Friday, December 30, 2011

Childish enough? or stupid?

(post pasal K-pop lagi..mungkin ade yang menyampah, maaf, but what can i do, dah minat kan..)

Oleh kerana busan..
Tangan gatal pergi click kat forum pasal k-pop neh..
I just read through, i don't join the forum..*tak kose!*
Tu dia Fanwar sana sini..
(tatau ape fanwar?sila google..)
Sakit hati jugak la bila baca orang mengutuk fanbase lain dan makhluk pujaan hati..
Cam hape je...

Kasih sayang antara satu sama lain sangat penting..
Menjana kebahagiaan alam okeh!



But...

  
  But.....



I really hate and annoyed at these stupid Fanwars..

Cam hape je kan nak gado-gado..
I don't think Fanwar is childish, it is more to stupid..

Me, an ELF, cik sengal dan cik Yatt juga ELF, cik Jeep pulak VIP, kakak kat lab HOTTEST, kawanku Nuna CASSIES, ade jugak member BLACKJACK dan B2UTY.
Aku dengan mereka semua ni berkasih sayang antara satu sama lain. Tadek nak gado-gado pasal boyband/idol pujaan hati neh.

Kesimpulan post ini....
~~I love my friends!!!~~

Thursday, December 29, 2011

I want it badly!

What is the thing that I want?
Lee Donghae?
wohohoho~~only in my dreams guys..tsk..tsk..

The truth is,
I really want this:

Diana f+ KIRAMEKI


I want it badly but I'm quite stingy. Sayang ma kat duit. Memang la DSLR jauh lagi canggih but I like enjoying the art of lomography.^_^

p/s: boleh kot masukkan ni dalam wishlist 2012..

Saturday, December 17, 2011

Seems like my fantasy is the reality

(Tak lain tak bukan aku nak karang post pasal Donghae yer..Post merapu tahap dewa neh..Kalau rasa nak baca silakan..Dan aku tak kesah kalau nak gelakkan aku..)

Everything seems perfectly fit in my life. Menyebabkan aku seperti bingung, adakah ini realiti?

Yang sebenarnye sejak minggu lepas, aku tak sehat. Demam, batuk, selsema, muntah, ceret-beret, oh segalanya lah. (Kifarah untuk aku yang banyak dosa sebenarnye..kuikuikui)

Tapi aku gagahkan diri, sebab kene support Donghae nak perform kat Music Bank semalam. Semalam 16 Dec 2011, Donghae&Eunhyuk akan start promote digital single mereka. Lagu 'Oppa,Oppa' dan 'First Love'.

Sebab utama kenape aku excited nak mampos, sebab hari ni Birthday aku!! Hehehehe.. Terbaik punye timing kan? Adakah Donghae memang nak tuju lagu tu khas untuk aku? (Maafkan aku kerana perasan tak sudah...)

Semalam, 16 Decemeber dia perform kat Music Bank, 18 December akan perform kat Inkigayo. Setahu aku, hari ni 17 December dia takde perform kat Music Core.
Kenape?
Adakah sebab dia nak spend masa sambut birthday aku?? Kenapa dunia realiti ku sama seperti dunia fantasi ku??

Dan semalam Donghae post ini kat twitter dia,

trans: @donghae861015 : Oppa done pre-recording!!^^ You guys must be cold. Thank you so much!! Oppa will buy cold medication for youㅎ
(credit trans to sup3rjunior.wordpress.com)

Dia macam tau-tau je aku tak sehat. Donghae siap tulis 'Oppa will buy cold medication for you'.
Apakah??

Aku jadi confius antara fantasy dan realiti...

Dan kek itu??
Sempena birthday aku kah??

Ohohohoho..
semua kebetulan ini membuatkan aku terbang melayang dengan perasaan bahagia. hakhakhak~~~

Wednesday, December 14, 2011

Alkisah di Lab...

Pada suatu tengah hari, aku bertanya pada kakak di Lab pasal campuran asid dan alkali.

Aku: Kak, boleh ke kita nak minum air yang terhasil dari capuran Asid dan Base. Kan Asid +Base --> Salt + Water?
Kakak: Kau nak mampos??

Bwahahahaha..sungguh lawak jawapan kakak itu. Maksudnye TAK BOLEH la. Tapi mungkin boleh diminum setelah menjalani beberape process.

Bila dipikirkan balik, ape ke halnye nak minum air dari asid dan alkali kan? Punya banyak sumber air kat dunia ni nak carik penyakit ape pasal?

Monday, December 12, 2011

Siapa itu Shota Matsuda??

Tetiba terasa nak post something pasal mamat ni. Ni sebab post sebelum ni, cik Jeep punye komen membuatkan aku teringat kat Shota neh.

