Sunday, May 1, 2011

GELI SEYH!!!! Mari berkenalan dengan '24:7' dan 'Gulagula' - Korang nak muntah kaler ape?? hahahaha

Seriously ni dah sangat melampau! Tak perlu meniru identiti negara luar. Okay, sebelum ni tiru mat salleh. Skang budak2 kat Malaysia (termasuk aku lah..eh, aku budak lagi ker?) gila Korean-pop-culture, maka industri seni jua mau jadi seperti Korea juga kah?

Please don't get me wrong..I am a k-pop lover dan aku tak pernah lupakan industri muzik tanah air..kalau ade yang menyampah k-pop culture, silakan..anda ade pendapat masing-masing (tapi jangan kutuk oppa-oppa aku depan aku yer..berapi hati aku nanti..hahaha..)

Nak dekat dua minggu jugak ler aku tak godek-godek tenet. Skang aku dah mula mengaktifkan semula diri menggodek tenet, dan aku jumpa dua group baru yang menyentak jiwa aku (bukan sebab aku kagum, tapi sebab aku LOYA tertengok poster mereka).

Mari aku nak perkenalkan.

1. Group pertama..(kasi bunyik drum sket) - 24:7


apa maksud phrase 'Kpop group in Malaysia'?? Musykil lah..
erk, bajet renungan boleh cairkn gadis2?

Eiuwww..ape ni? GELI!!!

Nama group ni 24:7..ade bape ketul mamat kat situ entah..kira ah sendiri..aku malas nak kira..kalau retis korea kan, aku akan jerit dengan penuh kegedikan "Kya!!!Oppa!!"..
Tapi kalau mereka ni, rasa-rasa ade tak orang nak jerit "Wow! Abang!" (erk,abang??) Arghh..geli seyh!

Pe ingat boleh jadi se-hot Siwon Suju? Se-macho TOP BigBang? Se-cute Nichkhun 2pm?

Sila bandingkan mereka diatas dengan group yang memang K-pop asli. Memang berasal dari Korea yer. Note that the word 'K' stands for Korean. Kepada yang tubuhkan 24:7, tak perlu nak cakap 1st ever Kpop group in Malaysia. What the hell do you mean by that??!!

BigBang

Super Junior

2pm

SHINee

2. Group kedua (kasik bunyik drum lagi) - Gulagula

Paha tu ade cam dompot-dompot sikit..kalau tanak wat lyposuction takyah la pkai suar pendek tu..

Ala manjanya gadis gulagula ni..posing penuh kecomelan..Eiuuww..

Nama group ni gula-gula..huh,gula-gula yang rasanya tak berapa nak manis..aku taknak cakap diorang ni tak cantik sebab kecantikan tu sesuatu yang subjective dan ianya anugerah tuhan. Tapi kalau nak posing maut lah kan..kalau nak posing gaya hot yang menggoda kan, tengok dulu kat cermin paha tu besar mana. kalau rasa paha tu tak berapa nak hot cam retis Korea, tak perlu pakai skirt mekirt sependek itu.

Silalah bandingkan gadis gulagula ni dengan group yang memang dari Korea..ade perbezaan tak?

Girls Generation (SNSD)

2ne1

Wonder Girls

T-ara
Sumpah wey aku geli ah nengok..aku kutuk habis-habis ni diorang tu dan confirm lah ade akan kata 'you takde semangat patriotisme. Kerjaya seni Korea you gilai. Hantu pada Super Junior, BigBang, 2pm, SHINee, tapi negara sendiri punya you tak support, kutuk habis-habis'..
Silalah cakap camtu kat aku, aku nak jawab camni 'Yo Bro, Cik, Kak, Adik...Memang kerjaya seni Korea, I gilai. hari-hari I stalk twitter mereka. schedule mereka pun I tau. Kita ni negara demokrasi. Suka hati I lah nak minat retis dari negara mana pun. Yang you suka-suka cakap I tak patriotik ni ape hal?? Yang I kutuk tu, group baru yang 2 ketul tu, yang nak tiru cam K-pop ni. Artis lain aku suka je. Abang Pejal Tahir aku tu, tak perlu weh tiru style Korea, banyak je peminat. Walaupun anak dah empat, steady je dia peminat berlambak-lambak and he's a talented person. Artis group lain, Estranged, Hujan, Sofaz, semua tu best ape..tak payah de nak jadi cam oppa-oppa Korea tu, aku minat je. You ade mata, ade telinga ada otak, so nilai sendiri lah sape yang memalukan industri seni kita'

