Thursday, April 28, 2011

Telah menyepi untuk seketika..

Wah! Aku menyepikan diri 2 minggu sudah...Rindu nye nak membaca blog kawan-kawan..hehehe..

Sebenarnye aku nak bagitau aku sangat sedih..sedih woh!!!
sebabnye...
sebab...
  1. Prince William mau kawen suda..Esok weh hari bahagia dia..Untung nye Kate itu. Dapat anak raja. Heir to the throne tu. Tapi takde ah sedih sangat.Out of reach kot..hahahaha
  2. Ashrap Muslim sudah bertunang!!!..Ni lagi paling-paling sedih..dapat aje berita ni kat aku, frust menonggeng cam ayam berak kapur. Arghh!!! Melepas weh, memang melepas. Hahahaha. Tapi tunang dia comel. Siap pakai tudung tutup aurat lagi tu. Semuga mereka selamat berkahwin 30 Ogos nanti dan berkekalan yer. 
Sedih woh..sedih...sob..sob...




p/s: Mokalau retis Korea pujaan hati aku gatal announce pasal hubungan dia..bertambah sedih aku..tsk..tsk...

Wednesday, April 13, 2011

Treat during heavy rain

Semenjak dua menjak tiga menjak ni, kawasan Serdang-Kajang-Bangi sering dilanda hujan pada waktu petang. Tapi mane boleh mengeluh bila hujan, hujan kat rahmat tuhan..hehehe..

Alkisahnye, petang tadi. I nak jumpa big boss. Big boss ku dah naik pangkat. Sangat seksa nak ketemu beliau. Hidup dia penuh dengan meeting. Tunggu punya tunggu dia takdek jua kat office, so I assume meeting dia habis lambat, I pun pergi la ke surau. Lepas solat plan nak carik makan untuk di lahap.

Elok-elok je lepas solat, hujan turun mencurah-curah ke ladang gandum! Sejuk gila seyh! Maka aku pun stuck la kat surau tu. Camne aku nak balik? Kete aku parking agak jauh dan memandangkan hujan terlampau lebat, tak dapat de aku nak redah.

Tapi perut ku berbunyik-bunyik mintak diisi. Saat tu aku terpikir bubur ayam McD. Mula lah aku kepingin. Macam tak pernah makan. Duk bayang ngup-ngap makanan McD. Oleh kerana aku ni ting-tong jua, aku nekad nak redah hujan menuju ke kereta. Oleh kerana aku takdek payung, aku gunakan Lappy aku ni tutup kepala. Di ulang, aku gunakan Lappy kesayangan aku nih.

Agak bongok jua aku ni gunakan Lappy sebagai shield. Hahaha. Sorrylah Lappy, aku kepingin McD time tu, tak terpikir pulak pasal ko. Bila dah berjaya masuk kereta, baru aku perasan, baju ku habis basah bersama Lappy ini. Bongok kan?

Sampai di McD, aku order hajat di hati. Kebetulan kat situ ade Wi Fi, aku pun try la on Lappy nak online. Nak check jugak la Lappy aku ni still okay atau pun dah sakit kene hujan tadi. Alhamdulillah, dia masih berfungsi dengan sempurna. Tarik napas lega. Phew~~


Maka, aku pun melepaklah di McD itu seorang diri menunggu hujan reda. Sekian~~~