Suatu ketika dulu, aku minat sungguh kat Shota Matsuda ni. 
Aku gelarkan dia abang Shota....
Tapi cik Jeep punye roomate suka cakap 'Nama Shota tapi panggil Mat Suda la...'
Apakah roomate cik Jeep neh?
*teringat bende ni buatkan aku rindu dengan mereka*

Siapakah abang Shota neh??
Ni lah beliau..
 (photo dicekup dari pakcik Google)

Born on Spetember 10th 1985 (Lebih tua dari Donghae oppa ku)
Anak kepada pelakon Yusaku Matsuda dan Miyuki Matsuda, adik kepada pelakon Ryuhei Matsuda, dan juga anak sedare kepada pelakon Mami Kumagai. 
Perrggh, satu family artis...
Abang Shota ni dia sebenarnye ade darah Korea sket sebab ayah dia, Yusaku Matsuda ni half-Korean.
Kiranya abang Shota ni macam mix blood Korea-Japan la...

Banyak drama abang Shota berlakon. Silalah tanya Encik Drama Wiki. 
Abang Shota mula femes lepas berlakon drama Hana Yori Dango di samping Jun Matsumoto dan Shun Oguri.
Tapi aku paling suka abang Shota dalam drama Love Shuffle. 
Walaupun drama tu macam ngok-ngek je, tapi watak abang Shota dalam tu sangat best. Style rambut dia pulak macho.
*eh ape kes aku puji abang Shota lebih-lebih ni?*

Tapi apekan daya jodoh aku bersama abang Shota tak lama. Mungkin bukan cinta sejati. 
Tak sampai setahun pun aku minat dia sebab...sebab...aku mula menaruh perasaan pada Donghae..
PUAHAHAHAHAHA...ape kes ayat aku neh??

Kini, abang Shota dah jadi kisah silamku. 
Aku bahagia bersama alam fantasi ku. Minat Donghae kaw-kaw punye.
It's been a while you know..tak pernah aku minat artis lama sangat macam mana aku minat Donghae neh..
KAHKAHKAHKAH..

Sekian, *sakit perut aku ketawa bila baca balik ape aku tulis. Bwahahahahaha~~~~*

Saturday, December 10, 2011

Anda ANTI K-Pop???

(dua tiga kali jugak la aku pikir nak post ke tidak bende ni..mana la tau kot kang ade tak puas hati pegi saman aku ke, report polis ke..naya aku...)

Whether an ANTI or a DIE-HARD-FAN, I really don't understand why they need to pick up a fight. 

When an ANTI bashed a K-pop artiste, there will be thousands of FANS fight for their idol, and when these HARD-CORE FANS post anything about their idol, they will be lots of bashing from the ANTIS.

Seriously guys! What ARE your problemS???

Mana hilangnya budaya saling hormat menghormati antara kita?? Ape lah yang korang dapat bergaduh pasal K-Pop neh??

It's up to them nak suka sape nak minat sape. Melayu ke, Omputeh ke, Indon ke, Korea ke, Jepun ke, Hindustan ke, suka hati tuan punya badan lah.

Honestly, and obviously, I'm a K-pop fan, you got a problem with that??? It never cross my mind minat K-Pop ni boleh trigger World War III??? Anyone??

I'm not saying I'm perfect, good or nice. But I don't go bashing and insulting others interest.
I'm not really into English Series and English Movies because they are TOO EXTREME and LESS CENSORED. But I don't go insult other people who loves English Series.
Same goes to Hindustan's Movies. I don't hate it, I just don't like it because I'm not interested. Lots of my friends are Hindustan's fan but I don't go bashing them.

As a K-Pop fan, haruslah ade rasa geram bila ANTIS duk BASHING kaw-kaw kat artis kita minat kan. But I'm a COOL person, seriously. Everybody has their own interest and opinion. So just let them let go their hatred. 

TO DEAR K-POPPERS, if you truly LOVE your idol, please BEHAVE. Be a GOOD FAN and don't be TOO OBSESSED.

TO DEAR ANTIS, go get a life honey. Find something that you like. If you really HATE K-Pop, don't listen or watch anything related to Korea. Okay? Simple isn't it?

Monday, December 5, 2011

MOA Live in Malaysia : Worst than ever but the performances seriously Daebak!

Lambat betol aku nak update..

3 Dec haritu, aku pergi concert dengan sorang kawan neh. Concert MOA Live neh. Mula-mula excited tapi bila masuk tengok susunan stage terus hilang mood.

Aku beli tiket kat ticketpro outlet dan aku tanya habis-habis pasal susunan stage neh. Of course la aku nak dekat dengan stage kan tapi aku nak numbered seating sebab aku tak larat nak diri sepanjang masa. (jangan tanya berape harga tiket, tutup mata aku bayar harga tiket tuh.)

TAPI..TAPI....bila sampai kat tempat kejadian, the actual stage plan is totally different. Oh memang berapi ah. Sakit hati tak terduga.

We felt deceived. Tak caya try tanya orang lain yang beli seat VIP A sampai VIP F. Sape beli Rock pit tak rugi ah. Dia buat stage sampai rockpit. Patut stage tu lagi panjang sampai kat kitorang.