And one more thing, Tun Mahathir penat-penat dah ishtiharkan kita ni negara Islam. Kalau ade anggota '24:7' atau 'gulagula' yang beragama Islam, tolonglah pikir batasan diri tu. Yang beragama lain, lain citer ah. Tapi kan pendapat aku lah untuk mereka yang bukan beragama Islam yang join 2 group tu kan, daripada korang join 24:7 atau gulagula, lagi baik g terbang korea, g audition kat mane-mane talent agency. Belambak talent agency kat sana, SME, YGE, JYPE, Core Contents Media, DSPE dan lain-lain..pilihlah..konpem lagi femes..

Thursday, April 28, 2011

Telah menyepi untuk seketika..

Wah! Aku menyepikan diri 2 minggu sudah...Rindu nye nak membaca blog kawan-kawan..hehehe..

Sebenarnye aku nak bagitau aku sangat sedih..sedih woh!!!
sebabnye...
sebab...
  1. Prince William mau kawen suda..Esok weh hari bahagia dia..Untung nye Kate itu. Dapat anak raja. Heir to the throne tu. Tapi takde ah sedih sangat.Out of reach kot..hahahaha
  2. Ashrap Muslim sudah bertunang!!!..Ni lagi paling-paling sedih..dapat aje berita ni kat aku, frust menonggeng cam ayam berak kapur. Arghh!!! Melepas weh, memang melepas. Hahahaha. Tapi tunang dia comel. Siap pakai tudung tutup aurat lagi tu. Semuga mereka selamat berkahwin 30 Ogos nanti dan berkekalan yer. 
Sedih woh..sedih...sob..sob...




p/s: Mokalau retis Korea pujaan hati aku gatal announce pasal hubungan dia..bertambah sedih aku..tsk..tsk...

Wednesday, April 13, 2011

Treat during heavy rain

Semenjak dua menjak tiga menjak ni, kawasan Serdang-Kajang-Bangi sering dilanda hujan pada waktu petang. Tapi mane boleh mengeluh bila hujan, hujan kat rahmat tuhan..hehehe..

Alkisahnye, petang tadi. I nak jumpa big boss. Big boss ku dah naik pangkat. Sangat seksa nak ketemu beliau. Hidup dia penuh dengan meeting. Tunggu punya tunggu dia takdek jua kat office, so I assume meeting dia habis lambat, I pun pergi la ke surau. Lepas solat plan nak carik makan untuk di lahap.

Elok-elok je lepas solat, hujan turun mencurah-curah ke ladang gandum! Sejuk gila seyh! Maka aku pun stuck la kat surau tu. Camne aku nak balik? Kete aku parking agak jauh dan memandangkan hujan terlampau lebat, tak dapat de aku nak redah.

Tapi perut ku berbunyik-bunyik mintak diisi. Saat tu aku terpikir bubur ayam McD. Mula lah aku kepingin. Macam tak pernah makan. Duk bayang ngup-ngap makanan McD. Oleh kerana aku ni ting-tong jua, aku nekad nak redah hujan menuju ke kereta. Oleh kerana aku takdek payung, aku gunakan Lappy aku ni tutup kepala. Di ulang, aku gunakan Lappy kesayangan aku nih.

Agak bongok jua aku ni gunakan Lappy sebagai shield. Hahaha. Sorrylah Lappy, aku kepingin McD time tu, tak terpikir pulak pasal ko. Bila dah berjaya masuk kereta, baru aku perasan, baju ku habis basah bersama Lappy ini. Bongok kan?

