Showing posts with label Iz's life. Show all posts
Showing posts with label Iz's life. Show all posts

Saturday, September 7, 2013

Korea, I'm coming!

Assalamualaikum.

Ehem ehem. Sebenarnye tengah nervous ni. Sebab dalam masa beberapa jam lagi nak terbang ke Korea Selatan. Rasa tak percaya nak jejak kaki ke bumi lahirnya Lee Donghae. HAHAHA

Kalau aku rajin, aku letak sneak peak bumi Korea di sini. Kalau rajin la. Hehe

Tapi sebenarnye aku rasa tak tenang. Entah la mungkin sebab aku dah lama duduk rumah, duduk bawah ketiak mak, bila nak keluar jauh untuk jangka masa yang lama mula rasa sedih. Homesick kononnya.

Semuga aku selamat dalam perjalanan pergi dan pulang. Dan semuga keluarga ku sentiasa selamat dipelihara oleh-Nya. Amiiiinnnnn

Candy buffet for brother's Wedding

Assalamualaikum,
Salam Merdeka. Salam minyak naik 20 sen. *hahahaha*

Tujuan post kali ni nak promot business mak cik. *aku ni anak buah yang baik kan?* Last week, my brother's wedding ade candy buffet sponsored by our beloved makcu. *clap clap*

Aku ni adik pengantin merangkap tuan rumah agak la busy kehulu kehilir layan tetamu dan pastikan semua berjalan lancar. Maka tak sempat merasa candy buffet tu. soobs. Tapi hati seronok tengok orang kerumun. Hehe.

Gambar pun tak sempat nak ambik banyak-banyak, tapi inilah sneak peak candy buffet makcik ku.




Nanti turn kenduri aku nak jugak la candy buffet ni, nampak seronok. Nak chocolate fountain yang lagi besar. Hehehe

Peace^_^

Friday, August 2, 2013

I'm still alive guys..

Yup! Me still alive.
When was my last post? berabad yang lalu (oh itu over). Ade la lebih kurang 4 bulan menyepi.

Yang sebenarnye aku super busy. Busy yang teramat sangat. Writing tesis ni bukan senang. tak sama dengan write report FYP.

Sape yang nak sambung belajar tu, lagi-lagi bidang research, nak tips? meh sini tanya aku. I'm very happy to give you tons of advices.

Sekarang, aku sedang stress macam ni ha..


Gambar sumber ihsan google

Jadi ape berita aku selama 4 bulan menyepi?

1. Tesis hampir siap. (Oh ini paling penting.)
2. Masih lagi peminat tegar Lee Donghae. (Ini pun penting juga. BWAHAHA)
3. Dah ade akaun instagram (HAHA. tak ghoti den mulo-mulo guno bondo alah ni)

apo laie? oh ye hampir terlupa. Selama empat bulan tak jenguk blog, rupanya ade ramai jugak comment post pasal 'Status Halal Sushi Kin'. Agak lah lama dah post tu, tapi terima kasih la menyuarakan pendapat anda.

Nantikan post aku pasal TGI Friday pulak. Nanti tu maksudnya lambat lagi lah kot. HEHEHE

Ok Assalamualaikum,
Peace ^_^

Saturday, March 30, 2013

I miss..... my wall

Bila nak habis tulis tesis ni? Bila? When? Mataa? Eonje??
Look what happen to my wall..


I miss my clean innocent wall.
I want my wall back.

Semuga Allah permudahkan urusan ku menyiapkan master ku ini

Friday, March 29, 2013

Fesyen tudung belit belit

Suatu ketika aku terdengar perbualan sekumpulan lelaki mengumpat bercakap pasal sekumpulan perempuan yang tidak jauh dari mereka.

*What am i there ? invisible? ceh*

Kata-kata mereka:

"Aku tak paham fesyen perempuan sekarang ni. Diorang ni ingat cantik sangat la belit-belit tudung tu"

"Warna tak matching pulak"

"Dah macam orang gila"

oh em ji seriously these boys. nasib baik aku pakai tudung bawal aje time tu. hahaha.


Sunday, February 17, 2013

Mother's Love


I just watched 'Mama' with my brothers petang tadi, and the film was good. I can't imagine watching this movie kat wayang, it reminds me of the movie 'Drag me to Hell'.

