Monday, July 23, 2012

Misi Ramadhan

Alhamdulillah, Cik Izzie telah selamat pulang ke bumi Malaysia selepas beberapa hari bercuti di bumi Aussie.

Menyambut kehadiran Ramadhan di bumi Aussie dan bersahur atas plane bertemankan langit biru adalah satu pengalaman baru. Boleh la nanti buat bekalan cerita kat anak cucu. Hehe. Banyak cerita boleh dikongsi selama percutian ku tapi nantilah aku buat post baru.

Beramal ibadah dalam bulan Ramadhan ini haruslah demi meng-cover semua segala dosa-dosa ku yang banyak menggunung itu. Tapi untuk kali ni, aku tambah lagi satu misi, iaitu tambah berat badan. Muehehehe. Serius sekarang aku dah jadi underweight.

Mungkinkah sebab pergi bercuti musim winter? Entah, aku pun tak pasti. Tapi memang berat aku mendadak turun. Bahaya underweight ni, boleh mengundang penyakit lain.

That's Me!




Okay kawan-kawan.. selamat menyambut Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah di bulan yang mulia ini. ^_^

Friday, July 6, 2012

Bertunang....

Mungkinkah cik Izzie akan bertunang tak lama lagi?

Jeng..Jeng..Jeng..

Being the only daughter in the family, haruslah sentiasa didesak untuk cepat-cepat menamatkan zaman bujang.

Beberapa hari lalu, pada waktu senja, aku pulang ke rumah. I was damn tired, tetapi ibuku tiba-tiba menghulurkan sesuatu kepada ku.

"Ni baju raya dah siap.." kata ibuku.
"Ehehehe..tenkiu..." aku jawab dan meletakkan barang itu di tepi sofa. Malam nanti lah aku try tengok tailor jahit okay ke tak.
Tiba-tiba ibuku menyambung "Ade dua baju tu, satu tu buat baju tunang"
"Eh???!!!!!" buntang mataku dengan statement ibuku..

Oh-uh.. Apakah??

Tapi baju itu serius cantik. Kasi touch-up sikit dah boleh jadi baju pengantin.

Aku bertunang? Tapi dengan sape?? Entah bila pun aku tak tau...

Oh my future husband, tolong muncul cepat sikit dalam hidupku, my parents dah bising-bising dah ni..

Tuesday, July 3, 2012

Sudah pulih

Cik Izzie sangat gembira hari ni.

Sebab...

Lappy kesayangan cik Izzie, yang dah bertahun setia bersama cik Izzie, dah pulih semula!!!

Muehehehehehe..

Cik izzie ni seorang yang suka online. Memang hantu internet. Sebab tu bila lappy crashed down beberape hari lalu, rasa macam gundah gulana.

Sekarang lappy dah elok, cik Izzie akan rajin mengupdet. Eh, harap-harap la begitu ea..hehehehe

Yeaaahaaaaa~~~~~~


Thursday, May 31, 2012

Bodoh

(just so u know, i'm sick today and mood jiwang tetiba muncul..)

It has been a year, ALMOST a year since i knew he dated someone else..heh..

Mengingati seseorang yang langsung tak peduli pada kita adalah satu tindakan kurang bijak. Agak BODOH yer tindakan sebegini. Sila jangan lakukan.

"Dear My Future Husband, whoever it is, where are you?? What are you doing right now?"


Wednesday, April 11, 2012

Suatu kewajipan

Azam bulan April: Tak nak biarkan blog berhabuk. Heh

Suatu petang, adikku bertanya padaku, "Kakak, kakak pakai tudung tak panas ke?"
Aku agak terkejut dengan soalan sebegitu. Aku pun jawab "Nak jawapan hypocrite atau pun honest punya jawapan?"
Adik pulak jawab, "Dedua.."
Maka jawapan aku "Kalau jawapan hypocrite: Takdelah, tak panas. Dah biasa dah. Kalau jawapan jujur: Memanglah dah biasa pakai dari kecik tapi PANAS GILA kot. Dahla Malaysia ni panas sepanajgn tahun, kot cuaca sejuk je takpe ah"
Adik seperti terdiam dengan jawapan aku, kemudian tanya lagi "Kalau panas, kenape kakak pakai?"
Dengan nada berseloroh aku jawab "Kakak ni dah cukup banyak dosa dah, kang tambah dosa lagi terus masuk neraka.."
Dan aku dan adikku ketawa.

