdelah obses sangat dengan Halal JAKIM tu. Tak semestinya takde Halal JAKIM haram dimakan. Negara lain pun ade Islam Organization jugak, kalau ade cop sahih Halal dari negara luar maksudnya halal jugak lah. Kalau rasa prejudis sangat toksah pegi beli makanan kat pasar malam, gerai-gerai takde pampang simbol Halal JAKIM kan. Kan? Kalau duduk luar negara, memang kebuluq lah duk carik Halal JAKIM aje. Selidik lah sikit, baca ingredients , kalau takde meragukan okay lah.

Maka dengan itu, marilah kita jaga pemakanan sebab tu kan jadi darah daging kita.
Pesan ustazah aku dulu, macamana ibadah nak diterima kalau duk telan benda yang was-was.
Tapi kalau yakin ianya tidak meragukan, tiada unsur yang haram, boleh la kot makan.
Peace ^_^

4 comments:

  1. Baguih-baguih...nice story. Seriously, memang pernah alami dulu. Last year i think-dulu aunty ajak makan kat tempah TGIF jb, depan danga bay... Orang belanja, on jek.
    Tapi sekarang baru tahu kesasihannya... kat Jb, ramai gak la Malay celebrate situ. So, tetiba in one part, orang sebelah order pelbagai jenis minuman keras-terus mati selera. Kawan pun pernah cakap yang... Kita pun tak tahu pun, entah-entah cawan kita sama pernah kena tuang benda alah tu. So, pasni kena lebih hati-hati... gerenti tak gi dah.

    ReplyDelete
  2. saya tak pernah pulak makan kat situ..tapi kalau dah halal haram duduk sekali baik xyah la. btol la tu..sbb kita tak tau blkang dapur ntah periuk belanga guna buat mknn tak halal lpas tu kita makan. mcm ayah saya pernah pergi china. org kata restoran tu halal. tapi pisau utk potong daging lembu dgn daging babi guna pisau yg sama. daging lembu tu mmg halal tapi kalau dah guna pisau yg potong daging babi boleh telan kita nak makan kan. Memang kena hati2 la dlm bab2 makan ni...

    ReplyDelete
  3. Halal Jakim utk Malaysia tapi kat luar negara ada CB nya sendiri yg recognised dari Jakim.. Jangan salah faham.. Boleh semak..

    ReplyDelete
  4. Pernah dlu zaman muda mudi..sbb member wt surprise birthday kt situ..tp dh lamaaaaa sgt2 la..sp far aku sdri pn xtw masa tu kan..first time masuk...member plk staff dlm tu..aduhaiii...tp pasni never...xkan masuk lg dah....

    ReplyDelete