Cerita hantukah Mama ni? Okay boleh la nak kategorikan cerita hantu tapi tak takut sangat pun. Maybe sebab tengok dengan adik-adik, so we LOLed during many scary scenes which we supposed to scream. Hahaha.

The plot was nice, memang ade banyak scene heart thumping sebenarnye but you know watching horror movies with boys memang takde jerit-jerit.

So this movie is worth your time watching it. Kalau tengok kat wayang tu takde la mintak refund. Kahkahkah.

Selamat menonton cerita seram.
Peace 
^_^

Saturday, January 12, 2013

Mahu camera lagi

DSLR yg dulu telah dijual.
Kemudian adik beli Nikon D90.
Tapi dia simpan nak bawak U nanti.
Kesimpulan: aku tiada camera

Kamera pink Sony-Cyber shot yang dulu dah rosak.
Elok-elok rosak hari menapak kaki di bumi Aussie. Ceh.
Kesimpulan: aku tiada camera

Yang tinggal hanya Intant Camera Fujifilm. Satu Instax mini, satu lagi Instax wide.
Dedua camera ni hanya guna untuk certain occasion yang boleh preserve memories sampai tua. Haha
Kesimpulan: aku tiada camera digital

Last month duk usha Samsung Galaxy Camera. Nampak macam awesome. Specs pun nampak memuaskan hati.
Tapi last week ternampak ads Olympus PEN Lite E-PL5. Nampak lagi awesome! Hahaha
Target iphone 5 pun tak tercapai. Maka impian nak camera ni kene lupakan. Heh
Kesimpulan: aku masih lagi tiada camera digital




Aku dilarang membeli camera selagi thesis tak siap. Tsk..tsk..

Wednesday, January 9, 2013

Braces and thesis

Lama gila teramat tak jenguk blog.
Blogwalking pun lama dah tak buat.

Because I'm super busy right now, plus I am a year older since last December.*age is just a number but it does really matters*
Okay umur takde kene mengena dalam hal ni.

I feel like I don't have a normal life right now.
Pagi siapkan thesis, tengah hari siapkan thesis, malam siapkan thesis, tengah malam pun siapkan thesis.
Okay boleh jadi gila.
I've reduce my Donghae's Dose since last December. Not because I'm getting older, it's because I'm just super busy and I need to focus.*ROFL*


Anddddddd, i just received my belated birthday present!
BRACES!!!!
Okay lepas ni boleh senyum dengan penuh confident.


Okay itu aje nak membebel.
Peace ^_^

*gambar sumber ihsan pakcik gugel*

Friday, December 21, 2012

Paris



HOOOOOOO MYYYYYYYY...
A place where I really wanna go. Appa jebal!! Give me permission nak join Europe Trip. Please.....

Monday, October 1, 2012

Instax 210 Hello Kitty Edition

Lama dah tak sentuh blog. Hehehehe.

Apa khabar pembaca semua?
Semalam, ade satu parcel tiba di rumah. Yippi!!!!

Inilah barang yang sampai ...
*drum roll*

Instax 210 Hello Kitty Edition memnag dah lama aku aim. Sejak dulu lagi tapi selalu postpone sebab nak beli bende lain. Kali ni dengan tanpa rasa bersalah aku order bende ni.
Sebelum ni aku ade beli Instax Mini tapi diri mula rasa tak puas sebab gmbar yang terhasil kecik aje. Kalau nak amik family photo memang tak feel.

Okay, back to Instax 210. Saiz dia agaklah besar. Dah macam DSLR. But still cute sebab ade corak Hello Kitty.


Battery, strap and macro lens included.


Since this is a promo pack, so it came with 2 packs of Instant Wide film. (Kotak dia aku dah buang, lupa nak amik gambar. Kehkehkeh.)

Mungkin ade yang kata tak berbaloi beli bende ni. Though the camera might be cheap, but the films are quite expensive. Sekali salah tangkap, dah membazir. Tapi aku tak rasa ini satu pembaziran sebab dari dulu lagi aku nak Intax 210 ni. Hehehe.

Okay tu je nak cerita. Byebye. ^_^

Saturday, August 4, 2012

Merancang masa depan

(Post ini ditujukan kepada budak-budak sekolah dan remaja-remaja yang masih keliru memilih hala tuju hidup.)