Sampai di McD, aku order hajat di hati. Kebetulan kat situ ade Wi Fi, aku pun try la on Lappy nak online. Nak check jugak la Lappy aku ni still okay atau pun dah sakit kene hujan tadi. Alhamdulillah, dia masih berfungsi dengan sempurna. Tarik napas lega. Phew~~


Maka, aku pun melepaklah di McD itu seorang diri menunggu hujan reda. Sekian~~~

Friday, March 25, 2011

Akibat menangguh kerja

Kenapa suka tangguh kerje? Sebab malas..Kenapa malas?? Sebab malas lah..oh tak, bukan..sebab setan hasut jangan rajin..Hahahahha..Semua salah setan, diri sendiri tak salah..*I'm talking nonsense*

I have an advice here.. Jangan tangguh kerja.. Selagi takde perkara yang menghalang, buatlah sampai habis. jangan jadikan 'Malas' sebagai alasan.

Ni lah hasilnya bila tangguh kerje, pastu kelam kabut siapkan..bila dah siap, sendirik kasi thumbs down lah kat kerje sendiri..kan dah kene redo half of the work..kan sendiri dah susah....



hamik, correction merah sana sini...serves myself right..huahuahua~~~

Sunday, March 20, 2011

To Penang with Love

Last week I went to Penang.. A journey to Penang with love. hehehehe.Bertolak hari Khamis balik hari Ahad. Tu je masa free yang dapat aku curik.

4 hari di Penang sangat seronok. I finally get to meet my friends I've been longing to see!! To my dear Madihah, thanks kasi I tumpang bilik you. hehehe. Walaupun sekejap je jumpa my darling Jeep and Ada, dapat la jugak makan Nasi Padkapau bersama. Menyembang bende bohong bersama, tengok Running Man bersama dan tidur bersama. Waaa~~~ Tak puas kita ketemu!

 Dinner bersama Madihah, Jeep, Ada dan kawan2 Jeep&Ada

'Ikan' yang lazat..puahahahaha

Sama juga dengan Kemal, jumpa sekejap je. Dapat la makan bersama kat Old Town sampai kenyang nak mampus. hahahaha. Bingle bingle kejap kat Queensbay bersama. Ape bende ek yang kita sembang kan masa kat Old Town tu? Daku sudah lupa..hehehehe..

Ramai jugak kawan-kawan kat USM dulu aku jumpa  time tu. Classmate ku (yang pempuan je lah) jumpa dan berborak berejam-jam. Merapu meraban bersama Yana kat bilik dia, siap dia buatkan air kopi lagi..kekekeke~~

 DTSP yang tak habih-habih renovation nyer

Junior ku merangkap ex-rumet ku juga aku lawat sat. Tengok dia tengah merana buat report FYP, aku gelakkan dia..hahaha..aku memang kejam.

Kepada Madihah, kamulah paling lama daku bersama sepanjang pergi Penang hari tu, Tapi 4 hari mana cukup ma. Banyak bende nak disembangkan tapi masa mencemburui kita (ceewah~~~ayat aku takleh blah) Tak sempat nak buat semua kerje tak berfaedah yang aku plan. Waaaa~~ InsyaAllah ade jodoh kita jumpa lagi yer.

Pulang dari bingle bingle di Queensbay

Desa Tekun diwaktu malam

Kawan-kawan, next time kita wat reunion lagi yer. Pajama Party next time mesti berjalan dengan lancar..hehehehe..oh ye, next time Fatin perlu ade sekali..

p/s:
1. Harapan untuk ketemu anak uncle Maju Jaya dengan Putera Belang tak kesampaian..sob..sob..sob..
2. Juga kepada Jeep dan Kemal, Happy Convocation..semuga korang dapat kerje cepat..Amiinnn..
3. Jeep ku sayang, Selamat Hari Jadi yang ke-22..!!!