Sunday, May 22, 2011

Mr Taxi - So Nyuh Shi Dae


Seronok lah pulak melayan lagu Mr Taxi dari k-pop girl group So Nyuh Shi Dae a.k.a Girls Generation. Lagu Mr Taxi ni first Japanese single mereka. Bila entah keluar lagu nih, bulan lepas kot..Akhirnya ade jugak sebijik lagu Jepun mereka.

Aku lagi suka lagu sebegini dari lagu remake mereka tu macam 'Gee' dengan 'Run Devil Run'. Mungkin sebab aku dah selalu dengar dalam bahasa Korea, bila lagu yang sama dia nyanyi bahasa Jepun jadi cam pelik sket, tapi aku layan je..

Okeh, berbalik pada single Mr Taxi ni. Aku sebenarnye nak review MV ni. Nak kasi komen sikit. Aku ni suka mengomen sebenarnye (bajet seyh! hahaha)..Sebelum tu, sila layan dulu MV ni


Okeh, masa untuk mengomen....:

The Music Video: Nama lagu pun Mr Taxi kan, aku duk bayang MV dia ade la selit mana-mana lelaki jadi driver Taxi tu. Macam MV Gee ade si SHINee Minho tu. Macam MV Genie ade la jugak budak lelaki untuk aku cuci mata walaupun beberapa saat aje. Tapi yang Mr Taxi langsung tadek lelaki untuk aku cuci mata. Dari mula sampai habih 9 gadis-gadis ini aje yang ade..hmmm..kesimpulannya, aku hampa.

The Dance: Memang tak dinafikan la artis keluaran SM ni hebat dance mereka kan. Tapi aku lagi suka kalau lagu ni, MV nya dia buat dalam bentuk cerita. Boleh la selit watak lelaki kalau buat MV dalam bentuk cerita kan..hmmm..kesimpulannya, aku gatal nak cuci mata..hahahaha

The Song: Lagu ni best je..bagi aku la..seronok la untuk dilayan..rentak dia catchy..tapi banyak sangat autotune la..suara Taeyeon yang sedap tu pun dia nak buat autotune. Kalau suara Yoona tu takpelah nak autotune sebab suara Yoona tak sedap pun..

The Girls: Seperti biasa gadis-gadis 9 ketul ni mesti kasi tunjuk sama body cun mereka. Aku yang perempuan ni pun suka aje tengok diorang menari apatah lagi lelaki kan..hahahaha..screen time untuk gadis-gadis ini pun nampak lebih 'fair and square' compare to their other MVs. Takde lah asyik muka Yoona aje kat tengah tu. Naik jemu pulak asyik muka dia aje kat tengah padahal nyanyi takat satu line aje...

Overall: Boleh la nak layan lagu ni di masa lapang...


p/s: if you are a kpop addict or kdrama lover, silalah mengunjungi blog ini..segalanya berkaitan kpop & kdrama..tapi dah berhabuk dah..tadek sape mengupdate..hahahaha

Saturday, May 14, 2011

Kenapakah blogger jadi sebegini?

Sejek dua menjak ni..blogger seperti gila sedikit..few days ago, cannot log in. But I try balik malam tu dan blogger berjalan seperti biasa.

Kemudian esok hari nya I wanna post something and again, tak boleh log in..tak tahulah tengah upgrade maintenance ke hape ke..tapi malam semalam dah boleh log in dah tapi blogger ni gila sikit..

sesetengah para blogger kehilangan recent post mereka as if their posts were removed. Tapi I punye recent post, part comment tu yang hilang..Luckily post tersebut masih wujud..Macam-macam lah...haish...

Hmmm, harap-harap tiada lagi kejadian ganjil sebegini berlaku lagi..

Wednesday, May 11, 2011

Awet muda...atau plastic surgery?

Seronok kan kalau umur semakin meningkat, tapi still baby face..lebih seronok jika ianya anugerah tuhan yang Maha-esa..

Tetiba terasa nak tulis post pasal ni sebab hari tu, aku godek-godek internet dan terjumpa artikel pasal birthday sorang minah ni. Umurnya dah 24 tahun, tapi muka still comel..

Ni lah minah tersebut. Moon Geun Young.