Okay serius, aku nak memberi nasihat. Hidup hanya sekali beb, jangan sia-siakan.

Umur 17-18 tahun merupakan usia remaja menamatkan alam persekolahan dan mula berfikir untuk masa depan. Tapi tak semua remaja ada pemikiran yang matang. Ade yang dah plan hala tuju hidup, dan ade juga yang masih blur. Contoh terdekat, aku lah. Hahahaha.

Let alone education system kat Malaysia ni. I don't wanna talk about that. Buat aku jadi stress

Serius lepas habis sekolah, aku masih blur. Bila aku fikir balik, salah satu sebab utama ialah aku tak cukup pendedahan pada dunia luar. Bukan salah sesiapa tapi aku sendiri yang tak cuba mengenali dunia luar and that was a mistake.

And another mistake, I don't give a damn to discover my interest. Jadi adik-adik sekalian, jangan jadi macam aku okeh. 'Just go with the flow' is not a good option, jadi berusalah menentukan hala tuju hidup.

Jangan jadikan 'aku belum cukup matang' sebagai alasan. Ya, memang anda belum cukup matang tapi kelak akan ada rasa sesal kerana tak berusaha mematangkan diri.

Setiap sekolah ada guru kaunseling, consult them to discover your interest. Kalau malu nak jumpa guru kaunseling, tanya pendapat parents dan kakak abang. Dan kalau tak nak kene pressure dengan family memilih hala tuju, saat inilah internet memberikan kebaikan.

And once you've been accepted to any university, make full use of your academic adviser.


Aku bercakap menulis ni mengikut pengalaman.

Sometimes I do wonder what will happen if I choose a different path. Adakah aku rasa kesal? Mungkin la ada sedikit sesal but it doesn't really matters because right now I am happy with my life, I am grateful with what I have, I enjoy the life experience I've been through and I just love being me. ^_^


Monday, July 23, 2012

Misi Ramadhan

Alhamdulillah, Cik Izzie telah selamat pulang ke bumi Malaysia selepas beberapa hari bercuti di bumi Aussie.

Menyambut kehadiran Ramadhan di bumi Aussie dan bersahur atas plane bertemankan langit biru adalah satu pengalaman baru. Boleh la nanti buat bekalan cerita kat anak cucu. Hehe. Banyak cerita boleh dikongsi selama percutian ku tapi nantilah aku buat post baru.

Beramal ibadah dalam bulan Ramadhan ini haruslah demi meng-cover semua segala dosa-dosa ku yang banyak menggunung itu. Tapi untuk kali ni, aku tambah lagi satu misi, iaitu tambah berat badan. Muehehehe. Serius sekarang aku dah jadi underweight.

Mungkinkah sebab pergi bercuti musim winter? Entah, aku pun tak pasti. Tapi memang berat aku mendadak turun. Bahaya underweight ni, boleh mengundang penyakit lain.

That's Me!




Okay kawan-kawan.. selamat menyambut Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah di bulan yang mulia ini. ^_^

Friday, July 6, 2012

Bertunang....

Mungkinkah cik Izzie akan bertunang tak lama lagi?

Jeng..Jeng..Jeng..

Being the only daughter in the family, haruslah sentiasa didesak untuk cepat-cepat menamatkan zaman bujang.

Beberapa hari lalu, pada waktu senja, aku pulang ke rumah. I was damn tired, tetapi ibuku tiba-tiba menghulurkan sesuatu kepada ku.

"Ni baju raya dah siap.." kata ibuku.
"Ehehehe..tenkiu..." aku jawab dan meletakkan barang itu di tepi sofa. Malam nanti lah aku try tengok tailor jahit okay ke tak.
Tiba-tiba ibuku menyambung "Ade dua baju tu, satu tu buat baju tunang"
"Eh???!!!!!" buntang mataku dengan statement ibuku..

Oh-uh.. Apakah??

Tapi baju itu serius cantik. Kasi touch-up sikit dah boleh jadi baju pengantin.

Aku bertunang? Tapi dengan sape?? Entah bila pun aku tak tau...

