Friday, July 27, 2012

Berkongsi pengalaman

Perbualan di suatu hari...

Kawan: "Bila nak cerita ni pengalaman jalan-jalan Aussie ni?"
Aku: "Nantilah aku cerita kat blog"
Kawan: "Blah la kau. Dulu kata nak cerita kisah sesat kat Singapore. Sampai sekarang habuk pun tadek"
Aku: "Hahahaha. Aku busy ah. Lupa"

Nampak tak disitu aku seorang blogger yang pemalas?? Kahkahkah. Tapi mengikut kata kawan ku, daripada buat post merapu pasal Donghae, lagi baik tulis post menceritakan pengalaman hidup. *Selepuk kene batang hidung..hahahaha*

Ok2, nanti aku cerita kisah sesat kat Singapore tu. Mane tau dapat membantu mereka yang nak jalan-jalan sana nanti..kan?kan?

Monday, July 23, 2012

Misi Ramadhan

Alhamdulillah, Cik Izzie telah selamat pulang ke bumi Malaysia selepas beberapa hari bercuti di bumi Aussie.

Menyambut kehadiran Ramadhan di bumi Aussie dan bersahur atas plane bertemankan langit biru adalah satu pengalaman baru. Boleh la nanti buat bekalan cerita kat anak cucu. Hehe. Banyak cerita boleh dikongsi selama percutian ku tapi nantilah aku buat post baru.

Beramal ibadah dalam bulan Ramadhan ini haruslah demi meng-cover semua segala dosa-dosa ku yang banyak menggunung itu. Tapi untuk kali ni, aku tambah lagi satu misi, iaitu tambah berat badan. Muehehehe. Serius sekarang aku dah jadi underweight.

Mungkinkah sebab pergi bercuti musim winter? Entah, aku pun tak pasti. Tapi memang berat aku mendadak turun. Bahaya underweight ni, boleh mengundang penyakit lain.

That's Me!




Okay kawan-kawan.. selamat menyambut Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah di bulan yang mulia ini. ^_^

Friday, July 6, 2012

Bertunang....

Mungkinkah cik Izzie akan bertunang tak lama lagi?

Jeng..Jeng..Jeng..

Being the only daughter in the family, haruslah sentiasa didesak untuk cepat-cepat menamatkan zaman bujang.

Beberapa hari lalu, pada waktu senja, aku pulang ke rumah. I was damn tired, tetapi ibuku tiba-tiba menghulurkan sesuatu kepada ku.

"Ni baju raya dah siap.." kata ibuku.
"Ehehehe..tenkiu..." aku jawab dan meletakkan barang itu di tepi sofa. Malam nanti lah aku try tengok tailor jahit okay ke tak.
Tiba-tiba ibuku menyambung "Ade dua baju tu, satu tu buat baju tunang"
"Eh???!!!!!" buntang mataku dengan statement ibuku..

Oh-uh.. Apakah??

Tapi baju itu serius cantik. Kasi touch-up sikit dah boleh jadi baju pengantin.

Aku bertunang? Tapi dengan sape?? Entah bila pun aku tak tau...

Oh my future husband, tolong muncul cepat sikit dalam hidupku, my parents dah bising-bising dah ni..

Tuesday, July 3, 2012

Sudah pulih

Cik Izzie sangat gembira hari ni.

Sebab...

Lappy kesayangan cik Izzie, yang dah bertahun setia bersama cik Izzie, dah pulih semula!!!

Muehehehehehe..

Cik izzie ni seorang yang suka online. Memang hantu internet. Sebab tu bila lappy crashed down beberape hari lalu, rasa macam gundah gulana.

Sekarang lappy dah elok, cik Izzie akan rajin mengupdet. Eh, harap-harap la begitu ea..hehehehe

Yeaaahaaaaa~~~~~~


Thursday, May 31, 2012

Bodoh

(just so u know, i'm sick today and mood jiwang tetiba muncul..)

It has been a year, ALMOST a year since i knew he dated someone else..heh..

Mengingati seseorang yang langsung tak peduli pada kita adalah satu tindakan kurang bijak. Agak BODOH yer tindakan sebegini. Sila jangan lakukan.

"Dear My Future Husband, whoever it is, where are you?? What are you doing right now?"