Marry Me Mary! premiere

If you are a k-drama lover, you will know who she is. Percaya atau tidak umurnya sudah 24 tahun..comel kan? but  I am not sure whether she did any surgery on her face or not sebab muka dia masa kecik dulu sampai sekarang sama aje. Masa dia belakon citer 'Autumn in My Heart' umur dia 13 tahun. Cuba tengok muka dia, camtu je takde perubahan. kan? kan? tapi kalau dia buat pun, who cares.

Masa kecik, gigi senget benget kot tu, tp besela orang pkai braces..aku pun pkai gak dulu..

gamba ni mungkin zaman 'My Little bride'

mungkin gamba zaman 'Autumn in my heart'

tak sure pulak gamba bila ni..tapi sure still budak lagi

nampak dah besar sikit..

oh, dah melepasi 20 dah..masih comel..

Gamba tahun lepas

Agak-agak dia buat sejeri ke tidak??

Tapi kan, plastic surgery ni memang satu kebiasaan kat Korea. It's something very common macam pergi saloon tukar fesyen rambut pulak. hahaha. Like Tiffany (SNSD), memang obvious muka dia berbeza sebelum debut dan selepas debut. sukatilah nak pikir dia wat surgery ke tidak. (Jangan marah yer SONE semua. I'm not bashing SNSD okay.)

Yang baju putih tu, after debut...the rest picture before debut..

before debut with Rain


this picture maybe masa era 'Gee'..

If I'm not mistaken, this photo is fot 'Hoot' promotion

Pada pandangan aku la kan, kalau nak tengok orang tu ade buat surgery ke tak, don't compare their childhood photos to their recent photos. Because when people undergo puberty, memang tak mustahil bentuk muka dan badan berubah sedikit.Kalau artis tu, tengok sebelum feymes dan selepas feymes..kalau lain tu, plastic surgery la jawabnye..

Rasa-rasa artis melayu ade tak buat plastic surgery? Hahaha..yang tu korang figure out sendiri la..tengok gamba masa mula-mula jadi artis dengan sekarang..

p/s: kecantikan adalah hak milik setiap insan. tapi lebih baik jika kita bersyukur saja dengan anugerah tuhan..^_^

Sunday, May 1, 2011

GELI SEYH!!!! Mari berkenalan dengan '24:7' dan 'Gulagula' - Korang nak muntah kaler ape?? hahahaha

Seriously ni dah sangat melampau! Tak perlu meniru identiti negara luar. Okay, sebelum ni tiru mat salleh. Skang budak2 kat Malaysia (termasuk aku lah..eh, aku budak lagi ker?) gila Korean-pop-culture, maka industri seni jua mau jadi seperti Korea juga kah?

Please don't get me wrong..I am a k-pop lover dan aku tak pernah lupakan industri muzik tanah air..kalau ade yang menyampah k-pop culture, silakan..anda ade pendapat masing-masing (tapi jangan kutuk oppa-oppa aku depan aku yer..berapi hati aku nanti..hahaha..)

Nak dekat dua minggu jugak ler aku tak godek-godek tenet. Skang aku dah mula mengaktifkan semula diri menggodek tenet, dan aku jumpa dua group baru yang menyentak jiwa aku (bukan sebab aku kagum, tapi sebab aku LOYA tertengok poster mereka).

Mari aku nak perkenalkan.

1. Group pertama..(kasi bunyik drum sket) - 24:7


apa maksud phrase 'Kpop group in Malaysia'?? Musykil lah..
erk, bajet renungan boleh cairkn gadis2?

Eiuwww..ape ni? GELI!!!

Nama group ni 24:7..ade bape ketul mamat kat situ entah..kira ah sendiri..aku malas nak kira..kalau retis korea kan, aku akan jerit dengan penuh kegedikan "Kya!!!Oppa!!"..
Tapi kalau mereka ni, rasa-rasa ade tak orang nak jerit "Wow! Abang!" (erk,abang??) Arghh..geli seyh!

Pe ingat boleh jadi se-hot Siwon Suju? Se-macho TOP BigBang? Se-cute Nichkhun 2pm?

Sila bandingkan mereka diatas dengan group yang memang K-pop asli. Memang berasal dari Korea yer. Note that the word 'K' stands for Korean. Kepada yang tubuhkan 24:7, tak perlu nak cakap 1st ever Kpop group in Malaysia. What the hell do you mean by that??!!

