Tuesday, October 12, 2010

Kuali ade banyak kegunaan


Anda tahu ape itu kuali? mungkin ade yang tak kenal kuali sebab selama ni mereka masak guna periuk belanga aje..hehehe..sebenarnye tadi aku basuh kuali..tetiba terpikir kuali ni ade kegunaan lain. bukan untuk memasak je.
  1. Kuali boleh dijadikan payung.: kalau tetiba hujan turun mencurah curah ke ladang gandum kan, pastu korang nak angkat kain jemuran. nak cari payung entah mana diam eh payung tu, maka jangan susah hati. ambik kuali,telangkupkan letak atas kepala. jadi macam topi orang pegi sawah. kan dah boleh jadi payung tu. takde basah kepala..
  2. Kuali boleh dijadikan senjata : yang ni memang teramat berkesan. kalau ade orang tak dikenali masuk rumah kan, korang jangan takot. ambik kuali libas kepala orang jahat tuh sekuat hati. kemungkinan besar dia akan pengsan seminggu.
  3. Kuali boleh jadi kopi : ni semua orang tau kot. penah tengok kan citer P.Ramlee 'Nujum pak belalang'? kan dia suh anak dia kikis bontot kuali yang hitam tuh bancuh buat kopi..kahkahkah..tapi aku tak penah nak try pon. tah ape la rasa kopi bontot kuali.
  4. Kuali boleh dijadikan perhiasan : ini kalau orang yang suka makan luar, tak nak masak, gantung aje kuali kat dinding. cantik ape,perhiasan yang unik.
  5. Kuali boleh guna untuk berlakon : untuk pelakon2 yang perlu bawa watak orang mengandung, tak perlu susah2 cari kain perca banyak2 sumbat dalam baju. ambik je kuali, buang pemegang dia pastu terus letak dalam baju. kan jadi bulat perut tu..nampak real je mangandung nt..wahahahakhak..
  6. Kuali boleh dibuat praktis musik : terbalikkan kuali, pastu ketuk dengan senduk. kan macam pemain drum dah tu. kuali berlainan saiz akan beri bunyi yang berbeza-beza. jadi boleh la pakai kuali prakits jadi pemain drum. kalau korang dapat hasilkan muzik yg best melalui kuali, sure korang bley jadi pemain drum yang hebat..kekekeke
Setakat ni tu je dalam fikiran aku..mungkin korang yang lain ada idea kuali yang lebih baik.

Monday, October 11, 2010

Dimana ada Bank disitu ada Jammmmm!!!

Tension gle kalau jalan kat jalan yang tak bape besar pastu kat bangunan tu ade bank..uuuu yai..kalau time lunch hour tu toksah la lalu situ..sakit betol..bnyk org nak pegi bank maka banyak la mangkok ayon parking sesuka hati..
ini lah kesesakannya..disebabkan pkai kamera hphone jadi tak dapat nak amik gmba penuh..

Jadi kalau nak pergi bank tu parking la jauh sket pastu jalan kaki pergi bank, takde la sakit kepala sesak camni pastu dapat exercise sket buang lemak di badan..hehehe..

Wednesday, October 6, 2010

Sedang menanti kemunculannya

Dah berbulan ku tunggu citer ni keluar..

Harry Potter and the Deathly Hallows

Rapunzel

lau dapat g tgk wayang dengan kengkawan lg bes..

Thursday, September 30, 2010

All about Big Bang

Special treat untuk adik aku yang baru habis UPSR last week..dia mau jalan-jalan di Mid Valley jadi aku pon ikut la..jalan sana-sini pastu makan pastu sebelum g solat singgah Speedy Video. Adik aku nak cari dvd Harry Potter Half Blood-Prince. Sudah ku bilang pada dia HP yang ni tak best tapi dia nak tengok jugak..nak kumpul buat koleksi..biarlah dia..Tapi aku bila dah masuk kedai cd ni kaki aku cepat je langkah ke tempat cd dan dvd cerita Korea dan Jepun..kekekeke..tapi aku takde lah nak beli..mahal woo..download sudah..hehehehe..

Tetiba ternampak banyak gle cd Big Bang (pada sape2 yang tak tau apa itu Big Bang sila lah Google)..otak ku terus ligat memikirkan Jib..mesti dia serunuk kalau tido dikelilingi cd ni semua..




Asal mata aku asyik tengok kat Seung Ri je ni?hehehehe..

Tuesday, September 28, 2010

Mungkin boleh bukak gerai Capati

Lama jugak tak update blog ini..hehehe..pagi tadi aku dengan mak aku pegi rumah kawan dia..kawan dia ajak makan capati..makcik tu yang buat, tapi aku tak suka capati..kekekeke~~mak cik tu uli-uli tepung sambil borak dengan mak aku..mereka borak hal orang dewasa..aku tak masuk campur..(perasan kecik je aku ni)..oleh sebab aku tak tau nak buat ape, nak join borak tak boleh, jadi aku pun tetiba terasa nak try buat capati..manalah tau aku ni ade bakat kot..

1. Ni tepung capati yang makcik tu dah siapkan bulat-bulat. Tinggal nak penyekkan jadi leper jer..

 2. Aku gelek untuk memenyekkan bende bulat tadi jadi leper.

3. Oh yeah..cantik je bulat jadinye..letak atas kuali leper..balik-balikkan la capati tu..

4. Kekekeke..dah siap pon..

bab nak penyek-penyekkan senang je..tapi lau nak bancuh tepung capati memang aku tak reti la..hahaha..mak aku cakap boleh la part-time jual capati lepas ni..
p/s: gamba tak clear sebab amik pakai henset ku yang dah bengong..