Friday, September 14, 2012

Status Sushi-kin dan Sakae Sushi

Siapa gemarkan makanan Jepun? Pernah tak jumpa restoran Jepun yang ade logo Halal?

Sushi king dan Sakae Sushi antara franchise restoran Jepun yang popular kat Malaysia ni. Ade yang yakin makanan kat situ Halal, ade yang ragu-ragu dan ade yang yakin Tak Halal.

Dulu aku gemar pergi Sushi King, siap buat member card lagi. Dulu aku langsung tidak ambil tahu tentang Mirin dan Teriyaki Sauce. Aku anggap restoran itu Halal sebab ramai orang Melayu Islam bekerja kat situ. Tapi bila aku dapat tahu isu Mirin dan Teriyaki Sauce ni, aku terus stop pergi Sushi King. Sakae Sushi juga aku tak berani nak jejak. Sebab timbul sedikit keraguan.

Tapi masih ramai juga orang Islam makan kat situ. I was wondering, boleh makan ke tempat tu?. So I decided to figure it out myself.

So nak tau status kedua-dua restoran tersebut? Both are not certified Halal. Walaupun takde halal, both restaurants are pork-free, chicken and meat are Halal certified. And for Sushi King, alcoholic drink are no longer served there.

Aku sendiri yang tanya pihak Sakae Sushi dan Sushi King. Nah bukti.

From Sakae Sushi

From Sushi King

TETAPI takde logo Halal Jakim tak bermaksud Haram. Kan? Takde logo Jakim tak bermaksud tak boleh makan. Kalau macam tu jangan beli makanan kat pasar malam kalau obses sangat dengan logo. Kan? Lagi elok kalau kita sendiri kaji selidik dan buat la keputusan sendiri.

Okay berbalik pada Sushi, ramai yang assume nasi sushi adalah nasi biasa aje. Sebenarnye, kalau sushi asli, mereka gunakan Mirin untuk digaulkan dengan nasi tersebut. Mirin ni is a type of Japanese alcoholic condiment which is obviously haram disisi Islam. Sama macam celup steak dalam wine. Haram.

Setelah aku selidik, Sakae Sushi dan Sushi King dedua franchise ni tak letak Mirin. Mereka sendiri dah kata begitu. Jadi boleh la makan nasi sushi mereka. Yay! Tepuk tangan.. Hehehehe.. Sebenarnye kalau tak letak Mirin pun takpe, ade cara lain. Ade Sushi Seasoning yang tak melibatkan Mirin, cuma the originality of the taste lari sikit lah kot.

So keraguan nasi sushi dah diperjelaskan, masih lagi ade satu keraguan iaitu Teriyaki Sauce. Teriyaki Sauce ni banyak cara nak menghasilkannya. Ade orang letak Sake, ade letak Mirin sikit, kalau omputih ade yang letak wine, ade juga yang tak perlu nak letak bende-bende haram ni. Motif letak bende-bende ni aku tak pasti. Nak bagi lebih perisa kah? For preservative purpose kah? I really don't know. Meollayo....

Kalau pergi kat pasar raya, Giant ke Jusco ke Tesco ke, pergi kat section botol-botol sauce tu, tengok ingredients Teriyaki Sauce. Mesti ade Sake. Ini yang membuatkan aku ragu-ragu.

Dan setelah aku selidik sendiri, baru lah aku tahu pihak Sakae Sushi dan Sushi King tidak mencampurkan Sake dalam Teriyaki Sauce mereka. Phew..

From Sakae Sushi

From Sushi King

Okay segala keraguan dah diperjelaskan. Tapi kalau masih ragu-ragu tapi kepingin jugak nak makan makanan Jepun, apa kata buat sendiri aje. Tak susah pun. Teriyaki Sauce tu boleh buat sendiri. And Sushi Rice tu tak perlu gaul dengan Mirin. Pakai alternatif lain. Kat Jusco ade jual Sushi Seasoning yang ada logo halal, Jakim lagi tu. Dan Teriyaki Sauce pun sebenarnye ade yang halal. Jenama 'Prima Agri Product'. Kene pandai carik, mesti jumpa.

Kalau tak pun, tunggu aje Sushi King dan Sakae Sushi ni dapat sijil Halal. Mereka pun dalam progress obtaining Halal certification.

I'm just sharing with you about this. So now it's your call, your verdict.
Peace ^_^


Tuesday, September 4, 2012

Aussie trip: Sydney part 3

Last day to spend in Sydney. Esok dah nak bergerak ke Melbourne.

Pagi tu kami kemas packing barang untuk ke Melbourne tapi Ema pergi airport hantar namja-chingu tersayang dia si Nuar tu dulu.

