Saturday, August 13, 2011

Apabila tak dapat connect internet.....

Apabila tak dapat connect internet pada waktu malam.....:

1) aku tetap berusaha connect. Habes computer, modem aku godek-godek nak tenet. Malam aku perlukan tenet. My life is all about internet. Blogging, facebooking, skyping..sumer tergendala sebab tenet buat hal.

2) terus call TM customer careline. Malam-malam buta tu jugak lah aku call, masih tak dapat connect. Rupanya memang akan ade gangguan tenet kat area rumah aku. Upgrade maintenace ape ntah.

3) Aku menjadi hampa, kecewa, rasa nak mengamuk. Sebaik bulan pose..tiada perkataa mencarut keluar. Hanyalah bodoh sahaja.

4) Apabila dah tak dapat main tenet, aku pun tengok tv. Bagi aku, tv is less important than internet. tapi tv jua tadek cerita best, maka tengok la drama yang aku dah download.

5) Tapi tadek mood tengok drama, maka akhirnya aku masuk tidor.

Ketiadaan internet malam tadi membuatkan aku masuk tidur awal. Bukan senang nak tengok aku tidur awal.
Geramnyer biler tadek tenet!!!!

Geram!!!

Tuesday, August 9, 2011

Super Junior 5th Jib: Mr Simple (Donghae's Review Only)

Seperti biasa, aku akan bercerita alkisah k-pop.
Sila jangan menyampah, kalau menyampah jangan baca post ni tau. hehehehe

Seperti yang satu dunia dah tau, Super Junior dah keluarkan album ke-5 mereka. Tajuk albumnya Mr Simple dan aku nak review sikit MV lagu Mr Simple ni. Aku hanya nak review part Donghae sahaja. Diulangi, part Donghae sahaja.

Seperti kawanku juga, Cik Sengal, aku tak berapa nak suka lagu ni masa first time dengar. Tapi dalam hati cuba berfikiran positip, kalau dengar banyak kali maybe boleh terima. Tapi still tak leh nak terima juga.

Akhirnya aku buat keputusan nak tunggu MV keluar. Kalau tengok MV dia, mungkin aku akan suka lagu ni sebab aku boleh nampak Donghae. Muahahahha.

Tunggu punya tunggu dan akhirnya keluarlah itu MV. Aku pun gedik-gedik tengok.

Reaksi aku:
OMG OMG OMG!!!!!!
Jantungku Dugeun Dugeun.
Semuanye sangat cool!! 10 makhluk dari planet tak diketahui sangat bergaya.!!!
Walaupun ade part yang macam lawak aje dalam MV neh, aku tetap melompat gembira!!
Kenapakah encik abang Donghae ni semakin kacak??
Dia ni makhluk dari planet mana??
Sepanjang MV ni mata aku duk tatap kat dia aje. Walaupun dia terselit kat belakang, dia jugak lah aku tatap.

Mari enjoy screen caps..yeah..
creedit to redandrosy.wordpress.

Setelah beberapa saat, itu dia kemunculan encik abang Donghae. Aku menjerit kegembiraan. Berjalan penuh gaya. Kyaaaa~~~~

 tu dia encik abang Donghae muncul

cik Izzie tak tengok orang lain kat belakang tu..mata ni duk tengok Hae aje

 
 oh mataku tak berkelip

Aku sudah tidak peduli dengan memebr yang lain. Member SuJu lain juga makhluk ciptaan tuhan yang menawan, tapi mata ku neh hanya menatap makhluk pujaan hatiku..hakhakhak..

 walaupun abg Hae kat belakang Leeteuk, mata cik Izzie tetap tengok dia aje

Ini adalah part Donghae yang paling aku kureng suka. Tah macam ape dah tu leher kene jerut dengan tali. Seperti ade kecacatan ini part tapi aku peduli ape, Donghae tetap menawan...hahahahaha

Ini part aku gelak. Hae pasti berkata : "Semak ah tali gantung kat leher aku neh..!!"

Tengok tu..tengok tu..ala tomelnyer...ade la kang kene lempang si Donghae ni kang.

bergaya dengan sut itu

tadi tunjuk kiri kanan, ni atas bawah pulak?

Tarian tumbuk angin. Mungkin boleh menguatkan otot-otot lengan. Oh aku nak cuba jua!

walaupun Siwon berada di depan, mataku tetap tengok Hae kat belakang tuh.

Siapa suka part blow your mind ni angkat kaki!! hahahahaha

yeah!! Blow your mind!!