Oh my future husband, tolong muncul cepat sikit dalam hidupku, my parents dah bising-bising dah ni..

Thursday, May 31, 2012

Bodoh

(just so u know, i'm sick today and mood jiwang tetiba muncul..)

It has been a year, ALMOST a year since i knew he dated someone else..heh..

Mengingati seseorang yang langsung tak peduli pada kita adalah satu tindakan kurang bijak. Agak BODOH yer tindakan sebegini. Sila jangan lakukan.

"Dear My Future Husband, whoever it is, where are you?? What are you doing right now?"


Sunday, March 18, 2012

Rindu

(Wow, lama dah tak update. Belog dah berhabuk kene vacuum dulu..)

Rindu woh nak merapu di blog..rindu nak post sesuatu..duk menyepi seketika sebab takde mood + sangatlah busy..(tapi sempat g Singapore,muahahaha)

Sebenarnye takde nak merapu ape pun. Just wanna share what I've been doing these past few weeks.

Aku sebenarnye stress sebab banyak kali eksperiment tak jadi. The results didn't turn out like how it supposed to be. Aigooo.




Nampak menarik tak hasil-hasil kajian ku itu?? Tapi hampeh, tu semua tak memberikan result yang aku nak.

I love what I'm doing, but sometimes it just gives me serious headache.

Wednesday, February 22, 2012

Muhasabah diri


Kadangkala aku terfikir bila aku akan berubah..
Umur semakin meningkat, dosa semakin banyak..
Keinginan untuk berubah ade, tapi kekuatan tu takde..
Nampak sangat iman senipis kulit bawang..

Hmmmm...


surah Ali-Imran (ayat 8)
 
رَبَّÙ†َا لاَ تُزِغْ Ù‚ُÙ„ُوبَÙ†َا بَعْدَ Ø¥ِذْ Ù‡َدَÙŠْتَÙ†َا ÙˆَÙ‡َبْ Ù„َÙ†َا Ù…ِÙ†ْ Ù„َدُÙ†ْÙƒَ رَØ­ْÙ…َØ©ً Ø¥ِÙ†َّÙƒَ Ø£َÙ†ْتَ الْÙˆَÙ‡َّابُ
(Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi.

Tuesday, February 21, 2012

Duit..Money..Fulus..


It is all about the money babe.
Duit babe, sape tak suka duit sila angkat kaki..hahahaha..
Meh bagitau aku sepuloh sebab kenape tak suka duit..
Sebab aku takkan dapat paham orang yang tak suka duit..
 
Aku terjumpa gambar ni kat pakcik gugel...


Rasa jeles tengok minah tu duk atas duit..
Nikmat gile weh..nikmat...
Segala yang aku inginkan boleh dapat secara CASH, tak perlu ANSURAN..

Aku sangat suka duit, tapi aku takde lah mata duitan..
I'm not a gold-digger..Jauh sekali pisau cukur..
Tapi aku suka duit..
Suka sangat..
Ape istilah sesuai untuk orang macam aku?
MONEY-LOVER?
......
...........
......
...
.
...................
 
Eh ape yang aku merapu ni??

Sunday, February 5, 2012

Contact lens

Bekalan mata palsu aku..


Hamik sekali banyak aku borong. Ade promotion buy 3 free 1. Kalau takde promotion jangan harap aku nak borong banyak macam ni.

Bercakap pasal contact lens, ada orang pernah tanya aku, 'selamat ke pakai contact lens?'

Okeh jawapannya : 'Sangat selamat selagi anda tahu batasan pemakaiannya'
Muehehehe, ade nampak intelek tak jawapan aku?

Sebagai seorang pengguna contact lens yang dah bertahun-tahun, dan juga sebagai seorang pelajar sains yang dah naik muntah dengan sains ni, aku nak kasi nasihat pada pengguna contact lens.

1. JANGAN sesekali BAWAK TIDUR MALAM. Kalau boleh TIDUR SIANG pun JANGAN walaupun takat sejam. Sebab boleh meningkatkan risiko mata kene infection. Belum masuk lagi risiko mata letih dan kering dan akhirnya menyebabkan selaput lens tu melekat dekat mata.

2. Kalau bangun pagi tengok mata merah, ade ketumbit atau tembel atau whatever la kepelikan kat mata tu, JANGAN sesekali gatal pakai contact lens.