Tengah hari baru kami keluar. Melawat University of Sydney. Weehoooo, bangunan cantik-cantik ma.

Ini kawan saya, nama dia Ema

School of Physics. Kagum aku dengan pintu gerbang dia.
 
Boleh golek-golek hindustan

Kemudian, dari Uni Syd Ema bawak pergi Sydney Opera House. Kali ni aku lost sense of direction. Aku hanya ikut sahaja langkah Ema. Tengah jalan-jalan tu tetiba rasa lapar. Nasib baik jumpa Subway.

Sebelum tu aku tertanya-tanya juga Subway kat Aussie ni boleh makan ke? Maka Mel (kawan Ema) explain kat aku. Masa order, request dia pakai glove baru pastu jangan lah pegi amik daging-daging tu. Makan la tuna dan seafood sahaja. InsyaAllah selamat dari sumber-sumber haram.

Beli subway pastu duduk depan Opera House menikmati makanan tersebut. Ni kalau duduk berdua dengan Donghae ni memang romantik! *Perasan tak, nak setiap post ade nama Donghae?Ok sila lempang aku*

Angin yang bukan sepoi-sepoi bahasa. Sejuk giler!!

Sesungguhnya aku memang tak tahan kesejukan. Sudah berlapis-lapis baju aku pakai tapi still rasa macam nak beku. Terketar-ketar kaki aku menahan kesejukan.

Lima hari habiskan masa di Sydney. Tak cukup puas tapi cukup penat. Hahahaha. Bye bye Sydney, next Melbourne tapi entah bila aku nak buat post pasal melbourne ni. ^_^

Monday, September 3, 2012

Aussie Trip: Sydney part 2

Okay, sambung balik kisah perjalanan di Sydney. (Lama dah tinggal. hehehe)

Walaupun hari sebelum tu penat meluncur pasir, keesokan harinya kami excited nak pergi Wildlife Park. Ade satu lagi zoo Ema cakap, tapi entrance fees dia mahal. Nampaknye Featherdale Wildlife Park ni affordable untuk kami. Hehehehe.

Kami pergi sana naik train dan turun di Blacktown Station. Dari Blacktown Station tu naik bas pulak sampai ke Wildlife Park.


Wildlife Park ni ade discount untuk student. Kitorang ni student jugak ape tapi bukan student Aussie la. Jadi, Ema telah meminjamkan pada kami semua student card kawan-kawan dia. Bijak tak?

Kangaroo rupanya besar you. Mesra alam lagi tu. Berbeza dengan koala yang keje nye hanya tidur aje. Anak-anak beruang koala comel tapi bapak-bapak beruang koala ya Rabbi, tak comel langsung.

Happy Kangaroo Family

Forever alone kangaroo

Sekor lagi forever alone

Naka culik jadikan anak angkat..hehehe

Kangaroo Albino
Tidur tak peduli orang sekeliling

Pemalas gila..hahahaha

Selain Kangaroo, Koala, Wombat, ade ladang ternakan disini. Babi pink pun ade. Tapi dalam kandanglah mereka semua. Nasib baik tak berkeliaran.

Penguin pun ade u..

Babi pink ekor pintal..

Lepas puas habiskan masa disini, kami pun pulang semula ke Blacktown Station. Dari Blacktown Station naik train sampai ke Central Station. Tak tau nak cakap jauh ke tak tapi sempat la aku tidur dalam train.

Central Station

Berjalan ke Paddy's Market

Dari Central Station, kami jalan-jalan menuju ke Paddy's Market. Tempat nak membeli belah souvenir. Banyak betul barang aku borong. Lepas dah habis bayar tu, aku congak hasil tangkapan. Kemudian gatal-gatal darab 3.3. Hasilnya, aku ketawa sendirian. Memang la ade rasa tersentap sikit duit habis kan, tapi puas weh sebab aku memang suka shopping neh. Mental therapy. Kehkehkeh.

Lepas puas shopping, kami jalan-jalan menikmati keindahan Skyscrapers kat Sydney ni dan akhirnya sampai la ke Madame Tussauds. Yeah, diri begitu teruja yer nak berjumpa replika abang Johnny Depp. Ni kalau ade replika si Donghae pujaan hati aku tu, pengsan! Hahahaha.

Uncle Brad Pitt dengan Aunty Jolie

Miranda Kerr..Lawa giler walaupun patung sahaja.

Lepas Madame Tussauds, singgah Hard Rock Cafe jap. Tapi barang-barang dia mahaaaaaaaaal. Zip mulut, tutup mata, keluar dari situ. Kahkahkah.