Walaupun cik abang Kyu ditengah (cik sengal pasti suka!!hehehe)..mataku hanya pandang Donghae

kenape tutup mata sebelah ni? masuk habuk? nak i tiupkan?

mukyaaaaaaa~~~~~~~*pengsan*

Okeh, dah sedar dari pengsan, mari buat kesimpulan: 

Cik Izzie memang gila habih dah kat ini makhluk.Sekian~~~

p/s: untuk membaca Full Review MV Mr Simple, sila klik sini

Saturday, July 30, 2011

Cabaran di bulan Ramadhan

Aku seorang insan biasa yang banyak dosa. Tengok sajalah blog ku ini penuh dengan perkara lagha. Post aku ni asyik pasal duniawi aje. Bulan Ramadhan dah nak tiba, mari kita banyakkan amalan, Kasi top-up sket. Balance kan dosa pahala tu. Setahun suntuk salu wat keje tak paedah, ni ade sebulan bulan yang mulia, harap-harap iman ku kuat untuk beribadah.

Tetapi...tetapi..aku akan menghadapi beberapa cabaran untuk bulan pose ni.

1. Chemicals and glassware bakal tiba minggu depan. Oh tidak, kenelah aku bekerja dengan gigih kat lab nanti. Salunye aku pegi lab leweh-leweh pastu main tenet sepanjang masa. Aku neh kalau dah kene serang dengan syndrome malas, memang malas la jawbnye.

2. Aku seorang yang kuat makan. Dekat lab tu ade ramai non-muslim, jadi nanti kalau aku nampak diorang makan mulalah perut ni nak berbunyik. Honestly I really don't care if they wanna eat in front of me, tapi diri aku ni bermasalah, kalau aku pose pastu tengok orang makan, mulalah nak lesu tak bermaya.  haish. Iman yang tidak cukup kuat nampaknye.

3. Pabila aku bosan di lab, aku akan pasang drama Korea, to avoid falling asleep (aku pernah tido kat lab pastu mentor aku masuk..puahahahaha). Bulan pose ni kene kurangkan tengok drama Korea ataupun cerita omputih. Kene jaga pandangan mata di bulan mulia. Tapi bukan boleh percaya kat aku ni. Mesti aku tengok jua nanti.

4. Dan cabaran paling kuat bulan pose tahun ni: Comeback Super Junior pada 3 August!!! Aduh, apesalla ko pegi release kan album bulan pose?? Terganggu kosentrasi aku sepanjang bulan pose nanti. Pastu nanti siang-siang orang lain mengaji, aku pegi tengok MV pulak kang berulang kali. Memang cabaran besar ni. Pastu mulalah otakku penuh dengan bayangan si Donghae tu kang. Aish!

Kepada kawan-kawan muslim yang baca ini post, selamat menyambut bulan Ramadhan. Semuga anda semua takde perangai ting tong macam saya ni. Semuga anda semua banyak beramal dan dapat menggandakan pahala.

Wednesday, July 20, 2011

How can a young boy be this awesome?

(Pon!Pon!! Barhabuk dah blog ni. *cough*cough*cough*)

Me playing a guitar?? Nah!! I'm suck at it!! Berpuluh kali adik aku ajar, still terkedek-kedek.

Few years ago, my dear brother, berangan nak buat band sendiri. Pastu pergi beli guitar. Then he always locked himself in his room, practice main guitar lah konon. Hahahaha. I used to say this to him "Bajet je nak jadi pro guitarist.." Dan sekarang dia dah boleh main beberape lagu. Ade la hari tu dia eksyen main lagu CN Blue -Loner tu. Jadik pulak tu dia main. And I was like 'Dengki nye!!!! Nak jugak reti main'. So I asked him to teach me. Setelah berbulan-bulan, barulah aku reti main satu lagu, and it is Happy Birthday song!!! hahahaha.. itu pun asyik salah petik string je. asyik-asyik salah chord. Hampeh!!

Okay, stop babbling about my brother. Motif utama aku tulis post ni nak cerita pasal budak lain, bukan adik aku..hehehe

Have you ever heard this name? Sungha Jung?? Yiruma?


If Yiruma is a great pianist from South Korea, Sungha Jung is a professional acoustic finger-style guitarist, also from South Korea. And he is only 14!

Masa adik aku berjinak-jinak main guitar dulu, adik aku ni paksa aku tengok vids Sungha Jung. Mula-mula aku tak berape nak minat lah but then I was like "What the h*** is he? Power gile main guitar!"