Dan yang paling menyakitkan hati, crew dia semua kerek giler tahap dewa. Organizer dah tipu stage plan satu hal, ni dengan crew nak carik pasal ape kes? Bila fan berdiri dekat dengan stage nak snap gambar dia boleh halau kitorang pulak. Security taik korang ah! Bukannye kitorang nak panjat stage tu. Tinggi kot. Yang korang over ni ape kes? Bila Miss A nyanyi, pak cik2 crew tu tak pulak nak halau kitorang, terpegun kan tengok perempuan cantik menari. Aku dah penat mencarut dah malam tu.

All of us pay that expensive amount not to be treated that way you idiot!!

Bukan aku aje marah. Ramai kot tak puas hati. Semua yang pergi SS3 cakap, jauh beza lagi best pergi SS3, security dan crew tak se-TAIK ini.

First performance from Miss A. Memang best ah performance diorang. Banyak jugak lagu diorang nyanyi. Aku minat jugak Miss A tapi tengok camtu aje tanpa perasaan sebab tengah sakit hati dengan crew. Tapi serius Suzy comel.

Second performance from BIA4. Ohohoho honestly aku tak minat ini group. Tapi lagu diorang not bad. Boleh la layan.

Third performance from f(x). F(x) performed without Krystal. Tak silap aku Krystal shooting, tu tak dapat datang. Aku sangat tak perkenan kat Victoria dengan Sulli (jangan marah ea peminat f(x)). Luna suara memang daebak ah nyanyi live. Amber pulak mmg sebijik Donghae versi perempuan. Amber lebih cute, Donghae lebih macho. Ahahahaha. But I'm straight okay! Tak terpaut pun hati kat Amber. Puahahahaha.

Last performance of course from Super Junior!!!! Mula-mula muncul diorang nyanyi Superman. Fuh memang daebak habis! Part 'The Last Man Standing' tu, dengan aku sekali nyanyi. Banyak lagu Super Junior nyanyi; Mr Simple, A-cha, Bonamana, Sorry Sorry. Ade jugak Yesung solo, lagu It Has to Be You. Fulamak sore dia. Memang best. Pe ntah lagi lagu diorang nyanyi. Aku terpesona dengan keindahan ciptaan Allah malam tu. Peduli ape aku dengan crew yang tak guna tuh, aku selit-selit aje pergi depan. Donghae my bias memang sangat cool. Dugeun dugeun aku tatap dia. Kyuhyun sangat comel. Teuk oppa hensem woh. Siwon toksah cakap la. Dia tuh dari planet mane entah muncul. Ryeowook juga comel tapi dia seperti kurus sangat. Eunhyuk memang sebijik muka ikan bilis. Puahahahaha. Pendek kata semua 9 ahli Super Junior memukau hati aku malam tu.

Masa dah habis, aku nak jalan pergi kereta dengan member. On the way tu, van diorang sume pass kitorang. Aku nampak lah Siwon yang sangat hensem itu, walaupun dia seperti tunduk sikit, hensem gile woh. Belakang dia Luna, comel pulak itu perempuan. Pastu van Miss A lalu, then van BIA4. Comel2 jugak budak BIA4 neh.

Aku tak tangkap banyak sangat gambar. Sebab:
1. Crew yang of course macam haram aje. Poyo nak mampos.
2. Seating yang juga macam haram. Hilang mood aku masa concert start.
3. Aku ni agak pendek jadi susah nak jengket nak dapat gambar clear.
4. Tangan aku tak kuat otot. Record performance Miss A je pastu dah lenguh tangan. Hasilnye banyak gambar blur sebab tangan aku tak stabil.
5. Aku terpegun sebenarnye

Maka, next time:
1. Aku tanak dah VIP seat. Aku nak super super VIP. Kalau tak aku lagi rela amik rock pit. Tengok makhluk ciptaan Allah yang indah berejam-jam takkan penat.
2. Aku nak bawak stool ah lenkali. Dapat la jadi tinggi sket.
3. Exercise kekuatan otot lengan supaya nanti tangan stabil je nak snap gmbar tanpa henti.
4. Oh ye, beli lens lebih bagus. Gambar lebih cantik.
5. Aku pasti akan terpegun jua. Tu memang tak leh  nak buat ape.

Oleh kerana kebodohan aku, aku ter-overwrite most pictures yang clear dan cantik. Aku konon nak asingkan mana blur mana clear. Langsung hilang terus tadek backup. Memang bodoh habis ah. Tinggal yang blur-blur aje. Kentut giler ah. So here are a few pictures. Nanti aku try pergi kedai mintak recover gmbar dari memory card tu. Kalau berjaya, aku upload nanti eh.

Oh Donghae ku. Pakai DSLR tak guna jugak kalau diri itu pendek dan tangan tak kuat. Gambar blur jugak

Oh yang ini jua blur. Wae??? 

Nampak sangat muka dia kepenatan. Yang sebenarnye Donghae seperti kurang ceria malam tu. Mungkin dia tau aku sedang sakit hati??

p/s: harap2 dapat recover sumer photo yang clear tu. huhuhu