Monday, November 26, 2012

Family Trip: Colmar Tropicale

If you wanna feel a different feeling of local gateway, Colmar Tropicale is the right place.




Tempat ini jauh atas bukit bertemankan susasana dan seni bina Perancis memang lah sesuai untuk bercuti jauh dari hiruk piruk kota. Also perfect gateway for honeymoon. But it's not that really cold you know, even kat Bukit Tinggi. Seriously tak sejuk mane pun. Tapi pagi-pagi sejuk la.

So how to get here?? :

Ikut Karak highway, sama jalan nak pegi Genting tapi terus lagi sampai jumpa exit Berjaya Hills. Nak naik sampai atas pusing-pusing pening wooo. Dah macam jalan kat Bukit Putus. Whoever my friends plan nak buat wedding reception kat sini, I'm sorry but I'll have to think deeply whether to go or not.


I was having a fun night hang out with my brothers, and suddenly I saw my supervisor!! What the ****? Thesis aku memang tak berusik, draft tak siap lagi tapi aku mahu bercuti tanpa rasa bersalah. Tiba-tiba... uh-uh. Terus layu mood malam tu. Luckily hari-hari seterusnya takde ternampak supervisor lagi. Hehehe.

What to do here :
There's a Japanese Garden here where you can rental a Kimono, also a Botanical Garden. Tapi dedua tu aku tak pergi. My brothers were not so keen about it, they were not interested so tak fair kalau aku sorang paksa mereka semua pergi. Jadi buat aktiviti lain. Kami main bowling, having fun with archery and horseback riding.

Wall climbing, flying fox dan jungle tracking pun ade tapi tak larat la. Horseback riding and archery dah cukup buat kitorang sakit-sakit otot. Hahaha.

Nak makan sini suuuuuuuuuper mahaaaaaaaaal. Bukan Super Junior ni tapi Super Mahal. Nasi Ayam RM22, Mi Bandung RM19. Selamat menjamu selera. Hahahaha.

Kesimpulannya, it was fun here. If you wanna have a great escape, you can come here.

Sunday, November 18, 2012

Rezeki Allah itu luas

Mari-mari kawan semua kita bermotivasi sekejap.

Semakin kita dewasa, semakin kita faham erti sebenar kehidupan, dan semakin kita rasa malu dengan perangai kita yang langsung tak releven masa remaja dulu. Kan? *facepalm*

Kenape rata-rata manusia mengaitkan rezeki dengan harta kekayaan yang dimiliki? Rezeki tu sebenarnye luas maksudnye.

Jika rasa hidup dibelenggu kesusahan, sebenarnye itu a blessing in disguise (bak kata omputih) Pintu untuk dapat pahala terbuka luas. Itu salah satu rezki juga. Dikala orang lain hidup senang lenang, seseorang yang kekal bersabar menghadapi dugaan hidup mendapat pahal berterusan kerana sifat sabar itu. Setiap saat kita bersabar, setiap saat itu juga dapat pahala. Dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar.

Pernah satu ketika dulu, semua pelajar asrama form 4 mendapat komputer riba bantuan kerajaan. My brother was looking forward for it, tapi masa borang diagihkan kami satu family pergi umrah. Hasilnya, adik aku tak dapat la laptop tersebut. He was sulking badly, beranggapan nasib tak baik. tapi mak cakap ini semua adalah rezeki. Ya, memang bukan rezeki dia nak dapat laptop percuma tapi, rezeki dia untuk jadi tetamu Allah sebelum itu. Bukan semua orang dapat peluang tersebut kan? Allah itu maha adil, jangan asyik fikir ape yang kita tak dapat. Life doesn't work that way.

Kesihatan, kegembiraan seharian, itu juga rezeki. Perhubungan baik dengan keluarga juga rezeki. Jangan sempitkan pemikiran dengan memandang rezeki dalam bentuk material sahaja.

Aku menulis sebegini bukanlah bermaksud I'm a perfect person. Hell NO. I am far from perfect, I am a person with soooooo many flaws. There were soooooo many times I'd be very depressed about my life. Ade je rasa kekurangan and jealousy keep growing in me. Alhamdulillah itu hanyalah seketika. Duduk diam-diam dan muhasabah diri, baru lah sedar yang kita sepatutnya bersyukur.

Sejujurnya, aku selalu je rasa tak puas hati sebab tak dapat apa yang kita nak. Tapi bila hati tengah tenang, akal boleh berfikir secara waras tanpa influence dari perasaan hati yang tak tentu hala, aku dapat rasakan aku sangat bertuah. I'm lucky enough to live this happy life despite all the hardships I've been through.

Tak perlu fikirkan sangat bende yang kita tak dapat, barangkali ada benda lebih baik menanti. Tapi jika sesuatu itu memang milik kita, lambat laun kita akan dapat jua. Sabar, doa, usaha, tawakkal. Sesungguhnya Allah tau apa yang terbaik untuk kita.

