Sunday, September 25, 2011

Ibarat menunggu khinzir terbang..akhirnya sampai jua...

Perasaan excited menunggu kehadiran album Super Junior semakin hilang hari demi hari sebab tak sampai-sampai.

Padahal aku 1st Batch yang order. Ade member tu order kat tempat lain, dia 3rd Batch yang order tapi dah berminggu-minggu dah dapat. Pastu dia dapat cover Donghae..Mana tak jelly kan...

Penantianku berakhir jua semalam. Sebenarnye album ni sampai rumah last Thursday tapi aku takde kat rumah. I was on vacation!! (Hahahaha, vacationlah sangat..). Maka semalam, elok-elok aje sampai rumah, bende pertama aku tanya kat adik, "Mana album kakak tu?"

Dan dia menhulurkan satu bungkusan besar..


Tapi aku tak bukak lagi, rumah jiran buat open house. Pergi isi perut dulu. Hehehe..

Lepas perut kenyang, aku pun bukak bungkusan itu dengan hati-hati. Nampak dah cover belakang, dup-dap-dup-dap nak reveal cover depan.

Dan....

Dan....


Itu dia terpampang wajah Donghae yang amat besar. Aku menjerit suka dan melompat gembira, "Yes!" "Yes!!!". Adik aku tiga orang budak lelaki tengok aksi aku gelak terbahak-bahak. Yang sorang tu cakap "Camni rupanya aksi fangirl yer.."

Ah, aku pedulikan aje adik-adik aku tu. Yang penting hati aku gembira.

Tapikan, poster tadek. Dealer itu cakap dia akan pos kemudian. Kenapakah? Aku sendiri kurang pasti...

Okeh, ni lah rentetan aksi aku membuka bungkusan berharga itu..

 sape tak seronok weh dapat cover bias dia..weeee~~~

 kerakusan langkah awal

 tapi masih lagi bukak dengan berhati-hati

 sabar aje mengoyakkan plastik itu..

oh berjaya juga akhirnya...

lepas bukak, tu part siwon aku tutup..tak rela tengok aurat dia..hahahaha

 the album comes with three card..everybody will get randomly..but I want Donghae's!!

album yang sangat besar bersama CD yang seciput aje..sebelah kanan tu ade pocket isi gambar-gambar mereka..

inilah gambar-gambar yang ade dalam pocket itu...

semalam aku sangat hepi okeh..sangat hepi tatap itu cover Donghae..hehehehe

Thursday, September 15, 2011

Permohonan ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012

Cik Izzie tengah tolong isikan borang adik ni, so I wanna share with you guys. Kepada sesape yang ade adik ataupun sedara mara yang nak masuk tingkatan 4 next year, boleh la remind mereka pasal ni.

Okay, kepada yang tak tau, permohonan untuk masuk Form 4 SBP dah dibuka 1 Sept lepas. Tarikh tutup pada 15 Oktober 2011. Maka sape yang belum isi, isilah cepat.

Kalau nak tau aliran ape yag ditawarkan untuk Sekolah Berasrama Penuh ni, boleh la kilik sini.

Dan kalau nak jenguk-jenguk list SBP yang wujud dan aliran yang ditawarkan untuk setiap SBP, boleh la klik sini pulak. Sekarang ni baru aku tau boleh pilih nak masuk SBP mana. Dulu zaman aku mana boleh pilih, nasib la dia hantar memana.

Dan untuk memohon, kliklah disini.

Senang saje nak apply, isikan no kad pengenalan dan angka giliran. Free of charge, tak perlu bayar ape-ape.

p/s: duduk asrama best tau..

