Tuesday, May 31, 2011

Super Junior Concert at Hari Belia

Atas permintaan ramai..(ramai la sangat..hahaha)..ni lah post nyer...

Alkisah aku ke concert Super Junior M...

Spotlight yang begitu banyak dari main stage tu

Lepas Maghrib ramai dah membanjiri Main Stage kat depan Palace of Justice tu. Whoa!! Aku tengok jam, belum pukul 8, katanya concert mula pukul 9. Tapi dah sesak dah. Tak kuasa aku nak tunggu lelama, maka aku dengan kawan aku pergi carik toilet dulu. Dalam 8.30 tu, dah start concert performed by local artist. Ade Farah Asyikin, Dewi Mentor, Azlan and the typewriter. Best juga performance mereka tapi aku tak amik gambar sebab aku diri jauh dari stage masa tu. Orang pun sesak, malas aku nak mengangkat kamera besar itu.

Nak dekat-dekat pukul 9, mission started: Menyelit sampai berjaya. My Friend yang teman I, dia duk nun jauh kat belakang main dengan iphone dia. I said to her "Okeh, babai..Nanti lepas concert kita jumpa balik". Semua barang aku dia jaga. Yang ade kat tangan aku hanyalah kamera besar tu jek. Sebenarnye bahaya bila dah ramai-ramai camni. Penyeluk saku suka amik kesempatan.

Before concert started

Nasib baik badan aku kecik, senang nak menyelit. Aku tengok jam, dah 9 lebih. Batang hidung oppa still tak nampak. Tapi pak cik polis yang jaga bahagian stage cakap diorang dah ade dah kat backstage tangah buat some preparation.

Pak cik polis yang menjaga tepi stage tu.

While waiting for the concert to kick-off, aku borak dengan seorang budak ni. 

Me: Adik datang dengan sape ni?
Adik tu: Tu ha, dengan kakak dengan kakak sedara.
Aku tengok dressing dia, so I asked her,
Me: Adik umur berapa tahun?
Adik tu: dua belas?
Me: Dua belas?? Kakak tu umur berapa?
Adik tu: Kitorang semua sekolah lagi. 
Me: Korang ni pergi balik rumah la belajar..hahaha (aku berkata dalam nada berseloroh)

Mangai budak2 zaman sekarang...takde hal pun pergi tengok concert kecik-kecik lagi..Kami pun sambung borak-borak kosong. Tak lama lepas tu, I menyelit lagi ke depan, dan borak pulak dengan perempuan lain. Dia duk bercerita tengah hari tadi SuJu dah wat rehearsal dah pun. Ces, menyesal aku datang petang..Perempuan yang ni dressing dia dasat..Whoa..borak-borak dan terus borak rupanya dia budak UIA. Ape ingat pakai seksi camtu oppa semua tergoda kah? Haih, budak zaman sekarang...

Menyelit lagi dan borak dengan budak lain pulak. Datang dari Kelang bersama parents. 
Me: "Mana parents?"
Her: "Ade kat belakang sana waiting for me habis tengok concert"
Me: "Whoa, your parents came along..you anak tunggal ke?"
Her: "No, I'm the eldest"
Me: "So your parents waiting for you angkut sekali semua adik-adik you?"
Her: Yup!
Whoa...kagum..parents boleh datang teman tengok concert..semua adik yang tak bersalah pun di angkut skali..

Tanpa ku sedari aku dah semakin ke depan. Aku nampak satu spot yang berpagar. Tempat tu khas untuk cameraman aje. Tapi aku selit masuk situ. Pak cik tu tak marah pulak. Mungkin sebab dressing aku tak macam fan lain penuh dengan accessories kat kepala dan kat tangan. Aku hanya pakai t-shirt, dengan cardigan warne hitam, camera sangkut dileher. Mungkin dia ingat aku reporter. Hahahah. Memang syok! Dapat port sebelah stage pastu tak sesak langsung! Tadek de berhimpit...BEST!