Okay itu saje nak share my opinion about life. Don't lose hope and don't let emotion take over your insanity. Look ahead, start to appreciate everything you have as we only live once.

Peace ^_^
*Budak-budak memang sentiasa happy*

Thursday, October 18, 2012

Singapore Trip : MEMA and USS

Lama dah aku nak cerita kisah sesat kat Singapore ni. This trip was in early March 2012. Dah berbulan kan? Hehehe.

Seronok weh jalan-jalan kat Singapore. Lagi-lagi bersama eonni tersayang, muehehehe. Kak Han, Kak Ziha, Kak Wani, aku pulak maknae of the group. Oh seronok. =p

Tujuan utama pergi Singapore adalah Universal Studio (USS). Nak pergi main-main dengan Transformers. ^_^

Tapi dah alang-alang tu, pergi MEMA sekali dan jalan-jalan kat Marina Bay.

Hari pertama: arrived in Johor lebih kurang 7.30 pagi dan kami menginap di Johor, rumah Kak Zaza (We are very grateful to you eonni). Dari Larkin naik Shuttle Bus terus ke Sentosa Island.

Time nak kene pass imegresen, kami berempat berlumba. Konon saje gedik buat feeling Running Man. Hahahaha. Haruslah aku maknae yang menang kan. Kononnye tenaga muda..Peduli ape dengan orang sekeliling memandang. Kehkehkeh.

Sentosa Island!

MEMA ni terletak kat Pulau Sentosa, sebelah aje dengan Universal Studio. Tapi, untuk orang yang tak minat sejarah perdagangan, mungkin akan rasa MEMA ni tak best. Tapi sebenarnye MEMA is a good place for kids and teens, kasi tambah sikit ilmu pengetahuan diorang. Takkan asyik nak sogok dengan ilmu-ilmu kpop je kan? *kehkehkeh*

Selepas menghabiskan masa di MEMA, kami naik MRT dari Harbour Front station turun kat Orchard station. Nak jalan-jalan kat Orchard Road. Pernah tak tengok Korean drama Spy Myeong Wol? Diorang shooting kat Singapore. Salah satu scene kat Orchard Road ni la. Ehehehehe.

Orchard Road
Lucky us tengok live performance tepi jalan
Lee Jin Wook was here!

Jalan kaki menyusuri kedai-kedai berjenama sepanjang Orchard Road ni sampai la kami tiba di Somerset station. Dari sini kami menuju ke Marina Bay pula.

There we go. Marina Bay... A place where Korean stars have been!!! *i know this sound pathetic but who cares..muehehee*

Shinhwa's Eric was there!
See that building? Donghae stayed there 2 weeks before

Akibat menonton drama Korea terlalu banyak, aku rasa macam aku dah mula men-drama-kan diri sendiri. 

From Donghae's iphone 2 weeks before I came
From my DSLR 2 weeks after Donghae came
Different time, different place but share the same view. So close yet sooooooo far. Oh what the h***?? Mula lah aku nak merepek ni.

Back to our trip...
Hari pun dah malam, maka waktu untuk pulang. Time ni yang sesat. Naik MRT pun sesat. Dua kali sesat, first; masa nak cari Raffles Place Station, second; nak carik shuttle bus untuk balik Larkin. Hahaha. Nasib baik ade Singaporean tunjukkan jalan. They are really nice you know.

Dan akhirnya.. Alhamdulillah, selamat sudah sampai ke Larkin.

Hari Kedua: Universal Studio!! Here we go.

Sehari suntuk habiskan masa di USS. Dari pagi sampailah ke malam. Takde pergi tempat lain. Nothing much to bebel about, so here I share few pics with you guys. ^_^

Hollywood street

Kapal Madagascar

Istana Shrek

Pyramid zone

.....

Grrrr... Dinosaurs

Dare to try?

Bumble-bee

I am Optimus Prime

Seronok !! Datang lah sini bersama keluarga atau kawan-kawan. ^_^

Monday, October 1, 2012

Instax 210 Hello Kitty Edition

Lama dah tak sentuh blog. Hehehehe.

Apa khabar pembaca semua?
Semalam, ade satu parcel tiba di rumah. Yippi!!!!

Inilah barang yang sampai ...
*drum roll*

Instax 210 Hello Kitty Edition memnag dah lama aku aim. Sejak dulu lagi tapi selalu postpone sebab nak beli bende lain. Kali ni dengan tanpa rasa bersalah aku order bende ni.
Sebelum ni aku ade beli Instax Mini tapi diri mula rasa tak puas sebab gmbar yang terhasil kecik aje. Kalau nak amik family photo memang tak feel.

Okay, back to Instax 210. Saiz dia agaklah besar. Dah macam DSLR. But still cute sebab ade corak Hello Kitty.


Battery, strap and macro lens included.