Sehari suntuk berjalan, bergembira, bershopping. Masa untuk pulang dan tidur. Esok nak jalan-jalan lagi. Hehehehe

khas utk cik Aida: hmmm..budget ea, mcm kne buat satu post lain ni nak explain budget. hehehe. Ok, ni ringkas aje tau. RM 2000 nak spend kat sana sepuluh hari dah cukup. Siap berlebih lagi. Tapi RM2000 ni tak termasuk tambang. Flight pergi-balik + Sydney-Melbourne lebih kurang RM 1600. Entrance fees utk tempat yg kami visit, semua kawan dah book online. I tak ingat the exact price but total around AUD150. Harga tu dah masuk sewa kereta + minyak. Ni kat Sydney aje, kat Melbourne around AUD 80 kot. So total AUD 230. Convert to RM jadi RM750 ++. Balance selebihnya, lebih kurang RM1250 lebih kurang AUD 380, cukup untuk shopping souvenir and makan-makan. ^_^

Friday, August 31, 2012

Gangnam Style dan Yahudi

Baru-baru ni kepoh org duk retweet atau repost "Gangnam bermaksud 'Saya Ingin Menjadi Yahudi' sebarkan untuk Agama Islam."

HAHAHAHAHAHAHA. What the #*@&^!$ H***???

Tak pasal-pasal Gangnam kene kait dengan Yahudi. Tak perlu nak paranoid sangat. Teringat dulu masa kecik-kecik time Pikachu Pokemon tengah famous dulu, sama je keluar rumors macam ni. And I was like stupid so I sort of believe it. Tapi sekarang aku bijak beb, dah boleh pikir sendiri.

Nak tau Gangnam tu ape? Gangnam is a district in Seoul Korea, ape kaitan dengan perkataan 'Saya Ingin Menjadi Yahudi' ??

'Saya Ingin Menjadi Yahudi' adalah satu ayat yang panjang. Camane pulak tu nak compress ayat panjang jadi sebijik perkataan Gangnam? Pikir logic la beb.

Mungkin ade nak cakap, Gangnam tu perkataan dalam bahasa lain translated pastu ade kene mengena dengan Yahudi? Ade bukti?
Heh, talk to the hand la beb.

Kalau nak jadikan Gangnam ni isu, kenape tak jadikan perkataan 'Sembahyang' tu isu? Bahsasa Ibunda lagi tu. Bukan bahasa asing.
Sembah + Yang.
Yang = an element associated in Taoism.
So selama ni korang cakap nak sembahyang tu ade kaitan dengan Taoism ke? Takde kan? Untuk Melayu Islam, it is just a word and it have nothing to do with Taoism.

Come on man, Gangnam is a name of a place.
 
Aigooooooo, I'm getting headache with these kind of extremist and paranoid people. 

You think I'm defending these Korean stuff because I'm a fan?
Oooooo yes, I am a fan BUT I'm not a Psy fan.

I rest my case.

Tuesday, August 28, 2012

Raya Aidilfitri

Dah lambat ke nak ucap Selamat Hari Raya??
Heehehe..

Dulu masa kecik-kecik memang selalu looking forward nak raya. Entah ape yang seronok sangat entah. Tapi dah besar ni dah takde nak rasa ape sangat. Bese-bese aje.

Raya tahun ni, takde family photo. Plus, hari raya pertama lagi dah ceret beret. Pakai lawa-lawa tapi jamban jugak yang dilawati. Heh.

Teringat dulu masa bulan puasa sakit perut. Berhari-hari masih sakit. Pergi jumpa doktor, kata doktor mungkin gastrik. Tapi aku tak pernah tinggal sahur. Doktor tanya before puasa ade skip makan tak, maka aku dengan confident jawab 'Saya suka makan doktor. Susah nak tengok saya skip makan'. Tidak dinafikan, aku memang suka makan.

Usia aku yang semakin meningkat ni, dah mula rasa macam malu sikit bila orang bagi duit raya. Tapi ramai jugak yang bagi woh. Rezki jangan ditolak. Aku terima aje walaupun malu-malu kucing. Muehehehe.

Satu bende paling aku suka raya tahun ni, sedara-sedara atuk-nenek duk pulun tanya aku dah habis sekolah belum. Siap ade tanya aku form berape. PUAHAHAHAHAHA. Joke of the year. Nak kate awet muda tak langsung, rasanya atuk-nenek tu semua hilang ingatan seketika. hahahahaha.

Okay kawan-kawan semua, Selamat Hari Raya.

Gambar ihsan pakcik google