Thursday, April 28, 2011

Telah menyepi untuk seketika..

Wah! Aku menyepikan diri 2 minggu sudah...Rindu nye nak membaca blog kawan-kawan..hehehe..

Sebenarnye aku nak bagitau aku sangat sedih..sedih woh!!!
sebabnye...
sebab...
  1. Prince William mau kawen suda..Esok weh hari bahagia dia..Untung nye Kate itu. Dapat anak raja. Heir to the throne tu. Tapi takde ah sedih sangat.Out of reach kot..hahahaha
  2. Ashrap Muslim sudah bertunang!!!..Ni lagi paling-paling sedih..dapat aje berita ni kat aku, frust menonggeng cam ayam berak kapur. Arghh!!! Melepas weh, memang melepas. Hahahaha. Tapi tunang dia comel. Siap pakai tudung tutup aurat lagi tu. Semuga mereka selamat berkahwin 30 Ogos nanti dan berkekalan yer. 
Sedih woh..sedih...sob..sob...




p/s: Mokalau retis Korea pujaan hati aku gatal announce pasal hubungan dia..bertambah sedih aku..tsk..tsk...

Wednesday, April 13, 2011

Treat during heavy rain

Semenjak dua menjak tiga menjak ni, kawasan Serdang-Kajang-Bangi sering dilanda hujan pada waktu petang. Tapi mane boleh mengeluh bila hujan, hujan kat rahmat tuhan..hehehe..

Alkisahnye, petang tadi. I nak jumpa big boss. Big boss ku dah naik pangkat. Sangat seksa nak ketemu beliau. Hidup dia penuh dengan meeting. Tunggu punya tunggu dia takdek jua kat office, so I assume meeting dia habis lambat, I pun pergi la ke surau. Lepas solat plan nak carik makan untuk di lahap.

Elok-elok je lepas solat, hujan turun mencurah-curah ke ladang gandum! Sejuk gila seyh! Maka aku pun stuck la kat surau tu. Camne aku nak balik? Kete aku parking agak jauh dan memandangkan hujan terlampau lebat, tak dapat de aku nak redah.

Tapi perut ku berbunyik-bunyik mintak diisi. Saat tu aku terpikir bubur ayam McD. Mula lah aku kepingin. Macam tak pernah makan. Duk bayang ngup-ngap makanan McD. Oleh kerana aku ni ting-tong jua, aku nekad nak redah hujan menuju ke kereta. Oleh kerana aku takdek payung, aku gunakan Lappy aku ni tutup kepala. Di ulang, aku gunakan Lappy kesayangan aku nih.

Agak bongok jua aku ni gunakan Lappy sebagai shield. Hahaha. Sorrylah Lappy, aku kepingin McD time tu, tak terpikir pulak pasal ko. Bila dah berjaya masuk kereta, baru aku perasan, baju ku habis basah bersama Lappy ini. Bongok kan?

Sampai di McD, aku order hajat di hati. Kebetulan kat situ ade Wi Fi, aku pun try la on Lappy nak online. Nak check jugak la Lappy aku ni still okay atau pun dah sakit kene hujan tadi. Alhamdulillah, dia masih berfungsi dengan sempurna. Tarik napas lega. Phew~~


Maka, aku pun melepaklah di McD itu seorang diri menunggu hujan reda. Sekian~~~

Friday, March 25, 2011

Akibat menangguh kerja

Kenapa suka tangguh kerje? Sebab malas..Kenapa malas?? Sebab malas lah..oh tak, bukan..sebab setan hasut jangan rajin..Hahahahha..Semua salah setan, diri sendiri tak salah..*I'm talking nonsense*

I have an advice here.. Jangan tangguh kerja.. Selagi takde perkara yang menghalang, buatlah sampai habis. jangan jadikan 'Malas' sebagai alasan.

Ni lah hasilnya bila tangguh kerje, pastu kelam kabut siapkan..bila dah siap, sendirik kasi thumbs down lah kat kerje sendiri..kan dah kene redo half of the work..kan sendiri dah susah....



hamik, correction merah sana sini...serves myself right..huahuahua~~~

Sunday, March 20, 2011

To Penang with Love

Last week I went to Penang.. A journey to Penang with love. hehehehe.Bertolak hari Khamis balik hari Ahad. Tu je masa free yang dapat aku curik.

4 hari di Penang sangat seronok. I finally get to meet my friends I've been longing to see!! To my dear Madihah, thanks kasi I tumpang bilik you. hehehe. Walaupun sekejap je jumpa my darling Jeep and Ada, dapat la jugak makan Nasi Padkapau bersama. Menyembang bende bohong bersama, tengok Running Man bersama dan tidur bersama. Waaa~~~ Tak puas kita ketemu!

 Dinner bersama Madihah, Jeep, Ada dan kawan2 Jeep&Ada

'Ikan' yang lazat..puahahahaha

Sama juga dengan Kemal, jumpa sekejap je. Dapat la makan bersama kat Old Town sampai kenyang nak mampus. hahahaha. Bingle bingle kejap kat Queensbay bersama. Ape bende ek yang kita sembang kan masa kat Old Town tu? Daku sudah lupa..hehehehe..

Ramai jugak kawan-kawan kat USM dulu aku jumpa  time tu. Classmate ku (yang pempuan je lah) jumpa dan berborak berejam-jam. Merapu meraban bersama Yana kat bilik dia, siap dia buatkan air kopi lagi..kekekeke~~

 DTSP yang tak habih-habih renovation nyer

Junior ku merangkap ex-rumet ku juga aku lawat sat. Tengok dia tengah merana buat report FYP, aku gelakkan dia..hahaha..aku memang kejam.

Kepada Madihah, kamulah paling lama daku bersama sepanjang pergi Penang hari tu, Tapi 4 hari mana cukup ma. Banyak bende nak disembangkan tapi masa mencemburui kita (ceewah~~~ayat aku takleh blah) Tak sempat nak buat semua kerje tak berfaedah yang aku plan. Waaaa~~ InsyaAllah ade jodoh kita jumpa lagi yer.

Pulang dari bingle bingle di Queensbay

Desa Tekun diwaktu malam

Kawan-kawan, next time kita wat reunion lagi yer. Pajama Party next time mesti berjalan dengan lancar..hehehehe..oh ye, next time Fatin perlu ade sekali..

p/s:
1. Harapan untuk ketemu anak uncle Maju Jaya dengan Putera Belang tak kesampaian..sob..sob..sob..
2. Juga kepada Jeep dan Kemal, Happy Convocation..semuga korang dapat kerje cepat..Amiinnn..
3. Jeep ku sayang, Selamat Hari Jadi yang ke-22..!!!

Wednesday, March 16, 2011

Malas vs Rajin

Kebengongan yang melampau membuatkan aku tetiba nak merapu kat sini.

Semenjak dua menjak tiga menjak ni, aku sangat-sangat lah malas. Lagi-lagi lepas submit 1st draft proposal (1st draft je pon) aku menjadi semakin malas. Padahal belambak kot part nak kene betulkan. Kalau bab buat kerje ni, susah betul Encik Rajin nak munculkan diri. Encik Malas aje yang sentiasa disisi. Aigooo...

Tapi bila buat kerja tak berfaedah, seperti merapu, menyembang bohong, merepek meraban (contohnya seperti blog ini) memang rajin sungguh lah aku. Encik Rajin pulak setia disisi time wat keje tak berfaedah ni. Hahahahah..

p/s: tetiba pulak kelas tadi ade assignment baru muncul. Haish....