Since this is a promo pack, so it came with 2 packs of Instant Wide film. (Kotak dia aku dah buang, lupa nak amik gambar. Kehkehkeh.)

Mungkin ade yang kata tak berbaloi beli bende ni. Though the camera might be cheap, but the films are quite expensive. Sekali salah tangkap, dah membazir. Tapi aku tak rasa ini satu pembaziran sebab dari dulu lagi aku nak Intax 210 ni. Hehehe.

Okay tu je nak cerita. Byebye. ^_^

Friday, September 14, 2012

Status Sushi-kin dan Sakae Sushi

Siapa gemarkan makanan Jepun? Pernah tak jumpa restoran Jepun yang ade logo Halal?

Sushi king dan Sakae Sushi antara franchise restoran Jepun yang popular kat Malaysia ni. Ade yang yakin makanan kat situ Halal, ade yang ragu-ragu dan ade yang yakin Tak Halal.

Dulu aku gemar pergi Sushi King, siap buat member card lagi. Dulu aku langsung tidak ambil tahu tentang Mirin dan Teriyaki Sauce. Aku anggap restoran itu Halal sebab ramai orang Melayu Islam bekerja kat situ. Tapi bila aku dapat tahu isu Mirin dan Teriyaki Sauce ni, aku terus stop pergi Sushi King. Sakae Sushi juga aku tak berani nak jejak. Sebab timbul sedikit keraguan.

Tapi masih ramai juga orang Islam makan kat situ. I was wondering, boleh makan ke tempat tu?. So I decided to figure it out myself.

So nak tau status kedua-dua restoran tersebut? Both are not certified Halal. Walaupun takde halal, both restaurants are pork-free, chicken and meat are Halal certified. And for Sushi King, alcoholic drink are no longer served there.

Aku sendiri yang tanya pihak Sakae Sushi dan Sushi King. Nah bukti.

From Sakae Sushi

From Sushi King

TETAPI takde logo Halal Jakim tak bermaksud Haram. Kan? Takde logo Jakim tak bermaksud tak boleh makan. Kalau macam tu jangan beli makanan kat pasar malam kalau obses sangat dengan logo. Kan? Lagi elok kalau kita sendiri kaji selidik dan buat la keputusan sendiri.

Okay berbalik pada Sushi, ramai yang assume nasi sushi adalah nasi biasa aje. Sebenarnye, kalau sushi asli, mereka gunakan Mirin untuk digaulkan dengan nasi tersebut. Mirin ni is a type of Japanese alcoholic condiment which is obviously haram disisi Islam. Sama macam celup steak dalam wine. Haram.

Setelah aku selidik, Sakae Sushi dan Sushi King dedua franchise ni tak letak Mirin. Mereka sendiri dah kata begitu. Jadi boleh la makan nasi sushi mereka. Yay! Tepuk tangan.. Hehehehe.. Sebenarnye kalau tak letak Mirin pun takpe, ade cara lain. Ade Sushi Seasoning yang tak melibatkan Mirin, cuma the originality of the taste lari sikit lah kot.

So keraguan nasi sushi dah diperjelaskan, masih lagi ade satu keraguan iaitu Teriyaki Sauce. Teriyaki Sauce ni banyak cara nak menghasilkannya. Ade orang letak Sake, ade letak Mirin sikit, kalau omputih ade yang letak wine, ade juga yang tak perlu nak letak bende-bende haram ni. Motif letak bende-bende ni aku tak pasti. Nak bagi lebih perisa kah? For preservative purpose kah? I really don't know. Meollayo....

Kalau pergi kat pasar raya, Giant ke Jusco ke Tesco ke, pergi kat section botol-botol sauce tu, tengok ingredients Teriyaki Sauce. Mesti ade Sake. Ini yang membuatkan aku ragu-ragu.

Dan setelah aku selidik sendiri, baru lah aku tahu pihak Sakae Sushi dan Sushi King tidak mencampurkan Sake dalam Teriyaki Sauce mereka. Phew..

From Sakae Sushi

From Sushi King

Okay segala keraguan dah diperjelaskan. Tapi kalau masih ragu-ragu tapi kepingin jugak nak makan makanan Jepun, apa kata buat sendiri aje. Tak susah pun. Teriyaki Sauce tu boleh buat sendiri. And Sushi Rice tu tak perlu gaul dengan Mirin. Pakai alternatif lain. Kat Jusco ade jual Sushi Seasoning yang ada logo halal, Jakim lagi tu. Dan Teriyaki Sauce pun sebenarnye ade yang halal. Jenama 'Prima Agri Product'. Kene pandai carik, mesti jumpa.

Kalau tak pun, tunggu aje Sushi King dan Sakae Sushi ni dapat sijil Halal. Mereka pun dalam progress obtaining Halal certification.

I'm just sharing with you about this. So now it's your call, your verdict.
Peace ^_^