Sunday, February 5, 2012

Contact lens

Bekalan mata palsu aku..


Hamik sekali banyak aku borong. Ade promotion buy 3 free 1. Kalau takde promotion jangan harap aku nak borong banyak macam ni.

Bercakap pasal contact lens, ada orang pernah tanya aku, 'selamat ke pakai contact lens?'

Okeh jawapannya : 'Sangat selamat selagi anda tahu batasan pemakaiannya'
Muehehehe, ade nampak intelek tak jawapan aku?

Sebagai seorang pengguna contact lens yang dah bertahun-tahun, dan juga sebagai seorang pelajar sains yang dah naik muntah dengan sains ni, aku nak kasi nasihat pada pengguna contact lens.

1. JANGAN sesekali BAWAK TIDUR MALAM. Kalau boleh TIDUR SIANG pun JANGAN walaupun takat sejam. Sebab boleh meningkatkan risiko mata kene infection. Belum masuk lagi risiko mata letih dan kering dan akhirnya menyebabkan selaput lens tu melekat dekat mata.

2. Kalau bangun pagi tengok mata merah, ade ketumbit atau tembel atau whatever la kepelikan kat mata tu, JANGAN sesekali gatal pakai contact lens.

3. Selagi kita ni manusia yang hidup, memang mata kita naturally lembab dan berair. TETAPI tak semua orang ade tahap kelembapan yang sama. Ade orang mata cepat kering, so stand by EYE DROP dalam bag just in case. Tapi bukan sebarangan eyedrop ye tuan-tuan puan-puan. Guna eyedrop yang compatible with contact lens dan diakui selamat oleh optometrist.

4. Discard your lens after a month. JANGAN la pegi guna lens tu sampai lebih sebulan atas alasan sayang duit nak beli yang baru. Sayang DUIT ke sayang MATA?? Nak mata kene infection?

5. Sama juga dengan solution untuk cuci lens tu. Discard it after 3 moths of opening. Walaupun ade lagi separuh botol solution tu, buanglah bila dah capai umur 3 bulan. Memanglah macam membazir kan, but this is eyes we are talking about. Anugerah tuhan yang sangat berharga.

6. JANGAN BELI brand sebarangan. Lately kat pasar malam belambak jual lens berwarna. Murah-murah siot. Sebabnye, brand yang kat pasar malam ni selalunye tak dapat kelulusan pun. Berani ke nak guna? Kalau ape-ape jadi kat mata tak boleh nak salahkan sesape tau. KKM pun tak boleh nak salahkan sebab dia tak bagi kelulusan tapi yang pegi gatal-gatal pakai sape suruh kan..

7. JANGAN pakai kat tempat-tempat yang tak sepatutnye. Seperti pergi SWIMMING, dan BARBEQUE session.

8. Sekali sekala, rehatkanlah mata anda dari pakai lens. Pakailah spek sekali sekala kasi mata tu bernafas.

Maka, berakhirlah nasihat sedikit sebanyak dari aku, bukan optometrist tapi pengguna contact lens yang setia.

Saturday, January 28, 2012

Simple but meaningful..

"The antidote for fifty enemies is one friend." - Aristotle 

“And in the end, it’s not the years in your life that count. It’s the life in your years.” – Abraham Lincoln

"Many of life's failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up" - Thomas Edison 

"The clock is running. Make the most of today. Time waits for no man. Yesterday is history. Tomorrow is a mystery. Today is a gift. That's why it is called the present." - Alice Morse Earle 

“Conduct yourself in this world as if you are here to stay forever, and yet prepare for eternity as if you are to die tomorrow.” - Prophet Muhammad S.A.W



p/s: I was really bored right now. Semua site sumber aku mendownload sekarang tak active. All because of that nonsense SOPA, PIPA and ACTA. Buntu aku macam ni.

Sunday, January 15, 2012

Being the youngest is surely fun

Kerana aku MERAJUK dengan K-pop, aku TAK AKAN post ape-ape pasal K-pop for the meantime. Mungkin sebulan, dua bulan atau setahun rajukan ku ini?

Ah, forget about it. Tujuan post ini saje nak cerita about my lab life as being the youngest Malay girl there. Bwahahaha..

Ade sebenarnye yang lagi muda dari aku, tapi Chinese boy lah. Chinese girl pun ade kot. Sorang dua.

Last week, tak ingat hari ape, ayah ku pakai kereta. So I takde transport, kenelah duduk lab tu sorang-sorang. Kakak-kakak kat lab tak datang pulak, cafe pulak tutup. Memang rasa nak mati kebusanan plus perut yang sangat lapar. Dari pagi sampai petang hanya minum plain water aje...tsk..tsk..

Tapi petang tu, sorang kakak lab muncul. Dia run experimant sket pastu balik. Tapi sempat la aku menggedik mengadu nasib hari ini kelaparan. Hehehehe. mengada kan?

Surprisingly, esok pagi aku sampai lab, ade makanan atas meja aku. Wohoooo!!!! Kakak lab datang pagi-pagi pastu tinggalkan makanan atas meja aku. Panas lagi tu! Perfect timing sebab aku tak breakfast pun. Ngap-ngap-ngap cepat aku habiskan makanan itu..

Datang-datang lab aje makanan!!

Dah separuh aku makan baru terasa nak amik gambar..hahahaha

Sedap wooo!!!
Love u Kak Han! ^_^

Saturday, January 7, 2012

Lifeless..

Trying to fake a laugh...
Trying to fake a smile..
Trying to give good response when someone crack a joke..
Trying everything just to make myself happy..
Put on a cheerful face but living with a heart crying out loud..
Why do I have to feel like this??
I don't like this..
Why this is happening??
Why??
Anybody out there, please save me from this painful feeling..

Just so you know, I meant both; reality and fantasy.

Monday, January 2, 2012

postpone azam

Perbualan antara aku dan kawanku pasal azam 2012...

Kawan: "Apa azam ko untuk 2012?"

Aku: "Aku takde azam untuk new year sebab aku ni kan unpredictable. Bila aku nak berazam tu aku berazam la. Tak perlu tunggu new year"

Kawan: "Ape azam kau tu?"

Aku: "Banyak kot..Malu plak nak bagitau kau"

Kawan: "Ala bagitau satu je. Yang rasa boleh kongsi dengan orang"

Aku: "Ermmm, aku berazam tanak jadi boros. Nak berjimat cermat. Nak kumpul duit. Untuk ape ek? Untuk kawen kot..kahkahkah"

Kawan: "Aku rasa kau kene tambah satu lagi azam la"

Aku: "Ape?"

Kawan: "Kau kene azam untuk lupakan Super Junior, tinggalkan Donghae"

Nada kawan itu sangat serius. Aku pulak terkedu seketika. Kemudian aku gelak.

Aku: "Azam yang tu aku rasa macam postpone 2013 ah. Belum bersedia nak melupakan.."

Kemudian kami sama-sama ketawa.

Kesimpulan: Macam tak mungkin je aku dapat lupakan minat aku yang satu neh..pernah sekali aku berusaha tanak bukak fansite, tanak stalk twitter, tanak tau ape-ape pasal encik Donghae tu, tapi hanya bertahan dua hari aje..haih.....