Thursday, August 22, 2013

Untung peminat Running Man sekarang

Assalamualaikum, selamat sejahtera, salam Korea.
Ceh salam Korea konon. (nak buat post pasal Korea gedik-gedik la salam Korea)

Siapa suka tengok Running Man? Ramai orang aku tau dia bukan peminat cerita/lagu Korea tapi suka layan Running Man.

gambar sumber ihsan pakcik google 

Sekarang ni peminat Running Man untung. Untung sebab cepat giler English sub released. Hari ni tayang kat Korea esok dah boleh tengok dengan Eng Sub. Terima kasih pada kshownow. *clap clap*

Kalau dulu, masa awal-awal tayangan  Running Man ni, giler susah nak dapat sub. Eh tak susah sebenarnye, ade fansub dia tapi kemain lama nak tunggu sub release. Kalau episode tu takde guest yang best/famous, tunggu lah sebulan baru keluar sub.

Alkisah aku mengenali Running Man..
Aku start berjinak-jinak dengan Running Man masa episode 4-5. Sebab guest dia Nickhun 2pm.*gedik sekejap*. Jessica SNSD tu aku tak kisah pun.
Gigih aku cari video dengan eng sub untuk dua episode tu, dah puas mencari akhirnya ketemu dengan isubs. isubs ni dulu fansub untuk rancangan Family Outing. *Family Outing pun best untuk dilayan*. Terima kasih isubs kerana dikala awal kemunculan Running Man, kshownow langsung tak pandang sebelah mata, tapi dikau setia menge-sub setiap epsiode dengan jayanya.
Paling aku ingat masa guest Running Man tu TVXQ, entah episode 27 ke 28 aku tak ingat. Tapi seminggu je dah keluar sub. Kalau episode lain dua minggu belum tentu keluar.

Tapi semenjak 6 orang gadis SNSD jadi guest, kshownow mula lah projek menge-sub rancangan ni. laju pulak tu. maka ramai dari isubs mula beralih ke kshownow.

Kesian isubs mula dilupakan. Tapi kalau ikutkan, kshownow sub laju tapi isubs punya subs lagi berkualiti. Silalah bandingkan sendiri kalau tak percaya cakap aku. Heh.

Tapi sekarang Running Man dah tak best macam dulu. Ade certain episode je aku rasa best sekarang ni. Aku je la kot rasa macam tu.

Dah itu je motif post kali ni. Cakap pasal Running Man. Aku ni sebenarnye bosan tak dapat tidur. Muehehe
Peace ^_^

Friday, August 2, 2013

I'm still alive guys..

Yup! Me still alive.
When was my last post? berabad yang lalu (oh itu over). Ade la lebih kurang 4 bulan menyepi.

Yang sebenarnye aku super busy. Busy yang teramat sangat. Writing tesis ni bukan senang. tak sama dengan write report FYP.

Sape yang nak sambung belajar tu, lagi-lagi bidang research, nak tips? meh sini tanya aku. I'm very happy to give you tons of advices.

Sekarang, aku sedang stress macam ni ha..


Gambar sumber ihsan google

Jadi ape berita aku selama 4 bulan menyepi?

1. Tesis hampir siap. (Oh ini paling penting.)
2. Masih lagi peminat tegar Lee Donghae. (Ini pun penting juga. BWAHAHA)
3. Dah ade akaun instagram (HAHA. tak ghoti den mulo-mulo guno bondo alah ni)

apo laie? oh ye hampir terlupa. Selama empat bulan tak jenguk blog, rupanya ade ramai jugak comment post pasal 'Status Halal Sushi Kin'. Agak lah lama dah post tu, tapi terima kasih la menyuarakan pendapat anda.

Nantikan post aku pasal TGI Friday pulak. Nanti tu maksudnya lambat lagi lah kot. HEHEHE

Ok Assalamualaikum,
Peace ^_^

Saturday, March 30, 2013

I miss..... my wall

Bila nak habis tulis tesis ni? Bila? When? Mataa? Eonje??
Look what happen to my wall..


I miss my clean innocent wall.
I want my wall back.

Semuga Allah permudahkan urusan ku menyiapkan master ku ini

Friday, March 29, 2013

Fesyen tudung belit belit

Suatu ketika aku terdengar perbualan sekumpulan lelaki mengumpat bercakap pasal sekumpulan perempuan yang tidak jauh dari mereka.

*What am i there ? invisible? ceh*

Kata-kata mereka:

"Aku tak paham fesyen perempuan sekarang ni. Diorang ni ingat cantik sangat la belit-belit tudung tu"

"Warna tak matching pulak"

"Dah macam orang gila"

oh em ji seriously these boys. nasib baik aku pakai tudung bawal aje time tu. hahaha.


Thursday, March 28, 2013

Enlighten Me

Can anybody please tell me if there is a line between:

1) Pride & Ego

2) Being Shy & A Fool

Pokerface wasn't my thing. Seriously. I just don't know how to react.