Saturday, November 19, 2011

Duit..oh Duit...$$$$$$$


Duit oh Duit...
Seronok kan kalau berdiri kat tengah padang, pastu hujan duit turun membasahi bumi..
Ohooooo...

Aku ade impian..
Aku nak duduk dalam bilik penuh dengan duit..
Lantai bilik tu penuh dengan duit..Fully covered with banknotes...
Meja, kerusi, almari juga penuh dengan duit...
Dan semua duit itu milik aku..
Whoaahoaaaa....Nak duit capai bawah buntut aje...
Seronok oh seronok....

Thursday, November 10, 2011

Menyepi seketika...

Oh lama sungguh tak bukak belog neh..melawat pun tak..berhabuk dah..(macamlah ade orang rindu kat blog aku neh..hahahhaa)

Sempena Hari Raya AidilAdha yang baru berlalu beberape hari lalu (juga sempena 6th years SJ Anniversary..ehehehe..gedik nak selit jugak), aku berazam nak kembali rajin mengupdate belog-belog ku.

Sekian..^_^

Saturday, October 15, 2011

HaePy Birthday Lee Donghae!!

(oh sungguh berzaman blog ini ditinggalkan..takde masa nak update..but today i have to post something..hehehehe)

Okay, just wanna mention about Lee Donghae again. Muahahaha.
Everybody knows Donghae is my bias in Super Junior. And today is his Birthday!!
Jagiya, saengil chukhahaeyo!!!

 Omona!!kyeopta!!

There's a moment when i feel like a stupid person wishing him a happy birthday but he won't give a damn when it is mine..well i don't care, i live in fantasy anyway..heh

Sunday, September 25, 2011

Ibarat menunggu khinzir terbang..akhirnya sampai jua...

Perasaan excited menunggu kehadiran album Super Junior semakin hilang hari demi hari sebab tak sampai-sampai.

Padahal aku 1st Batch yang order. Ade member tu order kat tempat lain, dia 3rd Batch yang order tapi dah berminggu-minggu dah dapat. Pastu dia dapat cover Donghae..Mana tak jelly kan...

Penantianku berakhir jua semalam. Sebenarnye album ni sampai rumah last Thursday tapi aku takde kat rumah. I was on vacation!! (Hahahaha, vacationlah sangat..). Maka semalam, elok-elok aje sampai rumah, bende pertama aku tanya kat adik, "Mana album kakak tu?"

Dan dia menhulurkan satu bungkusan besar..


Tapi aku tak bukak lagi, rumah jiran buat open house. Pergi isi perut dulu. Hehehe..

Lepas perut kenyang, aku pun bukak bungkusan itu dengan hati-hati. Nampak dah cover belakang, dup-dap-dup-dap nak reveal cover depan.

Dan....

Dan....


Itu dia terpampang wajah Donghae yang amat besar. Aku menjerit suka dan melompat gembira, "Yes!" "Yes!!!". Adik aku tiga orang budak lelaki tengok aksi aku gelak terbahak-bahak. Yang sorang tu cakap "Camni rupanya aksi fangirl yer.."

Ah, aku pedulikan aje adik-adik aku tu. Yang penting hati aku gembira.

Tapikan, poster tadek. Dealer itu cakap dia akan pos kemudian. Kenapakah? Aku sendiri kurang pasti...

Okeh, ni lah rentetan aksi aku membuka bungkusan berharga itu..

 sape tak seronok weh dapat cover bias dia..weeee~~~

 kerakusan langkah awal

 tapi masih lagi bukak dengan berhati-hati

 sabar aje mengoyakkan plastik itu..

oh berjaya juga akhirnya...

lepas bukak, tu part siwon aku tutup..tak rela tengok aurat dia..hahahaha

 the album comes with three card..everybody will get randomly..but I want Donghae's!!

album yang sangat besar bersama CD yang seciput aje..sebelah kanan tu ade pocket isi gambar-gambar mereka..

inilah gambar-gambar yang ade dalam pocket itu...

semalam aku sangat hepi okeh..sangat hepi tatap itu cover Donghae..hehehehe

Thursday, September 15, 2011

Permohonan ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012

Cik Izzie tengah tolong isikan borang adik ni, so I wanna share with you guys. Kepada sesape yang ade adik ataupun sedara mara yang nak masuk tingkatan 4 next year, boleh la remind mereka pasal ni.

Okay, kepada yang tak tau, permohonan untuk masuk Form 4 SBP dah dibuka 1 Sept lepas. Tarikh tutup pada 15 Oktober 2011. Maka sape yang belum isi, isilah cepat.

Kalau nak tau aliran ape yag ditawarkan untuk Sekolah Berasrama Penuh ni, boleh la kilik sini.

Dan kalau nak jenguk-jenguk list SBP yang wujud dan aliran yang ditawarkan untuk setiap SBP, boleh la klik sini pulak. Sekarang ni baru aku tau boleh pilih nak masuk SBP mana. Dulu zaman aku mana boleh pilih, nasib la dia hantar memana.

Dan untuk memohon, kliklah disini.

Senang saje nak apply, isikan no kad pengenalan dan angka giliran. Free of charge, tak perlu bayar ape-ape.

p/s: duduk asrama best tau..