Showing posts with label sports. Show all posts
Showing posts with label sports. Show all posts

Sunday, October 17, 2010

Mungkin layak main Piala Sumbangsih

Post kali ni aku nak cerita pasal kemerosotan persembahan kelab Liverpool. Sesapa yang layan Barclay Premier League mesti sudah sedia maklum Liverpool sekarang berada di tangga tercorot. Haduh, ape nak jadi ni??


Aku jadi penyokong Liverpool suatu ketika dulu kerana captain mereka yang berwibawa, Steven Gerrard. Dan juga sebab ade Torres dan Alonso. Tapi, bila Xabi Alonso dah berpindah ke Real Madrid, Liverpool pon macam tah pape..Tapi takpe, I'm a loyal person. Aku tetap dengan 'u'll never walk alone' tu.

Last season, Liverpool merudum. Mungkin sebab tak biasa lagi dengan ketiadaan Alonso kot. Takpe, bagi peluang. Pastu current season kan Liv dah ada J.Cole. Aku pon bajet ni mesti boleh naik balik Liv ni. Tapi, apakah?? Huh, semakin merosot yang teramat.

Mungkin masalah dalaman Kelab nak kene jual ke ape ke boleh mengganggu konsentrasi pemain. (Sangat positive thinking aku ni.) Hari tuh adik aku cakap, "Liverpool ni memang layak main Piala Sumbangsih je ni.".Pastu baru baru ni Liv kalah lagi, adik aku terus cakap "Liverpool layak main liga Paroi je pasni"..uwaaa~~ lagi mulia main Piala Sumbangsih dari liga Paroi kot..

Kang ade match Liv lawan Everton..Kalau kalah jugak match ni, memang aku nak beralih arah. Rasa cam nak sokong The Gunners. Kat situ ada Arshavin..hehehehe..

p/s: aku rasa jadi lalang best jugak..gilir-gilir every week sokong kelab lain..

Wednesday, June 30, 2010

World Cup dan Wimbledon

Punye hebat penangan World Cup ni sampai sports lain sume tenggelam..hebat tak hebat tuh..pejam celik pejam celik tinggal lg 2 minggu je nak berpesta bola bersama vuvuzela (kat Malaysia takde jual vuvuzela ke?)

Semalam aku sanggup berjaga nak tengok Spain lawan Portugal..aku of course support Spain..ak fan Torres tapi Torres main tak garang cam dulu pon..David Villa jugak main bes..menang jugak Spain walaupun menang 1-0, Portugal kene say byebye la kat bumi South Africa..padan dengan muka ko Ronaldo, pegi kemas barang nak check out hotel..honestly, aku memang tak suka Ronaldo because he is a womanizer..player lain kaki perempuan jugak tapi Ronaldo ni over nak mampus..jgn sedih2 yer Ronaldo, cuba lagi next 4 years..muahahaha..congrats Spain, specially David Villa..hehehe..harap2 next match dgn Paraguay, Spain menang lagi..jangan ade sape2 injured sudah..

Wimbledon pulak hujung minggu ni abis la..seronok tengok tennis ni sebenarnye..agak2 Federer boleh tak menang lagi sekali untuk tahun ni, tambah koleksi Piala Grand Slam dia..tak kisah la sape menang pon janji bukan Andy Murray..dia tu suka cakap besar, bagi dia kalah baru padan muka..hahahaha..

p/s: aku sekarang dalam misi menambah fulus sbb nak beli keyboard..yeah,nak jamming sorang2 dalam bilik nanti..heheeeeee~~

Saturday, May 15, 2010

Piala Thomas : Malaysia tumpas

Yang sebenarnya aku sedang menonton Piala Uber ni..walaupun takde pasukan Malaysia tapi aku layan je sebab tak tau nak tengok ape skarang.

Kita semua tau kan pasukan Malaysia dah tewas semalam. rasanya tak keterlaluan kot kalau aku nak cakap pasukan kita tersungkur. secara jujur semua rakyat Malaysia mesti kecewa. aku sendiri frust kot tapi dah kalah dah pon. what done is done. pemain semua dah main habis-habisan walaupun nampak macam tak bermaya jer. maybe diorang penat lawan Denmark sebelum tu. penat tak hilang lagi kot. tapi aku kesian la kat mereka sebab ramai rakyat Malaysia duk kutuk gila,kutuk kaw2 pemain Malaysia sebab kalah. ni pandangan aku lah, kalau kita yang penyokong ni frust, diorang double triple frust. mane ade orang yang main tak nak menang. lagi2 macam Thomas Cup ni. kalau takat piala sumbangsih tak yah citer la. tak perlu la nak ngutuk diorang, apa dapat kalau ngutuk diorang? kita dapat dosa, diorang lemah semangat, pastu nak menang apa2 pun lepas ni macam tak kesampaian jer. terus je lah nyokong. tengok macam Liverpool tu. main hampeh gila tapi penyokong tetap dgn 'you'll never walk alone' dia. semuga pasukan badminton Malaysia lebih kuat pas ni

p/s: lepas Thomas Cup ade French Open (tennis) lak..pastu world cup..syok btol tahun ni..