Sunday, September 11, 2011

My Fujifilm Instant Camera

Hey hey guys!!*bunyik happy je kan aku neh..hehehe*

Saje je nak bercerita..
Yesterday, a parcel arrived at my doorstep, and it was my Fujifilm Instant camera!! Yay!!
*But actually quite disappointed sebab aku harapkan Super Junior 5th Jib yang tiba..hehehehe..*

Berbalik pada cerita Instant Camera ni, I bought it online sebab sekarang sangat la susah nak carik kamera sebegini. Di kedai kamera sekarang belambak jual kamera digital aje.

The price is affordable. The camera is not as expensive as DSLR but the film is expensive. Size of the picture is small, macam besar kredit card aje, tapi comel bila letak dalam album. memang seswai sangat kalau nak buat srap book. Dan yang paling penting, ade warranty card sekali!! So in case anything happened, boleh tukar...hehehe

The parcel from the outside

Di balut dengan bubble wrap. Ade tiga items semuanya. Camera, film and color lens.

Kola Cover Lens

Eight color of cover lens

Instant Film. It is quite expensive. Sekotak ade 10 sheets sahaja. Jadi kene lah beli bekalan instant film ni berkotak-kotak. Sekotak boleh tahan mahalnye, berpuluh-puluh jugak la.

Here's the camera. Batteries included in the box

Cute kan? hehehehe..Warne pink pulak tu..

Now I can make collections of Polaroid Photos..Yippi!!!

Friday, September 9, 2011

Pakai public phone ajelah lepas ni...

Aku jarang nak bercakap pasal politik nih. Tapi rasanya tak pernah pun kot aku post pasal politik. Tapi kali ini biarlah aku menyatakan pendapat aku.

Korang semua tau kan cukai untuk prepaid skang jadi 6%...
Nampak macam sikit je kan??
Meh sini aku nak bukak kelas math.

Dengan menggunakan calculator kesayangan aku iaitu Casio 570-MS,
aku dah calculate, jika anda:
TOP-UP RM 5 : kene cukai 30 sen
TOP-UP RM10 : kene cukai 60 sen.
TOP-UP RM30 : kene cukai RM 1.80
TOP-UP RM50 : kene cukai RM 3.00
TOP-UP RM100 : kene cukai RM 6.00

Nampak sikit? Korang cuba pikir bape banyak rakyat wujud kat Malaysia neh? Purata sekarang sorang ada dua henset. Kalau pakai postpaid lain citer lah, ni kalau pakai prepaid kene lah TOP-UP dua nombor.

Katakanlah sehari 5 000 orang TOP-UP RM30, cukai terkumpul dalam masa sehari dah jadi RM 9,000. Kalau seminggu dah jadi RM63,000. Sebulan, jadi lebih kurang RM 270,000. Belum campur lagi dengan orang TOP-UP RM 50 atau RM 100.

Fuyooooo kaya nye negara kita neh kutip cukai dari rakyat. Ni baru cukai prepaid weh, belum campur cukai lain. Tapi kemana pergi duit cukai tu? Harga barang takde turun-turun pun. Minyak sentiasa aje meningkat. Public transport pulak still mengecewakan.

Kepada budak sekolah, korang takkan rasa sakit pasal bende ni sebab TOP-UP mak ayah bayarkan. Tapi pikirlah berape kali korang TOP-UP dalam masa sebulan. Habis duit parents korang camtu aje.

Jangan tutup mata dan pekakkan telinga. Pikir-pikirkan lah...

Sunday, September 4, 2011

Peminta sedekah moden : "Kami datang nak DUWET RAYE aje..."

Sekarang ni semua mood raya kan? Aku dah habis mood raya sebab esok nak kene pergi lab.

Okay, post kali ni nak bercerita kisah budak-budak zaman sekarang yang serbu setiap pelusuk rumah yang wujud untuk kutip duwet raya.

1. Datang takde adab tak bagi salam. Dahla tak kenal. Kot anak-anak jiran walaupun selang 10 buah rumah aku tak kesah. Kira jiran setaman lah kan. Ni duk taman jauh-jauh-jauh nun sana. Sumpah tak kenal.

