Saturday, July 28, 2012

Aussie Trip: Sydney part 1

Berjalan-jalan di negara orang memang banyak memberikan pengalaman

Since I'm young, travel to another country is quite challenging. Susah ni nak dapat permission dari parents. Penat pujuk. Bila dah kene interrogate dengan ayah, baru lah ayah kasi green light. Weeehoooooo~~~

Aku dah prepare list barang penting yang perlu dibawa untuk bercuti time winter:
1. Winter coat (aku beli ni lama dah sebab konon nak pegi jalan Korea tapi sampai sekarang Korea nye tak jejak lagi. Hahaha)
2. Thermal innerrwear (nasib baik ayah ade unisex thermal innerwear. pinjam aje lah. hahaha)
3. Universal plug adapter (ini penting sebab plug sana dengan sini lain)
4. Gloves (just in case tak tahan sejuk)

Aku mengembara bersama lagi dua orang rakan, Farah dan Nadia. Farah ni dia bawak adik lelaki dia sekali. Aku tak kisah pon. Kalau abang, maybe aku kisah. Segan kot. Hikhikhik.

Our journey started at midnight. Flight malam ni ade advantage lagi-lagi untuk long distance. Kita boleh siap-siap solat jamak. Dan, disebabkan flight malam, maka atas plane tidur aje. Hehehehe

Selepas berejam-jam flight, (aku fast-forwardkan cerita), tibalah kami di Sydney!!! Wohoooo..kebas buntut aku duduk lama-lama.

Maybe I'm not used to that place, so I guess I like KLIA and LCCT more. (bunyik patriotik habis kan?)

Ketibaan kami di Sydney disambut riang oleh Ema, kawan kami yang belajar di UniSyd. Sepanjang di Sydney kami menginap di rumah dia. Tapi adik Farah tidur rumah student lelaki lah ye. Melihat pada cara Ema menguruskan kami, I can tell she's a very independent person and reliable. Dah kami ni macam anak-anak dia. ( I luv u Ema..muah muah muah)

Sesungguhnya Ema sangatlah baik sebab dah masakkan lauk untuk kami. Tom yam lagi tu. Hari sudah malam. Lepas dinner kami keluar menikmati keindahan malam di Sydney. Memandangkan musim winter, maka sangatlah sejuk waktu malam.Aku ni dahla kekurangan lemak. Grrrrr tak tahan sejuk.

Air-cond 16 C pun aku dah menggigil, ni 7-8 C memang ketaq-ketaq kaki jadinye. Walaupun baju dah berlapis-lapis dan aku dah siap pakai thermal underwear, masih terasa sejuk itu.

Sydney Opera House!

Four of us!

Harbour Bridge!

Disebabkan benua Aussie ni terletak di hemisfera selatan, maka waktu siang time winter agak pendek. Pukul 5 dah masuk Maghrib. Kalau bulan puasa best ni sebab buka cepat. muehehehee...

Malam tu nak tidur, SubhanAllah sejuk yang amat. Nak kencing pun bercinta. Bangun pagi esoknya nak mandi jugak bercinta. Hahaha. camano lah Ema ni empat tahun ngadap winter..

Keesokan harinya, kita pergi Newcastle!!! Wohoooo~~~ Sydney dan Newcastle still dalam state New South Wales tapi dari Sydney ke Newcastle dalam 2-3 hours driving. Agak la jauh jugak. Aku tak ingat kereta ape Ema sewa, tapi besar sikit dari Estima, kecik sikit dari Alphard. Kereta apakah itu?

Aussie ni ade undang-undang (mungkin untuk safety), penyewa MPV, van atau kereta besar wajib berumur 25 tahun keatas. Maka berlaku masalah sikit disitu, sebab none of us above 25. Hahahaha. Tapi Ema berjaya settlekan semuanya. Wohoooo~~~

So Newcastle will be on next post. ^_^

Friday, July 27, 2012

Berkongsi pengalaman

Perbualan di suatu hari...

Kawan: "Bila nak cerita ni pengalaman jalan-jalan Aussie ni?"
Aku: "Nantilah aku cerita kat blog"
Kawan: "Blah la kau. Dulu kata nak cerita kisah sesat kat Singapore. Sampai sekarang habuk pun tadek"
Aku: "Hahahaha. Aku busy ah. Lupa"

Nampak tak disitu aku seorang blogger yang pemalas?? Kahkahkah. Tapi mengikut kata kawan ku, daripada buat post merapu pasal Donghae, lagi baik tulis post menceritakan pengalaman hidup. *Selepuk kene batang hidung..hahahaha*

Ok2, nanti aku cerita kisah sesat kat Singapore tu. Mane tau dapat membantu mereka yang nak jalan-jalan sana nanti..kan?kan?

Monday, July 23, 2012

Misi Ramadhan

Alhamdulillah, Cik Izzie telah selamat pulang ke bumi Malaysia selepas beberapa hari bercuti di bumi Aussie.

Menyambut kehadiran Ramadhan di bumi Aussie dan bersahur atas plane bertemankan langit biru adalah satu pengalaman baru. Boleh la nanti buat bekalan cerita kat anak cucu. Hehe. Banyak cerita boleh dikongsi selama percutian ku tapi nantilah aku buat post baru.

Beramal ibadah dalam bulan Ramadhan ini haruslah demi meng-cover semua segala dosa-dosa ku yang banyak menggunung itu. Tapi untuk kali ni, aku tambah lagi satu misi, iaitu tambah berat badan. Muehehehe. Serius sekarang aku dah jadi underweight.

Mungkinkah sebab pergi bercuti musim winter? Entah, aku pun tak pasti. Tapi memang berat aku mendadak turun. Bahaya underweight ni, boleh mengundang penyakit lain.

That's Me!




Okay kawan-kawan.. selamat menyambut Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah di bulan yang mulia ini. ^_^

Friday, July 6, 2012

Bertunang....

Mungkinkah cik Izzie akan bertunang tak lama lagi?

Jeng..Jeng..Jeng..

Being the only daughter in the family, haruslah sentiasa didesak untuk cepat-cepat menamatkan zaman bujang.

Beberapa hari lalu, pada waktu senja, aku pulang ke rumah. I was damn tired, tetapi ibuku tiba-tiba menghulurkan sesuatu kepada ku.

"Ni baju raya dah siap.." kata ibuku.
"Ehehehe..tenkiu..." aku jawab dan meletakkan barang itu di tepi sofa. Malam nanti lah aku try tengok tailor jahit okay ke tak.
Tiba-tiba ibuku menyambung "Ade dua baju tu, satu tu buat baju tunang"
"Eh???!!!!!" buntang mataku dengan statement ibuku..

Oh-uh.. Apakah??

Tapi baju itu serius cantik. Kasi touch-up sikit dah boleh jadi baju pengantin.

Aku bertunang? Tapi dengan sape?? Entah bila pun aku tak tau...

Oh my future husband, tolong muncul cepat sikit dalam hidupku, my parents dah bising-bising dah ni..

Tuesday, July 3, 2012

Sudah pulih

Cik Izzie sangat gembira hari ni.

Sebab...

Lappy kesayangan cik Izzie, yang dah bertahun setia bersama cik Izzie, dah pulih semula!!!

Muehehehehehe..

Cik izzie ni seorang yang suka online. Memang hantu internet. Sebab tu bila lappy crashed down beberape hari lalu, rasa macam gundah gulana.

Sekarang lappy dah elok, cik Izzie akan rajin mengupdet. Eh, harap-harap la begitu ea..hehehehe

Yeaaahaaaaa~~~~~~