Sunday, September 4, 2011

Peminta sedekah moden : "Kami datang nak DUWET RAYE aje..."

Sekarang ni semua mood raya kan? Aku dah habis mood raya sebab esok nak kene pergi lab.

Okay, post kali ni nak bercerita kisah budak-budak zaman sekarang yang serbu setiap pelusuk rumah yang wujud untuk kutip duwet raya.

1. Datang takde adab tak bagi salam. Dahla tak kenal. Kot anak-anak jiran walaupun selang 10 buah rumah aku tak kesah. Kira jiran setaman lah kan. Ni duk taman jauh-jauh-jauh nun sana. Sumpah tak kenal.

2. Aku paham korang penat berjalan tah berape umah dah mintak duwet raye kan, okay aku kasi makan minum kasi hilang dahaga. Kang pengsan dehydrated tengah jalan susah pulak nanti. Tapi kuweh tak sedap bising pulak. Makanan tak sedap komplen. Air tawar kutuk. Hamboi! Ni yang aku hangin ni.

3. Kalau nampak dah gate tu berkunci, walaupun kereta penuh kat porch, tu maksudnye tuan rumah belum bersedia nak layan tetamu. Lagi-lagi orang tak dikenali. Beradab ah wei, nak tekan loceng banyak kali tanpa henti pulak. Dah la tak bagi salam langsung. Memang takde adab. Nak kata parents tak ajar, marah pulak kang.

4. Orang tengah sebuk-sebuk bersiap nak keluar, korang datang pulak. Bukan tanak layan tapi orang busy bersiap ha. Boleh pulak cakap "Takpelah tak masuk. Bagi duit raye aje..". Sumpah aku terkedu, tak penah masa aku kecik dulu aku menebeng kat gate orang kemis duwet.

5. Kalau orang dah bagi sampul duwet tu, amik je lah. Kot isi sikit je, terima je lah. Boleh pulak ngumpat lepas kuar rumah cakap tuan rumah kedekut bagi sikit. Hoi, tu kira baik mak ayah aku nak kasi, kalau aku, orang tak beradab macam korang, aku kasi 5 sen aje.

6. Ade sekali tu mak aku terbagi sampul kosong. Bukan sengaje pun. Ko redha je lah sampul tu kosong, maksudnye ko takde rezki masa tu. Ni boleh pulak patah balik rumah aku, cakap kat mak aku, "Mak cik, sampul ni kosong. Nak duwet raya".

Aku jadi sakit hati dengan perangai budak-budak camni. Ikutkan hati, aku tanak layan. Tapi parents aku cakap tak baik buat camtu. Parents aku cakap ape salahnye bersedekah kat budak-budak tu.

Memanglah sedekah tu amalan mulia, tapi yang diorang ni tak de adab ape kes pulak. Jangan nak bela budak-budak tu, nak cakap "ala diorang budak-budak, takpe..biarlah..". Weh, sebab diorang ni budak-budak lah kita kene ajar. Selagi tak di ajar, sampai besar lah perangai tak tau malu camni.

Kalau korang baca post ni pastu nak komen aku kejam zalim tak berhati perut, fine..i don't care..aku bukan kedekut tanak kasi diorang duwet raye. Aku tak kesah pun lah kalau nak kasi diorang duwet tapi aku memang tak suka orang takde adab macam diorang ni.

Budak-budak yang memang jiran aku pun malu-malu nak datang raya. Nak kene parents diorang datang sekali baru diorang ikut.

Kalau korang pernah buat perangai camni masa kecik-kecik dulu, nanti bila dah ade anak, ajar lah anak tu nanti beradab. Ajar anak erti malu dan maruah. Cuba pikir, sebagai parents, suka ke tengok anak tu menebeng kat gate rumah orang mintak duwet?

Kalau ade adik-adik korang buat camni, cakap kat adik tu, jangan buat lagi dah perangai camni. Adik-adik tu masih kecik boleh dibentuk. Nanti diorang dah besar diorang akan tau ape itu erti 'malu'..