Nampak tak bahagian yang lengang khas untuk pakcik camera tu? Situ lah aku menonton konsert..Hehehe..sebelah aje dengan stage

Concert pun bermula. Tapi sebelum concert bermula, ramai dah fangirl pengsan.. Haduh..rugi ah korang pengsan before oppa-oppa tu perform..hahaha

Lama jugak la concert tu..Siap ade solo part lagi. Tapi aku paling suka time lagu Perfection dengan Super Girl ah..My fav song. But Donghae wasn't there. A bit sad and disappointed tapi kalau Donghae datang, sure hati aku berapi nanti sebab ade part lucky fans dapat naik atas stage. Tanya diorang soalan and they can get a hug if they want.. Kalau Donghae ade, mau aku pengsan cemburu nanti. Hahahaha.

Tengok diorang perform live memang best!! And tengok diorang depan mata, bagaikan tak percaya..Kekekeke~~~

Hakikatnya, memang aku telah membazir masa dan wat keje tak paedah pergi tengok concert, tapi best woh..Hahahaha

Okay guys, enjoy the pictures. Kalau ikutkan, banyak lagi nak cerita tapi tangan letih ah menaip.





















Ade lagi gambar tapi lama gila nak upload..Nanti lau aku rajin aku upload lagi..
Hmmm...Donghae oppa, bilakah kita akan bertemu?

Monday, May 30, 2011

Local artist vs Super Junior M : Sudah-sudah lah tu bergaduh...

Amacam tajuk post? HOT tak??

As I said before, I pergi konsert SJ-M sempena hari belia kan? Elok-elok je balik, esok tu I surf tenet dan walaweyh, berita artis Malaysia berperang kutuk-kutuk Suju?? Apakah? Lawak la weyh buat perangai camni..

Okeh, kepada yang tak tau cerita, meh I story mory kat sini. If my side of story is wrong, please tell. Okay...

Alkisahnye, Rody dari kumpulan Krystal tweet dia tak puas hati dengan layanan yang organizer berikan pada local artist. Melebihkan artist luar negara dari mereka.

 

Mengikut tweet ini, katanya mereka nak guna toilet tapi toilet belakang stage dikhaskan untuk Super Junior tuh. Kemudian, Mila AF tu respon pada tweet Rody Krystal ni. Juga tak puas hati kenapa lebihkan artis luar. Haih, macam-macam. Tapi mereka ni tak pasal-pasal kene marah dengan ELF. Diorang tadek kutuk Sper Junior pun mula-mula, tapi ELF duk hentam habis-habis, terus la jadi perang Twitter. Bende kecik terus jadik besar. Hanya kerana tweet kecil ini, bermulalah perang. 

First: Aku rasa Super Junior tak paham pun maksud tweet ni dan diorang tak amik kesah pon kalau kene kutuk. Belambak aje anti-fan mereka tapi selamat je diorang tu famous sampai sekarang kan. ELF la yang pulun hentam local artist kutuk artis pujaan hati mereka. Kepada local artist, korang kene tau fan base artist Korea ni kuat weyh..Sabar je lah yer..dan kepada ELF, rilek ar weyh..if you really love Super Junior, please act wisely.

Kalau aku pun marah la meganak-tirikan orang tempatan. Aku pun minat gila sama artis Korea lagi-lagi Super Junior, tapi tak suka lah bila local artist dapat layanan begini. Patutnya organizer kene lebih peka. I don't blame local artist nor The Korean artist. They don't speak Malay and our local artist don't speak their language. There can be some miscommunication there. So organizer la yang paling bertanggungjawab dalam hal ni. So chill guys! Don't be so emotional.