3. Selagi kita ni manusia yang hidup, memang mata kita naturally lembab dan berair. TETAPI tak semua orang ade tahap kelembapan yang sama. Ade orang mata cepat kering, so stand by EYE DROP dalam bag just in case. Tapi bukan sebarangan eyedrop ye tuan-tuan puan-puan. Guna eyedrop yang compatible with contact lens dan diakui selamat oleh optometrist.

4. Discard your lens after a month. JANGAN la pegi guna lens tu sampai lebih sebulan atas alasan sayang duit nak beli yang baru. Sayang DUIT ke sayang MATA?? Nak mata kene infection?

5. Sama juga dengan solution untuk cuci lens tu. Discard it after 3 moths of opening. Walaupun ade lagi separuh botol solution tu, buanglah bila dah capai umur 3 bulan. Memanglah macam membazir kan, but this is eyes we are talking about. Anugerah tuhan yang sangat berharga.

6. JANGAN BELI brand sebarangan. Lately kat pasar malam belambak jual lens berwarna. Murah-murah siot. Sebabnye, brand yang kat pasar malam ni selalunye tak dapat kelulusan pun. Berani ke nak guna? Kalau ape-ape jadi kat mata tak boleh nak salahkan sesape tau. KKM pun tak boleh nak salahkan sebab dia tak bagi kelulusan tapi yang pegi gatal-gatal pakai sape suruh kan..

7. JANGAN pakai kat tempat-tempat yang tak sepatutnye. Seperti pergi SWIMMING, dan BARBEQUE session.

8. Sekali sekala, rehatkanlah mata anda dari pakai lens. Pakailah spek sekali sekala kasi mata tu bernafas.

Maka, berakhirlah nasihat sedikit sebanyak dari aku, bukan optometrist tapi pengguna contact lens yang setia.

Saturday, January 28, 2012

Simple but meaningful..

"The antidote for fifty enemies is one friend." - Aristotle 

“And in the end, it’s not the years in your life that count. It’s the life in your years.” – Abraham Lincoln

"Many of life's failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up" - Thomas Edison 

"The clock is running. Make the most of today. Time waits for no man. Yesterday is history. Tomorrow is a mystery. Today is a gift. That's why it is called the present." - Alice Morse Earle 

“Conduct yourself in this world as if you are here to stay forever, and yet prepare for eternity as if you are to die tomorrow.” - Prophet Muhammad S.A.W



p/s: I was really bored right now. Semua site sumber aku mendownload sekarang tak active. All because of that nonsense SOPA, PIPA and ACTA. Buntu aku macam ni.

Sunday, January 15, 2012

Being the youngest is surely fun

Kerana aku MERAJUK dengan K-pop, aku TAK AKAN post ape-ape pasal K-pop for the meantime. Mungkin sebulan, dua bulan atau setahun rajukan ku ini?

Ah, forget about it. Tujuan post ini saje nak cerita about my lab life as being the youngest Malay girl there. Bwahahaha..

Ade sebenarnye yang lagi muda dari aku, tapi Chinese boy lah. Chinese girl pun ade kot. Sorang dua.

Last week, tak ingat hari ape, ayah ku pakai kereta. So I takde transport, kenelah duduk lab tu sorang-sorang. Kakak-kakak kat lab tak datang pulak, cafe pulak tutup. Memang rasa nak mati kebusanan plus perut yang sangat lapar. Dari pagi sampai petang hanya minum plain water aje...tsk..tsk..

Tapi petang tu, sorang kakak lab muncul. Dia run experimant sket pastu balik. Tapi sempat la aku menggedik mengadu nasib hari ini kelaparan. Hehehehe. mengada kan?

Surprisingly, esok pagi aku sampai lab, ade makanan atas meja aku. Wohoooo!!!! Kakak lab datang pagi-pagi pastu tinggalkan makanan atas meja aku. Panas lagi tu! Perfect timing sebab aku tak breakfast pun. Ngap-ngap-ngap cepat aku habiskan makanan itu..

Datang-datang lab aje makanan!!

Dah separuh aku makan baru terasa nak amik gambar..hahahaha

Sedap wooo!!!
Love u Kak Han! ^_^