Aku jadi runsing pikir sikap budak-budak kecik zaman sekarang. Nanti 10 tahun akan datang, nak ke generasi kita membesar sebegini? Membesar tanpa ada perasaan malu, membesar dengan sikap meminta-minta.. Boleh ke nak jadi negara maju kalau mentaliti generasi muda macam ni? Dalam Islam pun takde diterapkan sikap meminta-minta tanpa adab ni.

Pikir-pikir kan lah...

p/s: tak pasal-pasal aku membebel post pasal raya neh..

Sunday, August 28, 2011

Goodbye Kim HeeChul..

Post sedih mengenai k-pop lagi....kalau tak minat k-pop tak yah baca..

Did you watch it? Inkigayo today?
Sepertimana yang fan k-pop semua tau Heenim nak masuk tentera 1st Sept ni. So today's Inkigayo was his last performance.

Sedih woh..sedih..
Tengok lah video clip di bawah, Teukie leader Super Junior kesedihan..pasti dia sangat sedih sekarang tinggal 9. Nanti macmana kalau dia nak pergi pulak next year..sedih..sedih..

 
Translation ucapan mereka: (Taken from sup3rjunior.com)

Leeteuk : “Thank you to everyone who has given us love. Heechul hyung is also leaving for the army soon, so thank you for giving us such a special gift.”

Heechul : “Today was my last performance. First of all, the people i want to thank you the most are our Super Junior members. I really thank you to my dongsaengs who always follow Hyung. And also my friend, our Jungsoo, despite the hard times, thank you for smiling always. To our manager Hyung & staffs thank you for enduring my bad temper (then talking about names from Inkigayo staff). Lastly I thank all our fans, and i cannot express my feelings that well,… I will come back!! Stay healthy.”

Monday, August 22, 2011

F.R.I.E.N.D.S



K.A.W.A.N

S.A.H.A.B.A.T

F.R.I.E.N.D.S
 
친구

أصدقاء


A word that can be written in many ways and in any language but gives the same meaning.
I love my friends...I miss you all..

Thursday, August 18, 2011

Berjaya!!! Yeah!!!

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia, Annyeong!! (eheh, nak jugak annyeong tu..hehehe)

Tujuan post kali ni adalah untuk bagitau satu dunia aku telah berjaya. Nak tau berjaya ape??

Aku berjaya.....
buat HEADER untuk blog ku...!!!!

Hehehehe..tengok atas tu..baru kan..walaupun aku tau belog ku ini huduh sahaja, tapi kejayaan membuat header ni membuatkan aku gembira.

Yang sebenarnye, kalau nak tau, aku ni agak ah buta IT...tapi terima kasih pada rakan blogger ku, cik Aida, pemilik blog Froggie..tutorial dia membantu aku membuat ini header..*sebelum ni aku pernah buat tapi tak jadi..kekekeke..agak bodoh disitu*..belog dia ade banyak tutorial tau, dipersilakan menjenguk..click sini..hehehehe..

Terima kasih cik Aida!!! Komawopta!!! *muah!!*

p/s: Boleh la aku try buat header untuk blog ku yang lagi satu tu..kihkihkih

Monday, August 15, 2011

Feeling New Zealand? Canada? or Korea?

I have a very long list of 'Places I Wanna Go'. New Zealand and Korea are included in the list! Tapikan, fulus mane nak carik?...Tsk..tsk..

I love my Nikon D3100. (Takde lah hebat macam Nikon D90 tu). Boleh la aku nak edit gambar kasi feeling New Zealand. Korea tak kot... Aku belum pro lagi edit-megedit neh...Hahahaha.






 Gambar last tu, tu bukan aku..tu kawan aku..betol tak tipu!! Aku tukang ambik gambar..
Agak-agak boleh teka tak kat mana aku tembak gambar-gambar ni? Hahahaha..Kat UPM je pun. Dua gambar last tu, sebenarnye tu kat ladang lembu UPM. Puahahahaha.