Second: Tapi yang menambahkan kemarahan ELF, dikatakan Azwan Ali dan ade ahli Krystal mengutuk direct pada Super Junior (please correct me if I'm wrong). Siap kata nak kencing kat muka diorang lagi. Ni ape kes ni?? Kalau korang cool aje, kasi tweet yang lebih bernas dan lebih matang, orang lagi respect tau tak. You should realize, your tweet satu dunia boleh baca. And you should know ELF ni ade di serata dunia. Jangan main-main dengan fan club artis Korea ni. Ni baru Super Junior. Kalau TVXQ atau JYJ atau Big Bang, tak tau lah ape jadi.

Yes, I'm an ELF, a die-hard ELF. Memang aku marah jugak la bila cakap nak kencing-kencing kat muka ni kan but NOT because I'm an ELF, but it is because I'm a Malaysian. Nama baik negara kene lah jaga. Cuba pikir ape pandangan negara luar bila tengok artist Malaysia kasi tweet camni? Nampak sangat tak professional dan kebudak-budakan. Cukup-cukup lah kemunculan group max 24:7 tu mendapat kutukan dari negara jiran. I'm not bashing okay, this is a fact! Sanggup ker nak kene kutuk dengan negara jiran lagi?

I do support local artist and I am a Kpop lover. Kepda local artist, sabar lah dengan organizer sebegitu. Kita kan orang Islam, sabar tu separuh dari iman. Kepada malaysian ELF, don't be too childish. Chill guys!! If you really love your oppas, give continuously support to them and tak perlulah nak melenting sana-sini. And I really hope this remeh-temeh issue will not affect Super Junior. I want to se them performing live again in Malaysia.

So peace guys!! No war...

Sunday, May 22, 2011

Mr Taxi - So Nyuh Shi Dae


Seronok lah pulak melayan lagu Mr Taxi dari k-pop girl group So Nyuh Shi Dae a.k.a Girls Generation. Lagu Mr Taxi ni first Japanese single mereka. Bila entah keluar lagu nih, bulan lepas kot..Akhirnya ade jugak sebijik lagu Jepun mereka.

Aku lagi suka lagu sebegini dari lagu remake mereka tu macam 'Gee' dengan 'Run Devil Run'. Mungkin sebab aku dah selalu dengar dalam bahasa Korea, bila lagu yang sama dia nyanyi bahasa Jepun jadi cam pelik sket, tapi aku layan je..

Okeh, berbalik pada single Mr Taxi ni. Aku sebenarnye nak review MV ni. Nak kasi komen sikit. Aku ni suka mengomen sebenarnye (bajet seyh! hahaha)..Sebelum tu, sila layan dulu MV ni


Okeh, masa untuk mengomen....:

The Music Video: Nama lagu pun Mr Taxi kan, aku duk bayang MV dia ade la selit mana-mana lelaki jadi driver Taxi tu. Macam MV Gee ade si SHINee Minho tu. Macam MV Genie ade la jugak budak lelaki untuk aku cuci mata walaupun beberapa saat aje. Tapi yang Mr Taxi langsung tadek lelaki untuk aku cuci mata. Dari mula sampai habih 9 gadis-gadis ini aje yang ade..hmmm..kesimpulannya, aku hampa.

The Dance: Memang tak dinafikan la artis keluaran SM ni hebat dance mereka kan. Tapi aku lagi suka kalau lagu ni, MV nya dia buat dalam bentuk cerita. Boleh la selit watak lelaki kalau buat MV dalam bentuk cerita kan..hmmm..kesimpulannya, aku gatal nak cuci mata..hahahaha

The Song: Lagu ni best je..bagi aku la..seronok la untuk dilayan..rentak dia catchy..tapi banyak sangat autotune la..suara Taeyeon yang sedap tu pun dia nak buat autotune. Kalau suara Yoona tu takpelah nak autotune sebab suara Yoona tak sedap pun..

The Girls: Seperti biasa gadis-gadis 9 ketul ni mesti kasi tunjuk sama body cun mereka. Aku yang perempuan ni pun suka aje tengok diorang menari apatah lagi lelaki kan..hahahaha..screen time untuk gadis-gadis ini pun nampak lebih 'fair and square' compare to their other MVs. Takde lah asyik muka Yoona aje kat tengah tu. Naik jemu pulak asyik muka dia aje kat tengah padahal nyanyi takat satu line aje...