Jawapan jujur aku, 'Ya, pakai tudung kat Malaysia sangat panas'.

Tapi, sebagai orang Islam, itu adalah satu kewajipan. Aku teringat, ade orang pernah nasihat aku, serius aku tak ingat siapa but I remember the piece of advice really well:

"Kita ni manusia biasa, takkan lari dari melakukan dosa. Setiap hari kita hidup bersahaja, tak sedar akan segala dosa kecil kita buat, seperti dosa mata (tengok bende-bende tak sepatutnye), dosa mulut (mengutuk mengata mengumpat), dosa telinga (dengar orang-orang mengumpat), dan banyak lagi dosa kecil. Tapi tak bermaksud kita tak perlu berusaha untuk elakkan diri dari terus melakukan dosa. Usaha yang paling senang dan paling asas sebagai seorang muslim, jagalah Solat dan tutuplah aurat. "

Ade satu pendapat yang ingin aku kongsi.

Isu orang menutup aurat dengan yang tidak menutup aurat. I'm focusing tutup aurat among women. Selalu kita akan dengar phrase ini dari mulut orang:

'Si polan ni tak pakai tudung pun, dai takdelah baik sangat'

'Ala dia tu pakai je tudung labuh, tapi perangai teruk. Suka mengata orang'

Selalu kan dengar orang cakap seperti ini?? Aku pun tak terkecuali. Suatu ketika dulu, when I'm still not matured enough, masih belum mengenali dunia luar, I always jump to these kind of conclusions.

Tapi sebenarnya kita tak boleh terus judge orang macam ni. Yes, it is true "Don't judge a book by its cover" but if you are a negative minded person, better don't judge at all. 

Aku ade ramai kawan tak pakai tudung, but all of them are nice person. Very nice. Tetapi, menutup aurat itu tetap satu kewajipan. Orang yang tak pakai tudung, tu dosa antara dia dengan tuhan, kita ni yang pakai tudung, jangan fikir kita takde dosa lain. Sempurnakah tudung kita? Sempurnakah batasan pergaulan kita?  Tak boleh terus pikir kita yang pakai tudung ni jauh lebih baik dari mereka.

Kenape aku cakap begitu? Sebab 'Hidayah' Allah ni satu keajaiban. Tak kira masa, tak kira siapa, tak kira tempat.

Hidayah Allah boleh meruubah seorang yang perangai jahat jadi baik, seorang yang suka mengata jadi lebih pendiam, seorang yang tidak menutup aurat tutup auratnya, seorang yang sering tinggalkan solat akan solat pada waktunya.

Semua manusia atas muka bumi ni makhluk Allah, Muslim atau non-Muslim, warak atau tidak, lelaki atau perempun, tua atau muda, semuanya tak mustahil untuk dapat Hidayah Allah.

Sebelum nak end post ni, aku nak bagitau, aku memang tak bermaksud nak perli sesiapa. No offence intended. Aku sendiri bukannya baik sangat. Aku bukannya warak. Aku hanyalah gadis biasa, pakai tudung biasa dan sering berseluar Jeans, bukan gadis Muslimah bertudang sempurna dan berjubah. Dan juga sering mengabadikan diri pada dunia Korea. Layan Kpop tak habis-habis. Siap pergi konsert lagi. Sesungguhnya aku insan banyak kekurangan dan tak sempurna.

Pandangan ni adalah ikhlas, from my point of view.


(Jika ape yang aku cakap salah, tak betul, terpesong dari Syariah, dipersilakan menegur.)