Wanna know more about him? Tanya pak cik Google lah!

Mari menonton vids Sungha Jung ni.. mari..mari..(aku rasa dia ade iras-iras Jung Il Woo, tapi budak ni lagi comel kot)

He's awesome, really no kidding!!


Cover song: Bruno Mars - Lazy Song


Cover song: Bruno Mars - Grenade


Cover song: So Nyeo Shi Dae - Hoot


Cover song: Big Bang - Haru Haru


Cover song: IU - Good Day


(And this is the one I like the most)Cover song: Jason Mraz - I'm Yours 

p/s: i guess this is the meaning of 'one in a million'..

Wednesday, July 6, 2011

Jiwa dilanda masalah...Help Me!!

Cik Izzie agak mereng sket sekarang ni sebab cik Izzie dilanda beberapa masalah: Jadi ni adalah post merapu, tak yah baca kalau tak nak pening dengan kemerapuan cik Izzie ni.

1. Cik Izzie sakit kepala dengan kerje research ni. Banyak kali dah terlintas dalam hati, kerje lain lagi baik. Tapi member-member yang kerja bidang lain pun sakit kepala juga. Jadi aku pun berpikir, ape yang aku nak sebenarnye dalam hidup? Kerje ape yang paling tak menyusahkan kepala otak? Setelah puas berpikir, aku rasa kerje paling best adalah duduk goyang kaki, tidur, makan, main tenet, tengok cerita Korea...Oh, sangat tak berguna jika hidup sebegitu, tapi confirm best duk lepak aje camtu.

2. Setiap kali masuk lab research tu, mesti aku teringat kat sorang si Iran ni yang buat aku sakit hati. Nak tau kenape cik Izzie geram dengan dia? Dia tu kedekut ilmu nak mampus! Cik Izzie kene sambung sebahagian part research dia yang dia tak buat, jadi kene la work together kan. Tapi dia tu bajet bagus, depan big bos tu kemain manis mulut, memang lah orang-orang atas tu suka. Naseb baik lah si Iran ni dah balik negara dia. Phew, lega. Cik Izzie lagi rela struggle sendiri dari berkerjesama dengan orang kedekut ilmu yang akhirnya buat kita sendiri sakit hati. Cakap belit-belit, pastu bila aku jumpa jalan mudah, saje dia bagi bad remarks pastu suruh aku buat kerje guna jalan susah. Saje nak melecehkan hidup aku. Huh!!

3. Cik Izzie dah nyampah gila dengan phone cik Izzie yang gila nih. Dah la takleh hantar mesej kat orang. Sekarang dia dah buat hal lain. Ade masa tak leh nak jawab call orang pulak..tensi..Aku nak beli phone baru tapi nanti pokai lah kan. Aku ade phone idaman, mahal la maksudnye tu. Tapi kalau aku beli phone tu, duit tinggal seciput. Plan nak melancong dengan kawan camne pulak? Pastu aku nak bayar bil-bill lain tu sume camne? Huwaaaa~~~Problem btol lah hidup ni.

4. Tadi cik Izzie godek-godek fesbuk kawan. Dah takde keje sangat kan. Pastu cik Izzie baru perasan, ramai kawan sekolah dah bertunang. Ade seciput dah kawen. Jadi cik Izzie rasa cemburu disitu. Aku nak bertunang jugak. Tapi dengan sape? Orang aku nak tak nak kat aku, yang nak kat aku pulak, aku tak suka. (Lempang lah aku kerana banyak songeh ni) Nak harapkan si Donghae masuk meminang? Jangan harapla mak nak kasi restu..huk huk..sedih pikir masa depan yang tak pasti ni.

Maka, untuk meleraikan kekusutan ini, Cik Izzie buat keje tak paedah dengan menatap GIF lelama. Tadi cik Izzie letak banyak GIF, tapi GIF yang Donghae ni je yang berjalan..yang lain tak bergerak. Nampaknye jodoh cik Izzie dengan Donghae kuat yer....Mwahahahaha (ayat caption GIF tu adalah fikiran liar cik izzie semata-mata)

"cik izzie sayang, jangan susah hati..oppa disini..."
Tanpa cik Izzie sedari, cik Izzie tersenyum. Senyum semakin lebar, akhirnya cik izzie gelak sakan sorang-sorang. Nampaknye cik Izzie dah semakin mereng...sekian~~~~