2. Aku paham korang penat berjalan tah berape umah dah mintak duwet raye kan, okay aku kasi makan minum kasi hilang dahaga. Kang pengsan dehydrated tengah jalan susah pulak nanti. Tapi kuweh tak sedap bising pulak. Makanan tak sedap komplen. Air tawar kutuk. Hamboi! Ni yang aku hangin ni.

3. Kalau nampak dah gate tu berkunci, walaupun kereta penuh kat porch, tu maksudnye tuan rumah belum bersedia nak layan tetamu. Lagi-lagi orang tak dikenali. Beradab ah wei, nak tekan loceng banyak kali tanpa henti pulak. Dah la tak bagi salam langsung. Memang takde adab. Nak kata parents tak ajar, marah pulak kang.

4. Orang tengah sebuk-sebuk bersiap nak keluar, korang datang pulak. Bukan tanak layan tapi orang busy bersiap ha. Boleh pulak cakap "Takpelah tak masuk. Bagi duit raye aje..". Sumpah aku terkedu, tak penah masa aku kecik dulu aku menebeng kat gate orang kemis duwet.

5. Kalau orang dah bagi sampul duwet tu, amik je lah. Kot isi sikit je, terima je lah. Boleh pulak ngumpat lepas kuar rumah cakap tuan rumah kedekut bagi sikit. Hoi, tu kira baik mak ayah aku nak kasi, kalau aku, orang tak beradab macam korang, aku kasi 5 sen aje.

6. Ade sekali tu mak aku terbagi sampul kosong. Bukan sengaje pun. Ko redha je lah sampul tu kosong, maksudnye ko takde rezki masa tu. Ni boleh pulak patah balik rumah aku, cakap kat mak aku, "Mak cik, sampul ni kosong. Nak duwet raya".

Aku jadi sakit hati dengan perangai budak-budak camni. Ikutkan hati, aku tanak layan. Tapi parents aku cakap tak baik buat camtu. Parents aku cakap ape salahnye bersedekah kat budak-budak tu.

Memanglah sedekah tu amalan mulia, tapi yang diorang ni tak de adab ape kes pulak. Jangan nak bela budak-budak tu, nak cakap "ala diorang budak-budak, takpe..biarlah..". Weh, sebab diorang ni budak-budak lah kita kene ajar. Selagi tak di ajar, sampai besar lah perangai tak tau malu camni.

Kalau korang baca post ni pastu nak komen aku kejam zalim tak berhati perut, fine..i don't care..aku bukan kedekut tanak kasi diorang duwet raye. Aku tak kesah pun lah kalau nak kasi diorang duwet tapi aku memang tak suka orang takde adab macam diorang ni.

Budak-budak yang memang jiran aku pun malu-malu nak datang raya. Nak kene parents diorang datang sekali baru diorang ikut.

Kalau korang pernah buat perangai camni masa kecik-kecik dulu, nanti bila dah ade anak, ajar lah anak tu nanti beradab. Ajar anak erti malu dan maruah. Cuba pikir, sebagai parents, suka ke tengok anak tu menebeng kat gate rumah orang mintak duwet?

Kalau ade adik-adik korang buat camni, cakap kat adik tu, jangan buat lagi dah perangai camni. Adik-adik tu masih kecik boleh dibentuk. Nanti diorang dah besar diorang akan tau ape itu erti 'malu'..

Aku jadi runsing pikir sikap budak-budak kecik zaman sekarang. Nanti 10 tahun akan datang, nak ke generasi kita membesar sebegini? Membesar tanpa ada perasaan malu, membesar dengan sikap meminta-minta.. Boleh ke nak jadi negara maju kalau mentaliti generasi muda macam ni? Dalam Islam pun takde diterapkan sikap meminta-minta tanpa adab ni.

Pikir-pikir kan lah...

p/s: tak pasal-pasal aku membebel post pasal raya neh..