Overall: Boleh la nak layan lagu ni di masa lapang...


p/s: if you are a kpop addict or kdrama lover, silalah mengunjungi blog ini..segalanya berkaitan kpop & kdrama..tapi dah berhabuk dah..tadek sape mengupdate..hahahaha

Saturday, May 14, 2011

Kenapakah blogger jadi sebegini?

Sejek dua menjak ni..blogger seperti gila sedikit..few days ago, cannot log in. But I try balik malam tu dan blogger berjalan seperti biasa.

Kemudian esok hari nya I wanna post something and again, tak boleh log in..tak tahulah tengah upgrade maintenance ke hape ke..tapi malam semalam dah boleh log in dah tapi blogger ni gila sikit..

sesetengah para blogger kehilangan recent post mereka as if their posts were removed. Tapi I punye recent post, part comment tu yang hilang..Luckily post tersebut masih wujud..Macam-macam lah...haish...

Hmmm, harap-harap tiada lagi kejadian ganjil sebegini berlaku lagi..

Wednesday, May 11, 2011

Awet muda...atau plastic surgery?

Seronok kan kalau umur semakin meningkat, tapi still baby face..lebih seronok jika ianya anugerah tuhan yang Maha-esa..

Tetiba terasa nak tulis post pasal ni sebab hari tu, aku godek-godek internet dan terjumpa artikel pasal birthday sorang minah ni. Umurnya dah 24 tahun, tapi muka still comel..

Ni lah minah tersebut. Moon Geun Young.

Marry Me Mary! premiere

If you are a k-drama lover, you will know who she is. Percaya atau tidak umurnya sudah 24 tahun..comel kan? but  I am not sure whether she did any surgery on her face or not sebab muka dia masa kecik dulu sampai sekarang sama aje. Masa dia belakon citer 'Autumn in My Heart' umur dia 13 tahun. Cuba tengok muka dia, camtu je takde perubahan. kan? kan? tapi kalau dia buat pun, who cares.

Masa kecik, gigi senget benget kot tu, tp besela orang pkai braces..aku pun pkai gak dulu..

gamba ni mungkin zaman 'My Little bride'

mungkin gamba zaman 'Autumn in my heart'

tak sure pulak gamba bila ni..tapi sure still budak lagi

nampak dah besar sikit..

oh, dah melepasi 20 dah..masih comel..

Gamba tahun lepas

Agak-agak dia buat sejeri ke tidak??

Tapi kan, plastic surgery ni memang satu kebiasaan kat Korea. It's something very common macam pergi saloon tukar fesyen rambut pulak. hahaha. Like Tiffany (SNSD), memang obvious muka dia berbeza sebelum debut dan selepas debut. sukatilah nak pikir dia wat surgery ke tidak. (Jangan marah yer SONE semua. I'm not bashing SNSD okay.)

Yang baju putih tu, after debut...the rest picture before debut..

before debut with Rain


this picture maybe masa era 'Gee'..

If I'm not mistaken, this photo is fot 'Hoot' promotion

Pada pandangan aku la kan, kalau nak tengok orang tu ade buat surgery ke tak, don't compare their childhood photos to their recent photos. Because when people undergo puberty, memang tak mustahil bentuk muka dan badan berubah sedikit.Kalau artis tu, tengok sebelum feymes dan selepas feymes..kalau lain tu, plastic surgery la jawabnye..

Rasa-rasa artis melayu ade tak buat plastic surgery? Hahaha..yang tu korang figure out sendiri la..tengok gamba masa mula-mula jadi artis dengan sekarang..

p/s: kecantikan adalah hak milik setiap insan. tapi lebih baik jika kita bersyukur saja dengan anugerah tuhan..^_^