Saturday, September 21, 2013

Booties to give away to.. anyone

Otak masih lagi terbayang percutian di Korea.
Sneak peak pictures ade kat Instag.
Nantilah aku upload ke blog (kalau aku cakap nanti tu maksudnya lambat lagi lah tu. haha)

So I have this shoe (kind of booties) to let go. Ini rupa dia. Tadaaaa~~~


Aku ade history dislocated bone so dinasihatkan tak pakai kasut tinggi. Tapi aku ni biasalah degil, beli jugak. Pastu pakai beberapa kali je sebab setiap kali pakai mulalah rasa sakit.

Oleh sebab itu... I'm letting this go. I posted it on IG, ade kawan nak tapi kaki kami tak sama saiz. So I post it here instead.

Add info:
Jenama kasut: Le Sandee
Saiz: 6
Ukuran: tak tau (senang citer, aku main boling kasut saiz 4. sape saiz 4 jugak mungkin boleh pakai)

Maka sesiapa berminat sila email ke izziesmile@gmail.com (tulis subject: kasut free)
Kalau sikit je yang email, aku berikan pada orang yang first email dia sampai.
Tapi kalau ramai pulak yang berminat, i'll pick randomly.

okay,
Assalamualaikum
peace ^_^

p/s: aku MUNGKIN charge untuk postage je kalau si bertuah duduk jauh. kasut tu aku tak charge ape2. dah kata nak let go kan, free la maksudnya. nak tak? nak tak?

Saturday, September 7, 2013

Korea, I'm coming!

Assalamualaikum.

Ehem ehem. Sebenarnye tengah nervous ni. Sebab dalam masa beberapa jam lagi nak terbang ke Korea Selatan. Rasa tak percaya nak jejak kaki ke bumi lahirnya Lee Donghae. HAHAHA

Kalau aku rajin, aku letak sneak peak bumi Korea di sini. Kalau rajin la. Hehe

Tapi sebenarnye aku rasa tak tenang. Entah la mungkin sebab aku dah lama duduk rumah, duduk bawah ketiak mak, bila nak keluar jauh untuk jangka masa yang lama mula rasa sedih. Homesick kononnya.

Semuga aku selamat dalam perjalanan pergi dan pulang. Dan semuga keluarga ku sentiasa selamat dipelihara oleh-Nya. Amiiiinnnnn

Candy buffet for brother's Wedding

Assalamualaikum,
Salam Merdeka. Salam minyak naik 20 sen. *hahahaha*

Tujuan post kali ni nak promot business mak cik. *aku ni anak buah yang baik kan?* Last week, my brother's wedding ade candy buffet sponsored by our beloved makcu. *clap clap*

Aku ni adik pengantin merangkap tuan rumah agak la busy kehulu kehilir layan tetamu dan pastikan semua berjalan lancar. Maka tak sempat merasa candy buffet tu. soobs. Tapi hati seronok tengok orang kerumun. Hehe.

Gambar pun tak sempat nak ambik banyak-banyak, tapi inilah sneak peak candy buffet makcik ku.




Nanti turn kenduri aku nak jugak la candy buffet ni, nampak seronok. Nak chocolate fountain yang lagi besar. Hehehe

Peace^_^