Friday, August 31, 2012

Gangnam Style dan Yahudi

Baru-baru ni kepoh org duk retweet atau repost "Gangnam bermaksud 'Saya Ingin Menjadi Yahudi' sebarkan untuk Agama Islam."

HAHAHAHAHAHAHA. What the #*@&^!$ H***???

Tak pasal-pasal Gangnam kene kait dengan Yahudi. Tak perlu nak paranoid sangat. Teringat dulu masa kecik-kecik time Pikachu Pokemon tengah famous dulu, sama je keluar rumors macam ni. And I was like stupid so I sort of believe it. Tapi sekarang aku bijak beb, dah boleh pikir sendiri.

Nak tau Gangnam tu ape? Gangnam is a district in Seoul Korea, ape kaitan dengan perkataan 'Saya Ingin Menjadi Yahudi' ??

'Saya Ingin Menjadi Yahudi' adalah satu ayat yang panjang. Camane pulak tu nak compress ayat panjang jadi sebijik perkataan Gangnam? Pikir logic la beb.

Mungkin ade nak cakap, Gangnam tu perkataan dalam bahasa lain translated pastu ade kene mengena dengan Yahudi? Ade bukti?
Heh, talk to the hand la beb.

Kalau nak jadikan Gangnam ni isu, kenape tak jadikan perkataan 'Sembahyang' tu isu? Bahsasa Ibunda lagi tu. Bukan bahasa asing.
Sembah + Yang.
Yang = an element associated in Taoism.
So selama ni korang cakap nak sembahyang tu ade kaitan dengan Taoism ke? Takde kan? Untuk Melayu Islam, it is just a word and it have nothing to do with Taoism.

Come on man, Gangnam is a name of a place.
 
Aigooooooo, I'm getting headache with these kind of extremist and paranoid people. 

You think I'm defending these Korean stuff because I'm a fan?
Oooooo yes, I am a fan BUT I'm not a Psy fan.

I rest my case.

Tuesday, August 28, 2012

Raya Aidilfitri

Dah lambat ke nak ucap Selamat Hari Raya??
Heehehe..

Dulu masa kecik-kecik memang selalu looking forward nak raya. Entah ape yang seronok sangat entah. Tapi dah besar ni dah takde nak rasa ape sangat. Bese-bese aje.

Raya tahun ni, takde family photo. Plus, hari raya pertama lagi dah ceret beret. Pakai lawa-lawa tapi jamban jugak yang dilawati. Heh.

Teringat dulu masa bulan puasa sakit perut. Berhari-hari masih sakit. Pergi jumpa doktor, kata doktor mungkin gastrik. Tapi aku tak pernah tinggal sahur. Doktor tanya before puasa ade skip makan tak, maka aku dengan confident jawab 'Saya suka makan doktor. Susah nak tengok saya skip makan'. Tidak dinafikan, aku memang suka makan.

Usia aku yang semakin meningkat ni, dah mula rasa macam malu sikit bila orang bagi duit raya. Tapi ramai jugak yang bagi woh. Rezki jangan ditolak. Aku terima aje walaupun malu-malu kucing. Muehehehe.

Satu bende paling aku suka raya tahun ni, sedara-sedara atuk-nenek duk pulun tanya aku dah habis sekolah belum. Siap ade tanya aku form berape. PUAHAHAHAHAHA. Joke of the year. Nak kate awet muda tak langsung, rasanya atuk-nenek tu semua hilang ingatan seketika. hahahahaha.

Okay kawan-kawan semua, Selamat Hari Raya.

Gambar ihsan pakcik google

Monday, August 6, 2012

Aussie Trip: Newcastle

Sebut Newcastle mesti orang ingat kat UK kan? Kat sini banyak tempat nama seakan-akan kat UK. Jangan tak tahu daulat Australia terletak pada Queen Elizabeth.

Okay, berbalik pada kisah perjalanan ke Newcastle, lepas Ema dah settlekan hal kereta, kami pun bertolak.

2 jam setengah jauh tu. Terima kasih kepada Nuar, boyfriend cik Ema ni memandu. Kekeke.