BigBang

Super Junior

2pm

SHINee

2. Group kedua (kasik bunyik drum lagi) - Gulagula

Paha tu ade cam dompot-dompot sikit..kalau tanak wat lyposuction takyah la pkai suar pendek tu..

Ala manjanya gadis gulagula ni..posing penuh kecomelan..Eiuuww..

Nama group ni gula-gula..huh,gula-gula yang rasanya tak berapa nak manis..aku taknak cakap diorang ni tak cantik sebab kecantikan tu sesuatu yang subjective dan ianya anugerah tuhan. Tapi kalau nak posing maut lah kan..kalau nak posing gaya hot yang menggoda kan, tengok dulu kat cermin paha tu besar mana. kalau rasa paha tu tak berapa nak hot cam retis Korea, tak perlu pakai skirt mekirt sependek itu.

Silalah bandingkan gadis gulagula ni dengan group yang memang dari Korea..ade perbezaan tak?

Girls Generation (SNSD)

2ne1

Wonder Girls

T-ara
Sumpah wey aku geli ah nengok..aku kutuk habis-habis ni diorang tu dan confirm lah ade akan kata 'you takde semangat patriotisme. Kerjaya seni Korea you gilai. Hantu pada Super Junior, BigBang, 2pm, SHINee, tapi negara sendiri punya you tak support, kutuk habis-habis'..
Silalah cakap camtu kat aku, aku nak jawab camni 'Yo Bro, Cik, Kak, Adik...Memang kerjaya seni Korea, I gilai. hari-hari I stalk twitter mereka. schedule mereka pun I tau. Kita ni negara demokrasi. Suka hati I lah nak minat retis dari negara mana pun. Yang you suka-suka cakap I tak patriotik ni ape hal?? Yang I kutuk tu, group baru yang 2 ketul tu, yang nak tiru cam K-pop ni. Artis lain aku suka je. Abang Pejal Tahir aku tu, tak perlu weh tiru style Korea, banyak je peminat. Walaupun anak dah empat, steady je dia peminat berlambak-lambak and he's a talented person. Artis group lain, Estranged, Hujan, Sofaz, semua tu best ape..tak payah de nak jadi cam oppa-oppa Korea tu, aku minat je. You ade mata, ade telinga ada otak, so nilai sendiri lah sape yang memalukan industri seni kita'

And one more thing, Tun Mahathir penat-penat dah ishtiharkan kita ni negara Islam. Kalau ade anggota '24:7' atau 'gulagula' yang beragama Islam, tolonglah pikir batasan diri tu. Yang beragama lain, lain citer ah. Tapi kan pendapat aku lah untuk mereka yang bukan beragama Islam yang join 2 group tu kan, daripada korang join 24:7 atau gulagula, lagi baik g terbang korea, g audition kat mane-mane talent agency. Belambak talent agency kat sana, SME, YGE, JYPE, Core Contents Media, DSPE dan lain-lain..pilihlah..konpem lagi femes..

Thursday, April 28, 2011

Telah menyepi untuk seketika..

Wah! Aku menyepikan diri 2 minggu sudah...Rindu nye nak membaca blog kawan-kawan..hehehe..

Sebenarnye aku nak bagitau aku sangat sedih..sedih woh!!!
sebabnye...
sebab...
  1. Prince William mau kawen suda..Esok weh hari bahagia dia..Untung nye Kate itu. Dapat anak raja. Heir to the throne tu. Tapi takde ah sedih sangat.Out of reach kot..hahahaha
  2. Ashrap Muslim sudah bertunang!!!..Ni lagi paling-paling sedih..dapat aje berita ni kat aku, frust menonggeng cam ayam berak kapur. Arghh!!! Melepas weh, memang melepas. Hahahaha. Tapi tunang dia comel. Siap pakai tudung tutup aurat lagi tu. Semuga mereka selamat berkahwin 30 Ogos nanti dan berkekalan yer. 
Sedih woh..sedih...sob..sob...




p/s: Mokalau retis Korea pujaan hati aku gatal announce pasal hubungan dia..bertambah sedih aku..tsk..tsk...