Tuesday, October 12, 2010

Kuali ade banyak kegunaan


Anda tahu ape itu kuali? mungkin ade yang tak kenal kuali sebab selama ni mereka masak guna periuk belanga aje..hehehe..sebenarnye tadi aku basuh kuali..tetiba terpikir kuali ni ade kegunaan lain. bukan untuk memasak je.
  1. Kuali boleh dijadikan payung.: kalau tetiba hujan turun mencurah curah ke ladang gandum kan, pastu korang nak angkat kain jemuran. nak cari payung entah mana diam eh payung tu, maka jangan susah hati. ambik kuali,telangkupkan letak atas kepala. jadi macam topi orang pegi sawah. kan dah boleh jadi payung tu. takde basah kepala..
  2. Kuali boleh dijadikan senjata : yang ni memang teramat berkesan. kalau ade orang tak dikenali masuk rumah kan, korang jangan takot. ambik kuali libas kepala orang jahat tuh sekuat hati. kemungkinan besar dia akan pengsan seminggu.
  3. Kuali boleh jadi kopi : ni semua orang tau kot. penah tengok kan citer P.Ramlee 'Nujum pak belalang'? kan dia suh anak dia kikis bontot kuali yang hitam tuh bancuh buat kopi..kahkahkah..tapi aku tak penah nak try pon. tah ape la rasa kopi bontot kuali.
  4. Kuali boleh dijadikan perhiasan : ini kalau orang yang suka makan luar, tak nak masak, gantung aje kuali kat dinding. cantik ape,perhiasan yang unik.
  5. Kuali boleh guna untuk berlakon : untuk pelakon2 yang perlu bawa watak orang mengandung, tak perlu susah2 cari kain perca banyak2 sumbat dalam baju. ambik je kuali, buang pemegang dia pastu terus letak dalam baju. kan jadi bulat perut tu..nampak real je mangandung nt..wahahahakhak..
  6. Kuali boleh dibuat praktis musik : terbalikkan kuali, pastu ketuk dengan senduk. kan macam pemain drum dah tu. kuali berlainan saiz akan beri bunyi yang berbeza-beza. jadi boleh la pakai kuali prakits jadi pemain drum. kalau korang dapat hasilkan muzik yg best melalui kuali, sure korang bley jadi pemain drum yang hebat..kekekeke
Setakat ni tu je dalam fikiran aku..mungkin korang yang lain ada idea kuali yang lebih baik.

0 orang gigih mengomen:

Post a Comment