Newcastle ni masih dalam  New South Wales sama macam Sydney tapi agak la jauhnye. Destinasi pertama kami ialah 'Hunter Valley Gardens'. The largest display garden in Australia.


Tempatnye cantik. Memang kalau nak buat garden wedding sini best ah. Tapi memandangkan kami sampai dalam pukul 3 ptg, dan kat sini pukul 5 langit dah gelap, tambah dengan taman ni sangat lah besar seluas 60 ekar, tak dapat lah nak pusing-pusing semua tempat. Tapi itu pun dah banyak sangat gambar kitorang ambik.








Dalam 6.30 pm kami dah bergerak ke kereta untuk dinner. Kitorang dinner dalam kereta aje sebab dah siap bawak bekal.

Lepas makan, hari pun dah malam. Kami bergerak ke rumah kawan Ema. Nama dia Ida, budak medic. Lawa orangnya. Baik betul dia bagi kitorang tumpang kat bilik dia dan dia pergi tidur bilik kawan. And of course Nuar dan adik Farah pegi tumpang rumah lelaki lah ye.

Rumah-rumah student kat sini cantik-cantik. Ade chimney lagi. Kalau kat Malaysia memang pelik lah rumah yang ada chimney, ape motif pulak rumah kat Malaysia nak ade chimney. Heh.

Esok tu, kitorang pergi sandboarding!!! Wohoooo~~~






The best thing about this is, you won't find it in Malaysia! Kekekeke. Board disediakan dan penerangan ringkas diberikan sebelum nak main. Bukan main suka-suka aje ye meluncur. Ade peraturan untuk keselamatan.

Malangnya, aku slide dua kali aje. I have health issue la. Tak berani nak amik risiko kat negara orang ni. Nanti ape-ape hal jadi susah pulak. Tapi best jugak kan kalau main sampai tak boleh bangun pastu mintak tolong mat saleh hensem dukung.*dah mula nak menggatal. hahaha*

Lepas puas main, kami pun pulang ke Sydney, rumah Ema. Have a break dan sambung jalan-jalan Sydney the next day.

Saturday, August 4, 2012

Merancang masa depan

(Post ini ditujukan kepada budak-budak sekolah dan remaja-remaja yang masih keliru memilih hala tuju hidup.)

Okay serius, aku nak memberi nasihat. Hidup hanya sekali beb, jangan sia-siakan.

Umur 17-18 tahun merupakan usia remaja menamatkan alam persekolahan dan mula berfikir untuk masa depan. Tapi tak semua remaja ada pemikiran yang matang. Ade yang dah plan hala tuju hidup, dan ade juga yang masih blur. Contoh terdekat, aku lah. Hahahaha.

Let alone education system kat Malaysia ni. I don't wanna talk about that. Buat aku jadi stress

Serius lepas habis sekolah, aku masih blur. Bila aku fikir balik, salah satu sebab utama ialah aku tak cukup pendedahan pada dunia luar. Bukan salah sesiapa tapi aku sendiri yang tak cuba mengenali dunia luar and that was a mistake.

And another mistake, I don't give a damn to discover my interest. Jadi adik-adik sekalian, jangan jadi macam aku okeh. 'Just go with the flow' is not a good option, jadi berusalah menentukan hala tuju hidup.

Jangan jadikan 'aku belum cukup matang' sebagai alasan. Ya, memang anda belum cukup matang tapi kelak akan ada rasa sesal kerana tak berusaha mematangkan diri.

Setiap sekolah ada guru kaunseling, consult them to discover your interest. Kalau malu nak jumpa guru kaunseling, tanya pendapat parents dan kakak abang. Dan kalau tak nak kene pressure dengan family memilih hala tuju, saat inilah internet memberikan kebaikan.

And once you've been accepted to any university, make full use of your academic adviser.


Aku bercakap menulis ni mengikut pengalaman.

Sometimes I do wonder what will happen if I choose a different path. Adakah aku rasa kesal? Mungkin la ada sedikit sesal but it doesn't really matters because right now I am happy with my life, I am grateful with what I have, I enjoy the life experience I've been through and I just love being me. ^_^